backup og meta

Lebih Kuat Berbanding Delta, Adakah Vaksin Berkesan Menentang Omicron?

Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Disemak pada 03/03/2022

    Lebih Kuat Berbanding Delta, Adakah Vaksin Berkesan Menentang Omicron?

    Selepas Delta, kini muncul varian baharu iaitu varian Omicron yang dikatakan lebih berbahaya berbanding varian-varian sebelum ini.

    Omicron yang turut dikenali sebagai B.1.1.529 merupakan sejenis variant of concern (VOC) yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan.

    Pada 25 Disember 2021, Malaysia telah mencatatkan 49 lagi kes Omicron yang baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 62 kes.

    Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua kes ini merupakan kes import yang melibatkan pengembara warga Malaysia serta warga asing dari United Kingdom, Qatar, Amerika Syarikat, Nigeria, Turki, Itali, Ghana, Arab Saudi dan Australia.

    Tambah Menterinya, Khairy Jamaluddin, 45 kes baru daripada varian Omicron itu dikesan susulan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 145 sampel kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara, yang dibuat Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

    Peningkatan dalam jumlah kes pasti merunsingkan ramai rakyat Malaysia. Manakan tidak, dengan hampir 30 jumlah mutasi berbeza pada protein pepakunya, varian ini dikatakan lebih rintang terhadap vaksin dan boleh disebarkan dengan lebih pantas.

    Mari kenali apa itu Omicron serta keberkesanan vaksin dalam melawan jangkitan daripada varian ini.

    Adakah vaksin berkesan terhadap varian baharu Omicron?

    varian baharu

    Tidak dinafikan, Omicron mendatangkan cabaran baharu terhadap pengeluar vaksin dan petugas kesihatan di seluruh dunia.

    Manakan tidak, mutasi pada protein pepaku yang ada pada varian ini lebih kompleks berbanding varian Delta dan Alpha.

    Lebih membimbangkan, ia juga membuatkan virus tersebut menjadi rintang terhadap vaksin dan lebih mudah menjangkiti orang lain.

    Malah, menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh saintis dari Afrika Selatan, varian Omicron mempunyai tahap jangkitan semula yang tinggi, iaitu 3 kali ganda lebih tinggi berbanding varian lain.

    Walau bagaimanapun, menurut Dr. Anthony Fauci, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, suntikan vaksin sedia ada serta suntikan penggalak sudah cukup untuk menghentikan penyebaran varian super ini.

    Oleh sebab itu, buat masa ini masih belum ada keperluan untuk membuat formulasi vaksin baharu yang khas untuk melawan varian Omicron.

    Malah, data awal yang dikumpul menunjukkan Omicron tidak mendatangkan bahaya yang lebih berbanding varian Delta atau varian-varian lain.

    Walaupun begitu, Omicron boleh merebak dengan lebih pantas berbanding varian lain. Di Afrika Selatan, varian ini telah menjadi varian yang dominan mengatasi varian Delta.

    Lebih merisaukan, kadar jangkitan semulanya yang tinggi juga menyebabkan jumlah kes di negara tersebut meningkat secara mendadak.

    Adakah varian baharu ini menyebabkan COVID-19 yang lebih serius?

    varian baharu

    Walaupun Omicron mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding Delta, namun simptomnya lebih ringan.

    Malah, menurut WHO, jumlah penggunaan katil di (ICU) di Afrika Selatan antara 14 November hingga 4 Disember adalah di sekitar 6.3%.

    Jumlah ini boleh dikatakan sangat rendah berbanding ketika negara tersebut dilanda varian Delta pada bulan Julai.

    Walau bagaimanapun, jika kes meningkat dengan mendadak, ia boleh melumpuhkan seluruh negara disebabkan peningkatan jumlah kes yang sangat tinggi.

    Data awal menunjukkan vaksin sedia ada mempunyai keberkesanan sebanyak 30% hingga 40% untuk mengelakkan jangkitan dan 70% berkesan dalam menghalang jangkitan yang serius.

    Adakah pengambilan suntikan penggalak berkesan menentang varian baharu Omicron?

    Suntikan penggalak didapati amat berkesan untuk meningkatkan respons sistem imun sebagai perlindungan terhadap varian baharu ini dengan keberkesanan sebanyak 70%-75%.

    Menurut Pfizer, dua dos mungkin tidak dapat memberikan perlindungan yang memuaskan terhadap Omicron. Walau bagaimanapun, suntikan penggalak dapat meningkatkan aktiviti antibodi badan terhadap virus tersebut.

    Walaupun keberkesanan vaksin berkurang terhadap Omicron, pengambilan vaksin masih lagi satu langkah yang amat penting untuk mencegah COVID-19.

    Oleh sebab itu, pengambilan vaksin penggalak dan vaksin dos ketiga amat penting untuk mencegah penyebaran varian baharu ini. 

    Malah, vaksin juga bukan hanya akan melindungi orang yang divaksin, tetapi turut memberi perlindungan orang yang tidak divaksin.

    Selain itu, orang yang divaksin juga kurang berisiko untuk menyebarkan COVID-19 kepada orang lain, lantas mengurangkan jangkitan baharu.

    Kesimpulan

    varian baharu

    Disebabkan penularan Omicron yang semakin menjadi-jadi, anda perlulah mengambil inisiatif lebih untuk melindungi diri dan keluarga. 

    Malah, penyebaran varian baharu ini juga mungkin akan menambah beban pada sistem kesihatan negara kita.

    Disebabkan Omicron mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi, besar kemungkinan ia akan menjadi varian yang dominan tidak lama lagi.

    Semua orang yang masih belum divaksin perlulah mengambil imunisasi secepat mungkin untuk melindungi diri daripada COVID-19. Selepas divaksin, anda boleh lakukan pelbagai aktiviti seperti biasa. 

    Selain itu, jangan lupa pakai pelitup muka jika perlu keluar rumah. Jika berada di tempat tertutup, jaga jarak dan pastikan anda berada sekurang-kurangnya 6 kaki daripada orang lain. 

    Jangan lupa, basuh tangan dengan kerap lebih-lebih lagi ketika anda berada di tempat awam. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dibasuh. 

    Jika anda mengalami simptom COVID-19, pastikan anda melakukan ujian kendiri secepat mungkin. Jalani kuarantin dan dapatkan rawatan secepat mungkin jika simptom anda teruk. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Disemak pada 03/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan