backup og meta

Lagi Berita Baik - Malaysia Terpilih Jalani Ujian Ubat Antiviral Lawan COVID-19!

Lagi Berita Baik - Malaysia Terpilih Jalani Ujian Ubat Antiviral Lawan COVID-19!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Kemajuan sains dan teknologi memberikan keupayaan kepada kita untuk terus berusaha mencipta rawatan bagi menangkis serangan wabak virus korona baharu (COVID-19)

Setakat ini, jumlah kes positif sudah hampir mencecah angka 1 juta namun, kita masih tidak mempunyai senjata khusus yang boleh digunakan untuk menyerang virus tersebut.

Di Malaysia, catatan kes positif meningkat hari demi hari dan angka terkini adalah seperti berikut:

[covid_19]

Pada awal bulan Februari, China telah mula menguji keberkesanan ubat antiviral, remdesivir yang dicipta oleh salah sebuah syarikat farmasi terbesar di Amerika Syarikat, Gilead, untuk melumpuhkan serangan COVID-19.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjalankan ujian terhadap pesakit wabak bagi melihat kesan sampingan dan keberkesanan rawatan COVID tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kepercayaan telah diberikan kepada Malaysia berikutan sistem pengurusan perubatan yang baik ditambah pula dengan kebolehan dan kesesuaian untuk menjalankan ujian.

Artikel berkaitan:

Fokus utama pada peringkat awal akan diberikan kepada pesakit yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh. 

Persoalannya di sini, adakah remdesivir mampu memberikan kesembuhan kepada mereka yang telah dijangkiti oleh COVID-19?

Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Adakah ubat antiviral remdesivir selamat diambil sebagai rawatan COVID-19?

ubat antiviral

Apabila China mengumumkan niat mereka untuk mula menguji keberkesanan ubat antiviral, remdesivir sebagai rawatan COVID utama dalam kalangan pesakit, banyak pihak yang skeptikal.

Tiada data atau kajian yang pernah dibuat pada waktu itu (awal Februari) melibatkan penggunaan subjek manusia yang dijangkiti oleh virus korona. 

Mereka yang bakal diuji berisiko untuk mengalami kesan sampingan. Ia berikutan kebanyakan pakar masih lagi kurang memahami berkenaan dengan interaksi ubat tersebut dengan COVID-19

Ujian fasa kedua yang melibatkan pemberian antiviral ini kepada pesakit sihat atau pesakit yang dijangkiti virus lain seperti jangkitan Ebola juga tidak menunjukkan sebarang kesan sampingan yang signifikan.

Perkara ini menunjukkan potensi yang dimiliki oleh ubat antiviral remdesivir sebagai satu bentuk rawatan yang selamat untuk diambil bagi membasmi jangkitan virus korona baharu.

Ubat antiviral, remdesivir bukanlah satu-satunya alternatif melawan COVID-19

ubat antiviral

Secara jujurnya, remdesivir bukanlah satu-satunya ubat yang berpotensi menyembuhkan jangkitan COVID-19. Setakat ini, terdapat 4 kompaun antiviral yang menjadi tumpuan WHO:

  1. Ubat antiviral remdesivir
  2. Ubat jangkitan malaria, chloroquine dan hydroxychloroquine
  3. Gabungan dua ubat jangkitan HIV, lopinavir dan ritonavir
  4. Sama seperti nombor 3 ditambahkan lagi dengan rawatan interferon beta

Akan tetapi, kajian terbaru pada bulan Mac mendapati ubat ini tidak berkesan.

Penggunaan ubat antiviral remdesivir terhadap pesakit pertama yang dijangkiti wabak di Amerika Syarikat telah menunjukkan keputusan yang sangat memberangsangkan. 

Sebelum pemberian ubat tersebut, pesakit itu telah dimasukkan ke dalam unit jagaan rapi (ICU) setelah mengalami kemerosotan tahap kesihatan dan komplikasi jangkitan paru-paru (pneumonia).

Namun sehari selepas bermulanya rawatan dengan ubat antiviral remdesivir, keadaan pesakit tersebut menjadi bertambah baik. 

Ini merupakan satu perkara yang mengejutkan berikutan ia berlaku dalam jangka masa yang sangat singkat.

covid

Jika dilihat daripada sudut pandang kajian saintifik, satu kes sembuh tidak mampu menguatkan sebarang bentuk hipotesis berkenaan dengan keberkesanan remdesivir sebagai rawatan COVID. 

Biarpun begitu, laporan kesihatan tersebut telah diterbitkan di laman jurnal terkemuka, The New England Journal of Medicine. Artikel tersebut telah berjaya meraih perhatian banyak pihak. 

Sekiranya ubat antiviral tersebut merupakan jawapan kepada fenomena kecelaruan global yang disebabkan oleh wabak pandemik virus korona, maka pengakhiran kepada penularan wabak tersebut dalam jangka masa terdekat dilihat sebagai satu perkara yang tidak mustahil.

Sehingga kini, jumlah pesakit yang telah diuji dengan ubat antiviral remdesivir masih lagi sedikit. Bukti yang ada belum cukup kuat untuk menggalakkan penggunaannya secara meluas. 

Oleh sebab itulah usaha menguji keberkesanan ubat tersebut telah diperluaskan kepada negara-negara terpilih termasuk Malaysia.

Beri peluang kepada hospital yang terkesan untuk mencuba rawatan ubat antiviral COVID

ubat antiviral

Protokol kajian yang melibatkan penggunaan ubat antiviral remdesivir telah direka agar ia mudah untuk dilaksanakan. Perkara ini penting bagi membolehkan hospital, walau seberat manapun tanggungan pesakit COVID-19, untuk turut serta.

Laporan keberkesanan dan kesan sampingan perlu dibuat dengan sebaiknya. Ia bagi membolehkan WHO dan badan kesihatan lain membuat taksiran risiko terhadap penggunaan ubat antiviral tersebut.

Dengan kata lain, kebaikan dan keperluan untuk menggunakan remdesivir perlu lebih tinggi berbanding dengan risiko kesan sampingan ringan dan teruk yang bakal dialami oleh pesakit.

Buat masa sekarang, individu di seluruh dunia mempunyai harapan terhadap rawatan ini. Sekiranya tiada rawatan atau vaksin yang boleh disiapkan dalam masa terdekat untuk kegunaan orang awam, perintah berkurung yang dijalankan oleh pihak berkuasa wajar untuk dilanjutkan.

Artikel berkaitan:

https://wp.hellodoktor.com/ms/coronavirus/covid19/ujian-klinikal-vaksin-covid-19/

Jika ia hendak ditamatkan sekalipun, mereka perlu memikirkan protokol baharu bagi mengawal keupayaan COVID-19 untuk menular sebelum ubat antiviral bersedia untuk digunakan oleh orang awam.

Patuhi kawalan pergerakan, amalkan jarak sosial, basuh tangan secara kerap dan pakai topeng jika sakit. Empat nasihat tersebut merupakan tunjang kepada strategi menghalang kemaraan wabak COVID-19.

[mc4wp_form id=’115319″]

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. WHO chooses M’sia to run trials on a new drug to fight Covid-19. (https://elevenmyanmar.com/news/who-chooses-msia-to-run-trials-on-new-drug-to-fight-covid-19). Diakses pada 31 Mac 2020.
  2. China Begins Testing an Antiviral Drug in Coronavirus Patients. (https://www.nytimes.com/2020/02/06/health/coronavirus-treatments.html). Diakses pada 2 April 2020.
  3. Remdesivir and chloroquine effectively inhibit the recently emerged novel coronavirus (2019-nCoV) in vitro. (https://www.nature.com/articles/s41422-020-0282-0). Diakses pada 2 April 2020.
  4. First Case of 2019 Novel Coronavirus in the United States. (https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMoa2001191). Diakses pada 2 April 2020.

 

Versi Terbaru

10/06/2020

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

Hah, Takut Terjolok Lubang Hidung Sampai Pecah Salur Darah, Betul Ke Swab Test Tak Selamat?

Mata Merah, Ini Simptom Bahaya Varian Baru COVID-19, Kanak-Kanak Paling Berisiko!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan