backup og meta

Alami Leukemia, Kini Disahkan Positif COVID-19 - Ujian Berat Buat Anak Berusia 2 Tahun

Alami Leukemia, Kini Disahkan Positif COVID-19 - Ujian Berat Buat Anak Berusia 2 Tahun

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Wabak COVID-19 tidak mengenal usia. Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang merupakan penghidap leukemia, kini disenaraikan sebagai antara individu positif jangkitan COVID-19.

Muhammd Fateh Aqil Mohd Nazmee, 2 tahun 4 bulan sepatutnya menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Namun berdasarkan ujian darah yang dilakukan, menunjukkan dia juga turut positif jangkitan COVID-19.

Berita mendukacitakan tersebut telah mendapat lebih daripada 900 perkongsian daripada netizen dikongsikan melalui Facebook Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (Pesona).

Pihak Pesona memohon individu awam untuk mendoakan kesihatan adik Fateh agar kuat untuk berjuang melawan penyakit serta wabak COVID-19 yang dihadapinya.

Di Malaysia, berikut statistiknya:

[covid_19]

Peningkatan kes

Kes jangkitan COVID-19 yang melanda negara semakin meningkat. Pastinya situasi ini adalah 1 keadaan yang serius dan memaksa Kerajaan Malaysia untuk memanjangkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020.

Jika anda adalah merupakan individu yang bertanggungjawab, pastinya anda dapat memahami dan boleh mengikuti PKP yang telah diisytiharkan. Hentikan sikap keras kepala dan mementingkan diri sendiri dengan mengabaikan perintah yang dikeluarkan. #StayAtHome

Dalam masa yang sama, anda boleh membantu mengekang penularan wabak dan peningkatan kes dengan mengutamakan aspek penjagaan kebersihan diri setiap hari.

Berdasarkan langkah saranan Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC), setiap individu harus:

jangkitan covid-19

Sekiranya tidak perlu, bataskan pergerakan keluar rumah. Sikap tidak peduli dan keluar tanpa urusan boleh mengakibatkan anda terdedah kepada jangkitan. Adakah ini yang anda mahukan?

Jika ada berasakan diri mungkin mempunyai simptom jangkitan, hubungi pihak hospital bagi mengetahui protokol yang perlu anda ikuti. Jangan main terjah sahaja, okay?

Semasa ujian saringan, jangan sorokkan sebarang maklumat berkaitan yang perlu diketahui, seperti jika anda mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau kontak dengan individu bergejala atau positif jangkitan COVID-19.

Baca juga:

[mc4wp_form id=’115319″]

Jalankan tanggungjawab

Setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira usia, bangsa mahupun warna kulit perlu memainkan peranan dalam mengekang dan membendung penularan wabak COVID-19

Bataskan pergerakan anda, jaga kebersihan diri dan lakukan kuarantin diri di rumah jika tidak sihat walaupun tidak berkaitan dengan simptom coronavirus.

wabak covid-19

Wabak COVID-19 tidak akan dapat dikawal jika setiap individu masih dengan sikap tidak ambil peduli dan hanya memikirkan tentang diri sendiri. #kitajagakita

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://twitter.com/redzuannewsmpb/status/1242605766353117186?s=21  / Accessed on Mac 26, 2020

https://www.facebook.com/pesona.malaysia/photos/a.355091265229907/713880646017632/?type=3&theater / Accessed on Mac 26, 2020

https://www.majalahpama.my/besarnya-ujian-fateh-sepatutnya-buat-kimo-kanser-darah-disahkan-pula-positif-covid/  / Accessed on Mac 26, 2020

https://odisi.my/tempoh-perintah-kawalan-pergerakan-dilanjutkan-sehingga-14-april/  / Accessed on Mac 26, 2020

Versi Terbaru

10/06/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

Hah, Takut Terjolok Lubang Hidung Sampai Pecah Salur Darah, Betul Ke Swab Test Tak Selamat?

Mata Merah, Ini Simptom Bahaya Varian Baru COVID-19, Kanak-Kanak Paling Berisiko!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan