Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Baru-baru ini, isu berkenaan dengan vaksin virus korona baharu hangat diperbincangkan di laman media sosial.

Pada Disember 2020, kerajaan United Kingdom (UK) telah memberikan vaksin secara berperingkat kepada rakyat mengikut kepada prioriti.

Pekerja kesihatan merupakan antara golongan awal yang menerima vaksin memandangkan mereka berada di barisan hadapan merawat wabak pandemik tersebut.

Walau bagaimanapun, kecoh juga apabila ada berita yang tersebar mengenai kesan alergi yang dialami mereka selepas menerima vaksin.

Keadaan ini memaksa kerajaan UK untuk menangguhkan pemberian vaksin kepada mereka yang mempunyai sejarah tindak balas alergi.

Apa yang terjadi sebenarnya? Baca artikel ini untuk memahaminya dengan lebih lanjut.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

310,097

Disahkan

9,196

Sembuh

1,164

Kes Kematian
Peta sebaran

Bukan di UK sahaja, pekerja di Amerika Syarikat juga mengalami masalah sama

vaksin virus

Kurang dari seminggu selepas kecoh berita berkenaan dengan dua orang pekerja di UK mengalami tindak balas alergi, dua orang pekerja di Alaska turut berhadapan perkara yang sama.

Mereka menerima vaksin daripada syarikat yang sama dan mengalami tindak balas anafilaksis beberapa minit selepas disuntik.

Salah seorang daripada mereka terpaksa ditolak masuk ke dalam unit penjagaan rapi (ICU) memandangkan dia mengalami simptom teruk dan memerlukan pemantauan berterusan.

Baca juga:

Setakat ini, kandungan vaksin yang menyebabkan tindak balas anafilaksis masih belum dikenal pasti.

Namun dua suspek utama adalah:

  1. Polyethylene glycol: Bahan kimia yang boleh dijumpai dalam pelbagai jenis makanan, bahan kosmetik dan ubat.
  2. Partikel nano lipid: Bahan yang menyaluti maklumat genetik RNA.

Kandungan vaksin polyethylene glycol pernah dikaitkan dengan banyak kes anafilaksis sebelum ini.

Walaupun kesan sampingan yang bakal dialami oleh mereka yang alergi boleh jadi teruk, namun penggunaan vaksin masih akan terus digalakkan oleh pakar perubatan.

Ia berikutan komplikasi serius (alergi dan bukan alergi) sangat jarang berlaku dan jika ditimbang tara, kesan baik yang boleh dinikmati pengguna jauh lebih banyak berbanding kesan buruk.

Ujian klinikal yang dijalankan oleh pengeluar vaksin tidak menunjukkan sebarang tindak balas serius yang disebabkan oleh vaksin tersebut.

Artikel berkaitan:

Perlumbaan Hasilkan Vaksin COVID-19, Saingan Sengit Beri Manfaat Pada Pengguna

Meskipun begitu, terdapat segelintir pesakit yang mengalami simptom seperti sengal, demam dan kesan sampingan tidak serius lain.

Oleh sebab tindak balas anafilaksis yang dialami oleh dua pekerja Alaska berlaku beberapa minit selepas suntikan vaksin, jadi memang ia sudah disahkan berpunca daripada vaksin.

Penemuan ini membolehkan pihak berkuasa untuk menyusun protokol mengikut keperluan dan memastikan pusat suntikan mempunyai kelengkapan untuk merawat kesan sampingan jika perlu.

Kandungan vaksin virus korona punca pengguna alami kesan sampingan?

Pada tahun 2019, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan ‘keraguan pengambilan vaksin’ sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan sedunia.

Antara punca kepada keraguan tersebut adalah tindak balas alergi dan kesan sampingan teruk vaksin.

Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu adalah, kebarangkalian untuk anda mengalami tindak balas tersebut tersangatlah jarang.

Malah, jika hendak dibuat perbandingan, anda lebih cenderung untuk disambar petir (1 dalam 700,000) daripada mendapat kesan sampingan teruk vaksin (1 dalam 760,000).

Sudah tentulah, peratusan risiko kelihatan tidak bermakna sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang mengalami kesan sampingan teruk.

Namun, ia tidak seharusnya menjadi sebab mengapa anda tidak mendapatkan vaksin memandangkan ia boleh mencegah penyakit yang boleh menyebabkan kesan yang lebih buruk.

virus korona baharu

Jika anda mengalami simptom seperti demam, seram sejuk, sakit otot dan pening kepala, itu bukan tanda anda alergi terhadap vaksin.

Ia merupakan petanda bahawa badan anda sedang membentuk tindak balas imun untuk melawan penyakit.

Vaksin adalah satu medium yang mengandungi maklumat penyakit (sama ada maklumat genetik, virus mati atau yang telah dilemahkan) bagi merangsang tubuh badan untuk menghasilkan antibodi.

Ia membantu badan untuk mempersiapkan sistem imun supaya apabila agen sebenar cuba memasuki badan, antibodi sudah tersedia dan ia boleh menghindarkan proses penyakit daripada berlaku.

Kesan sampingan yang boleh dialami oleh pengguna adalah demam, sakit pada kawasan yang disuntik dan kebengkakan.

Oleh sebab bahan yang digunakan untuk membuat vaksin itu bukanlah agen penyakit yang sempurna (maklumat genetik atau virus lemah), jadi suntikan vaksin tidak boleh menyebabkan penyakit.

Konklusi

Walaupun segelintir pengambil vaksin mengalami kesan alergi teruk, ia tidak mengubah fakta bahawa vaksin adalah cara terbaik untuk menghindarkan jangkitan virus korona baharu.

Apa yang pihak berkuasa perlu lakukan adalah membuat pemantauan dengan lebih agresif serta mewujudkan protokol pengambilan vaksin dan pelan tindakan sekiranya pengguna mengalami kesan alergi.

Saintis di seluruh dunia sedang giat membuat siasatan bagi mengenal pasti punca alergi untuk menambah baik fungsi vaksin.

Diharapkan pembaca akan terus peka dengan liputan semasa dan ajukan soalan kepada doktor yang bertauliah jika terdapat keraguan berkenaan dengannya.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?

Tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat pelbagai fungsi hand sanitizer. Namun, sila baca ini terlebih dahulu untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kebersihan Diri 09/02/2021 . 3 minit bacaan

Ada Satu Lagi Pilihan Vaksin COVID-19 Keluaran Johnson & Johnson, Guna Teknologi Berbeza!

Vaksin Johnson & Johnson ini adalah jenis vaksin yang sedikit berbeza daripada pengeluar yang lain. Ia menggunakan teknologi Adenovirus dan bukannya mRNA.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
COVID-19 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Masih Lagi Berkisar Vaksin COVID-19, Mana Satu Keluaran Yang Lebih Baik; Moderna Atau Pfizer?

Bukan dua sahaja, lebih daripada 10 vaksin virus korona baharu (COVID-19) keluaran syarikat terkemuka di seluruh dunia telah dihasilkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

Kita semua sudah sedia maklum kerajaan Malaysia masih sedang menunggu vaksin virus korona baharu COVID-19 yang bakal dihantar oleh syarikat...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 20/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kes bunuh

Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
tahun baru cina

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan