Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Pernahkah anda mendengar tentang serbuk biji sawi dan kebaikan mustard bath untuk merawat COVID-19?
Sejauh manakah kebenaran berita yang baru-baru ini viral? Nak tahu lebih lanjut?
Lihat dahulu situasi terkini COVID-19 di Malaysia berdasarkan statistik:
[covid_19]
Apa itu mandian herba berasaskan biji sawi (mustard bath)?
Mustard bath merupakan mandian berasaskan herba yang telah lama diamalkan oleh orang Rom dan Yunani dari zaman dahulu lagi.
Mandian ini kemudiannya diamalkan oleh orang Eropah pula sebagai salah satu cara perubatan tradisonal.
Tujuannya untuk melegakan sakit-sakit badan, demam panas dan juga untuk melegakan stres selepas seharian bekerja.
Walaupun mandian ini mungkin asing bagi kita sebagai rakyat Malaysia, namun ia banyak diamalkan di luar negara sebagai salah satu cara untuk mereka mengamalkan ‘self-love’ ataupun terapi untuk memanjakan diri.
Tambah lagi, bahan untuk membuat mustard bath diperbuat daripada campuran serbuk biji sawi, garam Epsom dan juga serbuk penaik.
Semua bahan ini adalah bahan biasa yang ada di rumah dan boleh dibeli di kedai dengan harga yang murah. Ramai yang cuma DIY sahaja!
Disebabkan biji sawi DIKATAKAN mempunyai sifat antiviral, maka mandian ini secara tiba-tiba menjadi terkenal sebagai salah satu penawar untuk penyakit COVID-19!
Biji sawi BUKAN bahan ajaib melawan COVID-19
Ramai yang tertipu dengan keupayaan ‘herba ajaib’ untuk merawat penyakit seperti COVID-19. Samalah seperti pemakaian health-tag, mandian herba ini juga tidak dapat melindungi anda daripada dijangkiti COVID-19!
Kenyataan bahawa mandian biji sawi dapat mengubat COVID-19 hanyalah sesuatu yang dibesar-besarkan.
Tiada sebarang bukti kukuh yang dapat mengaitkan mustard bath dengan keupayaan untuk merawat COVID-19.
Mungkin ada kebenarannya jika mandian ini digunakan untuk merawat keletihan setelah seharian penat berada di tempat kerja.
Namun, kenyataan di atas juga tidak mempunyai sebarang bukti kukuh. Tidak ada sebarang kajian yang menyokong kenyataan kebaikan serbuk biji sawi dapat ubati pening kepala dan juga demam.
Anda mungkin berminat:
- Anda Bebas Bergerak Masa PKPP Tapi WASPADA! Ini 7 Tempat BERISIKO Tinggi Sebar COVID-19
- COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?
Bahaya mustard bath
Jika anda pernah mendengar tentang mustard oil, atau mustard sauce, anda pasti tahu tentang rasa pedas yang terkandung dalam biji sawi.
Ya, biji sawi yang terdapat dalam mandian ini adalah sama seperti apa yang terkandung dalam sos yang anda makan bersama burger anda!
Sekarang, bayangkan pula anda mandi di dalam tub yang dipenuhi dengan serbuk biji sawi!
Pasti menyakitkan bukan!
Walau bagaimanapun, banyak blog kecantikan di luar sana yang amat yakin dengan kebaikan serbuk biji sawi. Menurut mereka, rasa pedih itu adalah normal ketika mandi menggunakan serbuk biji sawi.
Baca juga: