Pada waktu ini, ramai yang sudah tidak sabar untuk menerima suntikan vaksin COVID masing-masing. Malah, sejak program pemberian vaksin bermula, ramai rakyat Malaysia sudah bertindak mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengetahui tarikh vaksinasi.
Walau bagaimanapun, persoalan mula timbul berkenaan individu yang pernah dijangkiti COVID-19. Adakah mereka perlu mengambil suntikan vaksin atau pun tidak?
Sebenarnya, ada percanggahan pendapat mengenai perkara ini. Ada yang berpendapat bekas pesakit COVID-19 perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID dan ada juga yang berpendapat sebaliknya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
[covid_19]
Belum ada bukti yang cukup untuk tidak menyokong pemberian vaksin
Menurut U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC), individu yang pernah mengalami COVID-19 masih akan mendapat faedah daripada suntikan vaksin COVID.
Walaupun mereka mendapat imuniti secara semula jadi selepas dijangkiti COVID-19, pakar masih tidak dapat memastikan tempoh masa atau durasi sebenar imuniti ini.
Menurut kajian yang sedia ada, imuniti semula jadi daripada COVID-19 bersifat sementara dan tidak kekal lama. Namun, masih banyak kajian yang perlu dijalankan sebelum pakar benar-benar pasti tentang perkara ini.
Pengambilan dua dos vaksin COVID-19 dapat menurunkan kadar jangkitan dengan drastik. Oleh sebab itu, walaupun anda pernah dijangkiti virus ini, suntikan vaksin COVID dapat mengurangkan risiko anda untuk mengalami jangkitan kali yang kedua.
Malah, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa satu suntikan sudah memadai untuk mereka yang pernah dijangkiti COVID-19.
Tetapi, mengapa bekas pesakit COVID-19 perlukan vaksin?
Salah satu sebab mengapa setiap orang perlu menerima vaksin COVID-19 (termasuklah mereka yang pernah menghidap penyakit ini sebelum ini), kerana sistem imun setiap individu memberikan respons yang berbeza terhadap virus tersebut.
Malah, melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap pesakit yang mengalami jangkitan semula, mereka didapati mempunyai respons imun yang lemah terhadap COVID-19.
Ini bermaksud, selepas dijangkiti, badan mereka tidak dapat menghasilkan imuniti yang kuat dan berkekalan terhadap virus tersebut. Oleh sebab itu, mereka berisiko untuk dijangkiti COVID-19 sekali lagi.
Mendapatkan vaksinasi terhadap virus COVID-19 dapat membantu anda menguatkan imuniti terhadap virus ini.
Malah, di dalam satu ujian klinikal, Pfizer dan BioNTech sendiri telah menjalankan uji kaji keberkesanan vaksin mereka terhadap bekas pesakit COVID-19.
Dapatan mereka menunjukkan pemberian vaksin dapat mengurangkan risiko jangkitan semula di samping merendahkan risiko jangkitan baharu kepada mereka yang tidak pernah terdedah dengan COVID-19 sebelum ini.
Artikel berkaitan: