Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Belum reda wabak virus korona baharu (COVID-19) di seluruh dunia, pasar basah di Guilin, Tenggara China sudah mula dibuka menjual haiwan eksotik.
Tindakan itu sebagai sambutan sempena kejayaan China mengawal kemaraan wabak COVID-19.
Berpusu-pusu pelanggan hadir ke pasar tersebut untuk membeli daging kucing dan anjing bagi menyediakan juadah tradisi.
Perkara tersebut menunjukkan mereka seolah-olah memandang rendah bahaya COVID-19 yang hampir meragut 2 juta nyawa di seluruh dunia.
Di Malaysia, angka kes positif dan kematian adalah seperti berikut:
[covid_19]
Apa yang sedang berlaku?
Pasar basah dibuka tanda wabak COVID-19 sudah berakhir
Apabila kita pergi ke pasar basah, ia tidak bersesuaian dengan amalan jarak sosial.
Jumlah penduduk yang mengunjungi pasar tersebut bukannya sedikit.
Mereka menyambut kejayaan penurunan kes positif dan peningkatan kes yang sembuh seolah-olah wabak itu telah berakhir!
Hakikatnya, vaksin dan ubat antiviral pun masih belum ditemui sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
Apa yang lebih menakutkan – haiwan yang jadi suspek utama penyebaran virus, kelawar dan tenggiling turut dijual di pasar tersebut!
Menurut seorang pegawai pemeriksa, penduduk tempatan menyifatkan wabak virus korona baharu kini tidak lagi menjadi masalah mereka.
“Ia adalah masalah negara asing sekarang”.
Apa yang mungkin mereka kurang sedar tentang virus korona adalah spesies virus tersebut mudah untuk mengalami proses mutasi.
Perkara ini telah disebutkan di dalam kertas kajian yang diterbitkan pada tahun 2007 oleh pengkaji dari Hong Kong.
Mereka telah meneliti semula kes wabak epidemik virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Baca juga:
Menurutnya, tabiat pengambilan makanan eksotik oleh penduduk China boleh bertindak sebagai bom masa.
Virus korona mudah melalui proses rekombinasi genetik yang boleh menghasilkan subjenis baharu dan wabak di masa akan datang.
Namun, kedegilan penduduk tempatan akhirnya mengundang padah apabila virus COVID-19 muncul pada penghujung tahun 2019 dengan gelaran awal SARS-CoV-2.
Nama tersebut diberikan sedemikian berikutan strukturnya yang hampir sama dengan virus SARS.
Tindakan sambil lewa di pasar basah China bakal mengundang spesies virus korona baharu
Kajian yang dibuat terhadap sumber virus korona menunjukkan kebarangkalian tinggi virus itu berasal daripada kelawar dan tenggiling.
Kelawar yang bukan sahaja perumah kepada COVID-19 malah virus berbahaya lain masih dijual dalam bentuk sup atau sebagai herba ubat tradisional.
Perkara ini memberi perspektif kepada negara lain untuk merancang sebaiknya apabila perintah berkurung bakal diisytiharkan tamat.
Artikel berkaitan:
Perkara yang sedang berlaku di pasar Guilin ini tidak boleh berlaku di mana-mana negara.
Menurut saksi yang berada di sana, bukan sahaja mereka menyembelih dan menjual daging haiwan eksotik, malah tahap kebersihan sangkar dan susunan “stok daging” juga tidak diuruskan dengan betul!
Benda sama turut berlaku di Dongguan, Selatan China.
Perkara ini berlaku seusai kerajaan China menamatkan tempoh lockdown dan menggalakkan penduduknya meneruskan kehidupan seperti biasa bagi memulihkan ekonomi.
Tamat tempoh berkurung tidak bermakna wabak sudah berakhir
Negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom kini sedang mengalami peningkatan pesat pada jumlah kes positif.
Di Malaysia sendiri, kenaikan kes masih lagi konsisten pada jumlah melebihi 100 kes baharu sehari.
Semuanya gara-gara virus yang muncul dari lokaliti makanan eksotik yang terletak di pasar basah Wuhan.
Sekiranya negara telah mencapai kriteria minimum untuk menamatkan tempoh berkurung, satu protokol khas perlu diwujudkan.
Perkara ini perlu dilaksanakan agar penularan wabak boleh dihentikan sepenuhnya.
Jangan pandang ringan tentang virus baharu yang banyak benda kita tahu ini. Berikut antara fakta tentang virus COVID-19 yang merisaukan:
Amalan jarak sosial dan langkah pencegahan lain tidak boleh dilupakan.
Mereka yang dijangkiti boleh bebas gejala, maka perlu ada batasan dalam hubungan, sehingga vaksin dan ubat antiviral disahkan selamat untuk kegunaan umum.
Jangan ikut seperti apa yang berlaku di pasar basah Guilin.
Sebagai contoh, mungkin pihak kerajaan masih berbelah bahagi untuk membenarkan pembukaan bazar pada bulan Ramadan yang hampir tiba.
Namun, jika kes masih lagi menular, demi kemaslahatan bersama, elok dibatalkan terlebih dahulu pembukaan bazar tersebut.
Tiada apa yang lebih berharga selain nyawa manusia.
[mc4wp_form id=”115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus