home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Denggi: 107 Kes Baru Dengan Peningkatan 300% di Kelantan

Denggi: 107 Kes Baru Dengan Peningkatan 300% di Kelantan

Terkini, Kelantan mencatatkan 107 kes demam denggi sepanjang minggu ke-9 tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan 805 kes dengan dua kematian sepanjang dua bulan pertama 2019.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zaini Hussin berkata, jumlah itu meningkat dengan 618 kes atau 330.5 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Katanya, sepanjang minggu ke 9 hingga 2 Mac, sebanyak 59 lokaliti wabak denggi dilaporkan berbanding tujuh lokaliti wabak denggi pada tempoh sama tahun sebelumnya dengan 22 daripadanya masih aktif ,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Kelantan turut mencatatkan dua kes terbaru chikungunya sepanjang minggu ke 9 iaitu masing-masing satu di Lorong Masjid Lundang, Kubang Krian dan Jalan Embi di Kota Bharu menjadikan 20 kes demam chikungunya sepanjang tempoh dua bulan ini berbanding 33 kes untuk tempoh sama tahun lepas.

Dr Zaini berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan di 76,021 premis dengan 2,988 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.

“Pihak jabatan telah mengeluarkan 465 kompaun yang dicadangkan dengan nilai RM232,500 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan 182 Notis Seksyen 8 dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi pembiakan aedes, katanya.

Berikut adalah laporan terkini kes demam denggi daripada laman web idengue.

denggi
Sumber ihsan idengue

Kaedah Alternatif Menghalau Nyamuk

Menurut laman idengue, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan kaedah lain untuk mencegah berlakunya jangkitan demam denggi dan zika, iaitu sebagai langkah tambahan kepada aktiviti kawalan sedia ada.

Antaranya adalah penggunaan beberapa tumbuhan yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk yang boleh di tanam berhampiran kawasa perumahan. Terdapat beberapa kajian seperti Zaridah et. al (2005) di Kepong, Ferreira et.al (2011) di London, Pattanayak et. al (2015) dan Satpute et.al (2015) di India yang mendapati bahawa tumbuhan ini bukan sahaja boleh menghalau nyamuk malah berkemampuan untuk menghalau serangga-serangga lain.

Antara tumbuhan yang boleh ditanam dan berfungsi sebagai pokokpenghalau nyamuk adalah seperti berikut:

denggi

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Denggi: 107 kes demam denggi baharu di Kelantan http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1700996 Accessed on Mac 05, 2019.

SENARAI TUMBUHAN DI MALAYSIA YANG BOLEH BERFUNGSI SEBAGAI PENGHALAU NYAMUK http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/page2.php?kandungan=content/kaedah_alternatif.pdf Accessed on Mac 05, 2019.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada [date}
x