backup og meta

Sudah Cucuk Vaksin AZ, Tapi Nak Beralih Ke Pfizer Pula! Boleh Ke Campur Dua Vaksin COVID-19?

Sudah Cucuk Vaksin AZ, Tapi Nak Beralih Ke Pfizer Pula! Boleh Ke Campur Dua Vaksin COVID-19?

Siapa sangka, di sebalik kegusaran orang ramai terhadap kesan sampingan vaksin AstraZeneca, pakar telah menemui satu solusi yang mungkin dapat membantu banyak negara. Ini terutamanya mereka yang tidak mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi. Menurut pakar, kita mungkin dapat campur dua vaksin yang berbeza pada masa hadapan untuk membanteras COVID-19.

Kajian yang diterbitkan di dalam The Lancet ini melaporkan campuran dua vaksin iaitu vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca dapat menghasilkan reaksi imun yang kuat terhadap penyakit berjangkit, COVID-19.

Oleh sebab itu, tidak mustahil kita dapat lihat penggunaan vaksin yang berbeza pada masa hadapan untuk melawan penyakit berjangkit.

Sebagai contoh, mungkin akan ada yang mendapat vaksin AstraZeneca untuk dos pertama dan disusuli pula dengan vaksin Pfizer-BioNTech untuk dos kedua.

Manakala, untuk suntikan booster atau penggalak pula, mungkin vaksin lain pula yang akan digunakan.

Malah, negara-negara yang tidak mempunyai vaksin yang mencukupi juga boleh menerima banyak faedah jika suntikan vaksin boleh dicampur. 

Jika berlakunya sebarang kekurangan vaksin, negara tersebut masih boleh meneruskan program vaksinasi tanpa sebarang masalah.

[covid_19]

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Campur dua vaksin, selamat atau tidak?

campur dua vaksin

Sebanyak 830 orang dewasa berusia 50 tahun ke atas telah mengikuti kajian di atas. Mereka dijadualkan untuk mengambil sama ada vaksin Pfizer atau AstraZeneca terlebih dahulu, dan vaksin lain kemudiannya.

Kajian tersebut mendapati individu yang mendapat suntikan vaksin dengan dos yang berbeza lebih berisiko untuk mendapat kesan sampingan yang sederhana seperti demam, seram sejuk, pening kepala, sakit sendi dan sakit otot.

Walau bagaimanapun, kesan sampingan ini tidak berlarutan dalam jangka masa yang panjang. Malah, buat masa ini, tidak ada sebarang masalah kesihatan lain yang dikesan.

Namun, saintis mendapati mereka yang mengambil dua dos vaksin yang berbeza mempunyai respons antibodi yang lebih tinggi. Malah, responsnya lebih kuat berbanding mereka yang mengambil dua dos vaksin AstraZeneca!

Walau bagaimanapun, mungkin perlu ada banyak lagi kajian lain yang harus dilakukan pada masa hadapan.

Namun, beberapa negara seperti Sepanyol dan German sudahpun menawarkan vaksin Pfizer-BioNtech atau Moderna untuk dos kedua kepada penerima vaksin AstraZeneca.

Di Sepanyol, pemberian vaksin AstraZeneca kepada orang dewasa berusia 60 tahun ke bawah telah dihentikan sepenuhnya disebabkan risiko darah beku yang jarang berlaku.

Kebanyakannya masih belum mendapat suntikan vaksin kedua sehingga hari ini.

Baca juga:

Campur dua vaksin bukanlah perkara luar biasa

campur dua vaksin

Walaupun kedengaran pelik, campur dua vaksin bukanlah sesuatu yang baharu. Malah, saintis yang terlibat dengan vaksinasi untuk HIV sudah lama menimbangkan penggunaan dua dos vaksin yang berbeza untuk penyakit ini.

Namun, hingga hari ini masih belum ada vaksin HIV/AIDS yang efektif. Walaupun begitu, vaksin yang paling efektif telah dihasilkan pada tahun 2012 dan merupakan kombinasi beberapa jenis vaksin yang berbeza.

Vaksin Ebola yang dihasilkan oleh Johnson & Johnson merupakan salah satu contoh vaksin campuran yang digunakan hingga ke hari ini. Vaksin ini juga dapat memberikan imuniti yang berkekalan dalam satu jangka masa yang lama.

Malah, mereka yang bertanggungjawab dalam penghasilan vaksin AstraZeneca juga sedang melihat kemungkinan untuk menggabungkan suntikan pertama vaksin mereka dengan vaksin Sputnik V dari Rusia.

Selain imunisasi yang lebih kuat, amalan campur dua vaksin mungkin dapat menghalang vaksin daripada menjadi kurang efektif terhadap varian baharu. 

Sebarang perubahan dalam pemberian vaksinasi juga merupakan sesuatu yang normal. Malah, vaksin influenza juga diolah setiap tahun supaya ia terus efektif dan sejajar dengan pengetahuan yang sedia ada.

Bagaimana pula dengan Malaysia?

campur dua vaksin

Menurut Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), buat masa ini kerajaan masih mempertimbangkan manfaat campur dua vaksin.

Namun, beliau juga tidak mahu tergesa-gesa dan ingin mendapatkan data yang lebih banyak sebelum membuat sebarang keputusan. Tetapi, beliau tetap optimis akan penggunaan dua dos vaksin yang berbeza. 

Buat masa ini, semua penerima vaksin akan menerima vaksin yang sama untuk kedua-dua dos. Namun, beliau juga tidak menafikan kemungkinan untuk mencampur dua dos vaksin pada masa hadapan.

Menurut WHO pula, masih belum ada data yang cukup untuk menggalakkan amalan campur dua vaksin. Menurut polisi, semua orang perlulah mengambil dua dos vaksin daripada jenis yang sama.

Namun, mereka tidak menolak kemungkinan amalan ini mungkin akan dilakukan pada masa akan datang.

Sains sering berubah dan pengetahuan juga makin berkembang. Malah, dari segi immunologi juga, amalan mencampur dua vaksin bukanlah sesuatu yang mustahil.

Apa yang penting, elakkan memilih vaksin mengikut jenama. Vaksin yang terbaik adalah vaksin yang paling cepat yang boleh anda dapatkan.

Ketika ini, kita sedang bergelut untuk menurunkan jumlah kes harian. Tanpa vaksinasi, kita mungkin akan terus lumpuh dek penyakit berjangkit dan semakin jauh dengan kebebasan yang diingini.

[mc4wp_form id=”115319″]

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Association for the Advancement of Science. 2021. Mixing COVID-19 vaccines appears to boost immune responses. June 9. Accessed July 8, 2021. https://www.sciencemag.org/news/2021/06/mixing-covid-19-vaccines-appears-boost-immune-responses.
  2. Gavi. 2021. Is it safe to mix and match COVID-19 vaccines? May 28. Accessed July 8, 2021. https://www.gavi.org/vaccineswork/it-safe-mix-and-match-covid-19-vaccines.
  3. University of Oxford . n.d. Mixed Oxford/Pfizer vaccine schedules generate robust immune response against COVID-19, finds Oxford-led study. Accessed July 8, 2021. https://www.ox.ac.uk/news/2021-06-28-mixed-oxfordpfizer-vaccine-schedules-generate-robust-immune-response-against-covid.
  4. WHO. 2021. Episode #26 – Vaccine dosage. February 18. Accessed July 8, 2021. https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/media-resources/science-in-5/episode-26—vaccine-dosage?gclid=CjwKCAjw_o-HBhAsEiwANqYhp1HSkMWwwCHoukuluK3MPi3-d_R9s5pmQH_cfGPPeLDVOHhKMAWRhBoClH4QAvD_BwE.
  5. CombiVacS Study Group. Immunogenicity and reactogenicity of BNT162b2 booster in ChAdOx1-S-primed participants (CombiVacS): a multicentre, open-label, randomised, controlled, phase 2 trial. Lancet. 2021 Jun 25. pii: S0140-6736(21)01420-3. doi: 10.1016/S0140-6736(21)01420-3. [Epub ahead of print] https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT04860739
  6. Study, Safety and Immunogenicity Report from the Com-COV Study – a Single-Blind Randomised Non-Inferiority Trial Comparing Heterologous And Homologous Prime-Boost Schedules with An Adenoviral Vectored and mRNA COVID-19 Vaccine. Available at SSRN: https://ssrn.com/abstract=3874014 or http://dx.doi.org/10.2139/ssrn.3874014

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Vaksin COVID-19 Sebabkan Kematian? Ada Perkara Tersembunyi Yang Anda Tak Tahu

Vaksin COVID-19 Kini Telah Tiba! Kenali Jenis Vaksin Yang Bakal Anda Terima Nanti


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan