Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, dunia kini sedang berhadapan dengan pandemik wabak COVID-19 yang sangat teruk dan negara kita juga tidak terkecuali.
Berikut merupakan statistik terkini mengenai penularan virus korona baharu di Malaysia:
[covid_19]
Berbagai-bagai mitos mengenai wabak COVID-19 ini telah tersebar di media sosial dan media masa.
Ada yang mengatakan ia boleh dibunuh dengan air panas, alkohol dan macam-macam jenis makanan.
Artikel berkaitan:
Selain itu, timbul juga banyak cerita mengenai cara ia tersebar.
Meskipun sudah jelas ia boleh berpindah dari manusia ke manusia melalui udara, titisan dan sentuhan, namun terdapat pelbagai lagi anggapan lain.
Terbaharu, telah timbul cakap-cakap yang mengatakan hubungan sex masa pkp boleh menyebarkan jangkitan virus korona baharu ini antara individu.
Adakah ia benar? Mari kita sama-sama bongkarkan jawapannya!
Wad bersalin penuh 9 bulan selepas tempoh kuarantin COVID-19?
Disebabkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia telah memasuki gelombang kedua, Perdana Menteri Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendungnya dari terus berleluasa.
Ekoran itu, orang awam diminta untuk kekal berada di rumah dan hanya keluar untuk urusan yang penting sahaja.
Hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan harian serta ubatan.
Ramai yang berjenaka dengan mengatakan 9 bulan selepas tempoh PKP ini, wad bersalin akan penuh kerana suami isteri yang berkuarantin di rumah kerap melakukan seks masa pkp untuk mengisi waktu lapang mereka.
Baca juga:
Kenyataan ini mungkin ada benarnya jika difikirkan secara logik akal.
Pun begitu, ada anggapan yang mengatakan seks masa pkp mungkin boleh sebarkan wabak COVID-19 tanpa kita sedari.
Adakah benar hubungan seks sebar virus korona baharu antara individu?
Bagaimana hubungan seks sebar virus korona baharu?
Persoalan ini sangat mengganggu fikiran setiap suami isteri di luar sana.
Adakah sex masa pkp boleh menyebarkan virus ini? Bagaimana dengan seks oral? Atau sekadar foreplay?
Menurut Kristin Englund, Pakar Penyakit Berjangkit di Cleveland Clinic, sehingga kini penyelidik masih mencari jawapan yang tepat untuk menjawab persoalan ini.
Jadi, beliau tidak dapat memberi kata putus sama ada cecair yang dikeluarkan dari alat kemaluan seperti air mazi atau mani boleh menyebarkan virus korona baharu ini atau tidak.
Namun, boleh dikatakan hubungan kelamin sangat berisiko tinggi untuk menyebarkan wabak COVID-19.
Ini kerana seks itu sendiri adalah satu perbuatan yang memerlukan sentuhan atau kontak rapat antara individu.
Aktiviti seperti bercium mulut sudah tentu akan memindahkan air liur antara individu.
Maka tidak hairanlah jika hubungan seks juga boleh menyebarkan virus korona baharu ini sesama manusia.
Jadi, adalah sangat penting untuk kalian benar-benar mengenali pasangan anda meskipun sudah berkahwin bertahun lamanya.
Pastikan mereka tidak terdedah dengan sebarang risiko jangkitan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bersenggama.
Suami isteri perlu pastikan pasangan bebas COVID-19
Hakikatnya, sex masa pkp sangat berisiko tinggi untuk menyebarkan virus korona baharu ini jika pasangan sudah terjangkiti.
Namun, janganlah ini dijadikan alasan anda untuk tidak lagi bersama pasangan pula ya?
Kalian masih lagi boleh menjalinkan hubungan intim asalkan pasangan anda:
- Tidak menunjukkan sebarang simptom/gejala
- Mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kekal berada di rumah
- Mengamalkan jarak sosial 1 meter ketika berada di luar rumah
- Mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan menggunakan air, sabun dan hand sanitizer
- Telah mengunjungi klinik/hospital dan terbukti negatif COVID-19
Berikut adalah simptom & komplikasi virus COVID-19 yang kalian wajib tahu:
Jika anda dan pasangan melepasi setiap senarai semak di atas ini, maka kalian berdua tidak perlu lagi risau untuk melakukan sex masa pkp
[mc4wp_form id=’115319″]
Seks masa pkp tiada masalah jika anda setia kepada pasangan
Kita sudah tahu sex masa pkp berisiko tinggi untuk menyebarkan wabak COVID-19 ini.
Namun, jika anda betul-betul mengenali pasangan anda, tiada masalah untuk terus buat.
Jadi, setialah kepada pasangan anda.
Ketahuilah bahawa seks bebas dengan banyak pasangan mungkin meninggikan risiko penularan wabak kerana anda mungkin tidak mengenali individu lain dengan sedalamnya.
Akhir kata, marilah kita sama-sama mengamalkan langkah kebersihan dan kesihatan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 ini dari terus berleluasa.
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus