backup og meta

Tak Semestinya Demam, Ibu Ayah Diseru ‘Alert’ Dengan 10 Tanda Bayi Demam Denggi!

Tak Semestinya Demam, Ibu Ayah Diseru ‘Alert’ Dengan 10 Tanda Bayi Demam Denggi!

Bayi kecil yang berusia di bawah setahun berkemungkinan tidak menunjukkan gejala demam denggi seperti orang dewasa. Oleh itu, penting untuk setiap ibu bapa memerhatikan tanda demam denggi bagi kanak-kanak dan bayi demam denggi.

Jika si manja tidak mengalami gejala demam, ibu bapa atau penjaga perlu awasi simptom lain denggi pada bayi dan kanak-kanak serta mengamalkan cara cegah denggi. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, sila klik di sini.

Komplikasi sindrom kejutan denggi

Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil berkata, demam disebabkan denggi biasanya akan dapat dilihat dalam tempoh lima ke tujuh hari selepas digigit nyamuk aedes. 

tanda demam denggi bagi kanak-kanak
Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil

Pun begitu, bukan semua kanak-kanak terutamanya bayi kecil akan mengalami gejala demam denggi selepas digigit nyamuk. 

Menurutnya, berdasarkan data dari Sistem Pencegahan dan Kawalan Denggi Kebangsaan, kanak-kanak berumur 0-15 tahun adalah amat rentan kepada demam denggi teruk

“Komplikasi yang boleh terjadi kepada kanak-kanak bawah 15 tahun ini adalah seperti sindrom kejutan denggi. 

“Oleh sebab bayi kecil mungkin tidak menunjukkan gejala biasa seperti demam, ibu bapa disyorkan untuk membawa segera bayi yang berusia di bawah 6 bulan, yang tidak sihat berjumpa doktor.” – Dr Yong Junina Fadzil

“Ibu bapa perlu terus berwaspada memerhatikan simptom-simptom denggi, khususnya denggi yang teruk, yang lazimnya muncul selepas demam reda,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kempen #MamyPokoAgainstDengue yang bertempat di Petaling Jaya, baru-baru ini. 

10 tanda demam denggi bagi kanak-kanak dan bayi

Menurut Dr Yong Junina, kadar kematian akibat sindrom kejutan denggi pada kanak-kanak adalah antara 12-44 peratus. Walau bagaimanapun, peratusan ini boleh jauh lebih rendah jika si kecil mendapatkan rawatan intensif yang sesuai. 

“Ada kes kematian disebabkan denggi dalam kalangan kanak-kanak dan bayi. 

“Ini disebabkan bayi yang mendapat jangkitan denggi buat kali kedua biasanya akan lebih teruk berbanding semasa jangkitan pertama (sehingga anak boleh mendapat sindrom kejutan denggi),” katanya.

Beliau memberitahu, ibu bapa juga perlu mengawasi tanda demam denggi bagi kanak-kanak dan bayi.

Antara simptom demam denggi yang perlu ibu bapa perhatikan adalah: 

Demam antara simptom demam denggi

Walau bagaimanapun, bayi di bawah usia setahun mungkin tidak menunjukkan tanda demam denggi bagi kanak-kanak.

Merengek

Bayi kecil di bawah usia setahun akan merengek walaupun puas dipujuk kerana ingin ‘memberitahu’ badan mereka sakit. Salah satu tanda demam denggi bayi adalah sakit-sakit badan.

Sakit perut, antara tanda demam denggi bagi kanak-kanak dan bayi

Salah satu gejala demam denggi pada bayi adalah sakit perut. Ini kerana darah bayi yang dijangkiti denggi adalah pekat, justeru menyukarkan pengaliran darah ke usus.

Tanda demam denggi bagi kanak-kanak dan bayi lain yang perlu diawasi:

63 ribu kes denggi dicatatkan sehingga Julai 2023

Katanya lagi, berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kumulatif kes denggi di negara kita yang dilaporkan bermula Januari hingga 16 Julai 2023 adalah sebanyak 63,966 kes. 

Kes denggi tahun ini menunjukkan peningkatan sehingga 129% berbanding 27,914 kes bagi tempoh sama tahun 2022. 

“Daripada statistik ini, boleh dikatakan hampir setiap 305 individu di Malaysia pernah dijangkiti demam denggi.

“Manakala, sejumlah 45 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan, jumlahnya meningkat sebanyak 137% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022,” ujarnya. 

Cegah denggi dengan serai

Semburan nyamuk untuk menghalau gigitan nyamuk.
Semburan nyamuk untuk menghalau gigitan nyamuk.

Lazimnya, masyarakat kita akan menggunakan produk penyembur nyamuk untuk menghalang gigitan nyamuk termasuk aedes. Namun, bukan semuanya efektif dan selamat untuk bayi dan kanak-kanak. 

Kini, terdapat pelbagai jenis produk yang direka bertujuan untuk mengelak daripada digigit nyamuk. 

Walau bagaimanapun, ibu bapa disarankan memilih produk mesra bayi dan kanak-kanak, seperti yang diperbuat daripada bahan semula jadi. 

Selain menggunakan semburan nyamuk, ibu bapa boleh menghalang tanda denggi bagi kanak-kanak dan bayi dengan memakaikan mereka pelekat nyamuk yang mengandungi serai. 

Cara paling selamat adalah dengan memilih produk natural bagi memastikan tiada kandungan bahan kimia pada produk pencegahan nyamuk untuk bayi. 

Kata Dr Yong Junina, antara cara cegah denggi pada bayi dan kanak-kanak adalah dengan menggunakan produk penghalau nyamuk seperti semburan (spray), lilin, pelekat (patch), losen mahupun lampin yang mengandungi serai. 

Ujarnya, bukan sahaja denggi, waima semua penyakit bawaan nyamuk boleh dihalang dengan serai.

Pemilihan produk yang mengandungi bahan kimia boleh menimbulkan gejala seperti alahan dan timbul ruam merah pada kulit bayi.

Elak tanda demam denggi bagi kanak-kanak dengan ikuti langkah ini

Selain menggunakan produk penghalau nyamuk, Dr Yong Junina menegaskan ibu bapa mengambil langkah-langkah pencegahan yang menyeluruh untuk melindungi keluarga masing-masing. 

Ini termasuklah dengan memastikan persekitaran di dalam mahupun di luar rumah sentiasa bersih. 

Perhatian!

“Pastikan kediaman bebas daripada tempat pembiakan nyamuk, tak kisahlah di dalam mahupun di luar rumah.

“Selain itu, ibu bapa sila pakaikan anak baju berlengan panjang jika bawa mereka keluar. Pastikan juga tutup tingkap dan pintu rumah pada waktu senja,” ujarnya.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Roundtable interview with Consultant Paediatrician and Paediatric Cardiologist, Dr Yong Junina Fadzil on August 3, 2023.

Effectiveness of Herbal Essential Oils as Single and Combined Repellents against Aedes aegypti, Anopheles dirus and Culex quinquefasciatus (Diptera: Culicidae). https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/35886836/. Accessed August 6, 2023. 

Dengue: Know the facts, protect your children. https://mpaeds.my/dengue-know-the-facts-protect-your-children/
. Accessed August 6, 2023.

Demam Denggi. http://denggi.myhealth.gov.my/. Accessed August 6, 2023.

Kenyataan Media Ketua Pengarah Kesihatan – Situasi Semasa Demam Denggi Di Malaysia Minggu Epidemiologi 28/2023 (09 – 15 Julai 2023). https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/17/2384. Accessed August 6, 2023. 

Demam Denggi Boleh Membunuh. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/07/29/demam-denggi-boleh-membunuh/. Accessed August 6, 2023. 

Deman Denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. https://www.who.int/malaysia/emergencies/covid-19-in-malaysia/informasi/denggi. Accessed August 6, 2023. 

Demam Denggi. https://www.infosihat.gov.my/demam-denggi.html. Accessed August 6, 2023. 

DenMap: A Dengue Surveillance System for Malaysia. https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1742-6596/1123/1/012045/pdf. Accessed August 6, 2023. 

 

Versi Terbaru

28/10/2024

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

4 Jenis Demam Denggi Berserta Simptomnya Yang Mungkin Boleh Bawa Maut!

Ikut Pantang Larang Ini Kalau Anda Dijangkiti Dengan Demam Denggi


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan