Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Jun lalu, ketika kerajaan mengumumkan perintah Pelaksanaan Kawalan Pergerakan Pemulihan ataupun PKPP, ramai jadi teruja kerana berasa sudah ‘bebas’ dari COVID-19.

Hakikatnya, kita masih lagi berada di bawah cengkaman pandemik ini.

Kerajaan menasihatkan orang ramai agar kekal mengamalkan normal baharu dalam kehidupan seharian.

Salah satunya adalah dengan elakkan diri dari keluar rumah.

Pesan makanan secara online merupakan salah satu cara pencegahan yang masih lagi relevan walaupun ketika PKPP.

Disebabkan kita masih lagi bertarung dengan pandemik ini, pasti ada di antara anda yang sedikit risau dengan keselamatan makanan yang dipesan daripada luar.

Ketahuilah risiko serta fakta sebenar mengenai keselamatan anda semasa memesan khidmat penghantaran makanan secara online.

Ini statistik situasi semasa COVID-19 di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

310,097

Disahkan

9,196

Sembuh

1,164

Kes Kematian
Peta sebaran

Bagaimana virus korona merebak?

COVID-19

Secara umumnya, kita tahu bahawa koronavirus tersebar melalui titisan yang keluar dari hidung atau mulut ketika batuk atau bersin.

Jika titisan itu jatuh pada permukaan sebarang objek, ada kemungkinan untuk virus itu terus kekal pada objek tersebut untuk beberapa jam.

Penyebaran COVID-19 boleh berlaku jika individu lain bertindak memegang permukaan tersebut lalu menyentuh pula mata, hidung atau mulutnya.

Oleh itu, jika anda telah memegang sebarang permukaan yang kerap disentuh, cepat-cepatlah basuh tangan anda dengan air sabun ataupun gunakanlah hand sanitiser.

Elakkan bersalaman dengan orang lain dan pakai pelitup muka jika berada di kawasan yang ramai orang.

Sehingga sekarang, masih belum ada lagi bukti bahawa COVID-19 boleh tersebar melalui makanan ataupun bekas makanan.

Namun, seperti virus lain, penyebaran virus ini melalui sentuhan pada permukaan objek yang tercemar dengan koronavirus masih boleh berlaku.

Artikel berkaitan:

Patutlah Jumlah Kes Makin Meningkat, Ini Punca COVID-19 Merebak Dengan Cepat Di Malaysia!

Virus COVID-19 atas permukaan objek, berapa lama boleh bertahan?

Menurut Dr Frank Esper daripada Cleaveland Clinic, virus korona tidak boleh bertahan lama di luar tubuh badan manusia.

Oleh sebab virus COVID-19 memerlukan manusia sebagai perumah, sukar untuk virus ini terus hidup di atas permukaan di sekeliling kita.

Namun, masih ada kemungkinan untuk virus bertahan dalam satu tempoh masa tertentu di atas permukaan objek. Tetapi, bilangan virus akan semakin berkurang jika terlalu lama terdedah kepada persekitaran terbuka.

Sebagai contoh, virus lebih sukakan permukaan yang licin seperti pemegang pintu ataupun permukaan cermin. Atas permukaan licin, virus korona boleh bertahan selama 72 jam.

Menurutnya lagi, virus ini tidak dapat hidup lama atas permukaan yang mempunyai liang-liang kecil seperti kadbod ataupun fabrik. Virus hanya boleh bertahan selama 24 jam sahaja atas permukaan seperti ini.

Berikut merupakan tempoh masa virus boleh bertahan di atas sesuatu permukaan:

coronavirus

Perlu diingat bahawa cara utama penularan virus korona adalah melalui kontak rapat. Penyebaran melalui sentuhan, walaupun tidak mustahil untuk berlaku, kebarangkaliannya adalah amat rendah.

Oleh itu, cuba untuk tidak terlalu paranoid tentang virus COVID-19 jika anda telah amalkan langkah-langkah pencegahan seperti membasuh tangan dengan kerap dan memakai pelitup muka ketika keluar rumah.

Anda pesan penghantaran makanan secara online? Ikuti 10 langkah ini untuk lebih selamat!COVID-19

Walaupun wabak COVID-19 dalam negara kita semakin reda hari demi hari, kita harus beringat dan jangan terlampau leka kerana pandemik ini masih belum berakhir.

Aktiviti order makanan online juga telah menjadi salah satu daripada normal baharu kehidupan ketika negara berdepan dengan wabak COVID-19.

Pasti anda akan rasa risau untuk order makanan online terutamanya jika anda mempunyai anak kecil di rumah ataupun sedang menjaga ibu bapa anda yang sudah berusia.

Baca juga:

Jangan risau, di sini kami gariskan 10 langkah yang boleh diikuti untuk pastikan pakej penghantaran makanan yang anda terima adalah dalam keadaan bersih dan selamat.

  1. Amalkan penghantaran tanpa sentuh atau contactless delivery.
  2. Ingin beri tip kepada penghantar makanan anda? Lakukannya secara online ataupun melalui aplikasi penghantaran makanan anda.
  3. Pilih tempat untuk tinggalkan bungkusan anda. Berkomunikasi dengan penghantar makanan anda melalui kemudahan mesej dalam aplikasi.
  4. Pilih tempat yang selamat dan yakin bersih untuk tujuan penghantaran (contohnya di hadapan pintu rumah).
  5. Jika anda ragu dengan kebersihan tempat yang anda pilih, anda boleh luangkan sedikit masa untuk membersihkannya terlebih dahulu.
  6. Amalkan penjarakan fizikal. Tunggu sehingga penghantar makanan anda berlalu sejauh 6 kaki sebelum mengambil makanan anda.
  7. Keluarkan makanan anda dan buang bekas makanan.
  8. Pindahkan makanan anda dalam bekas sendiri.
  9. Jangan lupa untuk basuh tangan anda selepas membuang bekas makanan.
  10. Anda juga boleh cuci tempat anda buka bungkusan makanan anda untuk lebih selamat.

Jadi, patuhi 10 cara di atas jika anda berhasrat ingin order makanan online. Kita masih belum menang!

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Adakah suntikan vaksin COVID-19 boleh menyebabkan kesan sampingan? Benarkah terdapat 3,000 kesan sampingan vaksin bersifat kekal seperti yang diperkatakan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
COVID-19 11/02/2021 . 3 minit bacaan

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia bagi sambutan Tahun Baru Cina sepanjang wabak pandemik virus korona berlangsung...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
COVID-19 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?

Tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat pelbagai fungsi hand sanitizer. Namun, sila baca ini terlebih dahulu untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kebersihan Diri 09/02/2021 . 3 minit bacaan

Ada Satu Lagi Pilihan Vaksin COVID-19 Keluaran Johnson & Johnson, Guna Teknologi Berbeza!

Vaksin Johnson & Johnson ini adalah jenis vaksin yang sedikit berbeza daripada pengeluar yang lain. Ia menggunakan teknologi Adenovirus dan bukannya mRNA.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
COVID-19 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kes bunuh

Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
pemberian imunisasi

Vaksin COVID-19 Kini Telah Tiba! Kenali Jenis Vaksin Yang Bakal Anda Terima Nanti

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
program vaksinasi

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan