home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Selepas Donald Trump, Kini Elon Musk Pula Sahkan Dijangkiti Wabak Covid-19?

Selepas Donald Trump, Kini Elon Musk Pula Sahkan Dijangkiti Wabak Covid-19?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pandemik COVID-19 bukanlah satu isu yang asing lagi bagi kita semua kerana sehingga kini satu dunia masih sedang giat melawan wabak ini.

Bermula pada hujung tahun 2019, sudah hampir setahun kita semua hidup dengan kebimbangan dijangkiti virus korona baharu ini.

Tanpa mengira siapa, virus ini telah menjangkiti ramai orang termasuklah kenamaan seperti Donald Trump dan terbaharu Elon Musk.

Siapakah beliau? Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Siapa itu Elon Musk?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan seorang tokoh usahawan yang sangat popular ini terlebih dahulu.

elon musk

Buat anda yang kurang mengenali beliau, Elon Musk adalah seorang usahawan dari Afrika Selatan yang telah menubuhkan syarikat Tesla Motors dan SpaceX pada tahun 2012.

Ketika berusia sekitar 20-an, beliau telah menjadi seorang jutawan hasil jualan syarikat miliknya iaitu Zip2 kepada organisasi gergasi dunia iaitu Compaq Computers.

Hasil titik peluh dan kejayaannya dalam dunia bisnes, beliau telah berjaya ditawarkan menjadi penasihat bidang industri kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Apakah persamaan mereka berdua? Ya, kedua-duanya telah disahkan positif wabak COVID-19.

Baca juga:

Salah seorang mangsa pandemik COVID 19?

Pada sekitar awal bulan Oktober 2020, seantero dunia telah dikejutkan dengan berita di mana pemimpin negara Uncle Sam ketika itu iaitu Donald Trump disahkan positif wabak ini.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh beliau melalui laman sesawang Twitter rasmi miliknya di saat kempen untuk memilih presiden negara itu sedang giat berlangsung.

Terbaharu, usahawan popular Elon Musk pula telah mengesahkan bahawa beliau juga telah dijangkiti virus korona baharu ini di sebuah anugerah di Jerman.

Pada awalnya, beliau telah melakukan ujian saringan coronavirus sebanyak 4 kali dan keputusannya agak mengejutkan.

Ini kerana hasil ujian saringan terbabit mengesahkan bahawa beliau negatif sebanyak 2 kali dan positif sebanyak 2 kali.

Mengejutkan bukan?

Ujian saringan COVID 19 yang mengelirukan!

Disebabkan hasil ujian saringan yang mengelirukan ini, beliau berpendapat bahawa mungkin hanya menghidapi demam selesema yang biasa sahaja.

Selepas cakap-cakap yang tidak enak tentang pendapat beliau sendiri mengenai pandemik COVID 19 ini, beliau akhirnya akur bahawa sudah dijangkiti.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah beliau telah mengesahkan perkara ini di sebuah majlis anugerah yang dihadiri oleh ramai orang yang tidak memakai topeng muka serta tiada penjarakan sosial!

penutup muka

Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran kebanyakan individu di seluruh dunia terhadap wabak ini adalah masih rendah dan perlukan didikan yang lebih.

Bagaimana situasi coronavirus di Malaysia?

Di negara kita, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi giat dijalankan sesuai dengan tahap jangkitan di sesuatu tempat atau negeri.

Apa yang mungkin membezakan kita semua dengan individu di negara lain adalah kesedaran tentang kepentingan pemakaian topeng muka serta penjarakan sosial masih berada di tahap yang baik.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Ya, ia adalah satu perkembangan yang bagus kerana hanya inilah cara terbaik untuk melawan pandemik COVID-19 ini daripada terus berleluasa sehinggalah sebarang penawar atau vaksin berjaya dicipta.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.biography.com/business-figure/elon-musk
  2. https://sea.mashable.com/tech/13451/after-all-his-bogus-talk-elon-musk-actually-did-have-covid-19
  3. https://theconversation.com/donald-trump-how-covid-19-killed-his-hope-of-re-election-new-research-151045
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 03/12/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x