
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dilaksanakan, sememangnya kebanyakan masa kita hanya dihabiskan di rumah.
Mungkin ada yang mengambil kesempatan ini untuk berehat sepuasnya sebelum kembali bekerja, atau ada juga yang mula mencari peluang bagi menjana ekonomi sampingan.
Bagaimana pula jika masa yang ada ini diluangkan untuk bersama-sama melawan COVID-19?
Anda tidak semestinya perlu menjadi doktor atau polis untuk membantu negara melawan penularan jangkitan ini.
Sebagai orang awam, kita juga boleh menyumbang kepada ‘perlawanan’ ini dengan cara kita sendiri. Apakah caranya?
Berikut adalah bilangan kes semasa COVID-19 di Malaysia.
293,698
9,196
1,100
Anda pun boleh jadi hero, ini 5 cara menyumbang dalam menentang COVID-19
Setiap sumbangan yang ingin dilakukan tidak semestinya memerlukan wang ringgit. Berikut antara cara yang boleh dilakukan untuk membantu negara ini saat dilanda musibah wabak COVID-19.
#1. Menjahit baju PPE
Pada saat ini, petugas barisan hadapan yang bertanggungjawab merawat pesakit COVID-19 seperti doktor dan jururawat mempunyai satu cabaran yang agak berat.
Mereka kekurangan peralatan perlindungan peribadi atau ringkasnya disebut sebagai PPE.
Antara kelengkapan PPE yang sedang mengalami kekurangan pada masa sekarang ialah baju atau gown.
Jika anda berkemahiran dalam bidang jahitan, anda boleh membantu dengan cara menjahit baju, tudung dan juga pelindung kaki untuk dijadikan PPE.
Cara lain untuk elak jangkitan COVID-19 seperti berikut:
Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus
Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus
Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020
Pada masa sekarang, non-woven material banyak digunakan untuk dijadikan PPE bagi kegunaan pasukan perubatan di hospital dan juga klinik.
Jika terdapat mana-mana organisasi atau persatuan di sekitar anda yang menjalankan aktiviti ini, anda boleh menyertai mereka untuk menyumbangkan tenaga dan kemahiran jahitan anda.
Jika tiada, anda sendiri boleh memulakan inisiatif ini bersama rakan-rakan anda.
Cuba dapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak seperti wakil rakyat untuk membeli non-woven material tersebut terlebih dahulu.
Kemudian tetapkan satu lokasi khusus yang boleh dijadikan pusat jahitan PPE seperti di dewan dan pusat komuniti setempat.
Namun, jangan lupa untuk tetap menjaga jarak sosial.
#2. Sumbangan bantuan makanan
Untuk sumbangan bantuan makanan, anda boleh menyumbang melalui 3 cara; menyumbang pek makanan, menyumbang wang atau menyumbang tenaga.
Jika anda berkemampuan dari segi kewangan, anda boleh menyumbang dengan cara menghulurkan bantuan makanan terus kepada NGO-NGO berkaitan.
Untuk lebih mudah, anda juga boleh sahaja menyumbang dalam bentuk wang ringgit yang pembeliannya akan diuruskan oleh NGO terbabit.
Sumbangan dari segi tenaga pula, anda boleh hadir ke pusat operasi bantuan makanan dan membantu membungkus dan mengedar makanan tersebut.
Selain itu, anda juga boleh terlibat menghulurkan bantuan makanan sebagai hidangan yang sedia dimakan untuk para petugas barisan hadapan.
Ini termasuklah para doktor dan warga kerja di fasiliti kesihatan, pihak polis dan tentera yang melakukan sekatan jalan raya serta mereka yang kurang berkemampuan seperti gelandangan dan orang miskin.
#3. Membuat pelindung muka DIY
Pelindung muka atau face shield juga merupakan antara salah satu barangan PPE yang semakin susut dari hari ke hari.
Jika anda mempunyai mesin pencetak 3D, anda boleh memanfaatkannya untuk mencetak pemegang pelindung muka yang akan digunakan sebagai salah satu komponen pelindung muka.
Jika tidak, anda boleh menggunakan barang-barang yang terdapat di sekitar anda untuk membuatnya dengan cara yang lebih kreatif.
Ada pihak yang berjaya menggunakan span dan juga plastik dokumen bersaiz A4 bagi menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan frontliners.
Mungkin anda juga boleh mencuba kaedah ini yang ternyata lebih mudah dan murah.
#4. Menjahit topeng muka
Pada ketika ini, bekalan topeng muka juga amatlah sukar untuk didapati sama ada di kedai-kedai runcit, farmasi, pasar raya mahupun jualan online.
Artikel berkaitan:
- Topeng Muka N95 atau Surgical Mask, Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Coronavirus?
- Topeng Muka & Hand Sanitizer Habis Stok; Selamat Tak Kalau Beli Online?
Apatah lagi jika mereka yang berisiko ini berada di lokasi-lokasi yang memerlukan pemakaian topeng muka seperti berikut:
Bagaimana jika mereka ini tidak mempunyai bekalan topeng muka untuk dipakai?
Di sinilah anda boleh menyumbang dengan cara menjahit topeng muka kain di rumah anda dan memberikannya kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Topeng muka kain mungkin tidak begitu berkesan dalam memberikan perlindungan yang terbaik kepada pemakainya, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain.
#5. Ceriakan individu yang mengalami kesihatan mental terjejas
Sesetengah individu mungkin akan mengalami fasa yang agak sukar sewaktu PKP ini sedang berlangsung.
Ada dalam kalangan kita yang mungkin sedang tertekan kerana tinggal berseorangan setiap hari.
Ada juga yang mungkin sedang kemurungan memikirkan masalah yang sedang dialami di rumah.
Artikel berkaitan:
Mak Ayah Dah Mula Stres Sepanjang PKP? Jom Atasinya Dengan 7 Tip Ini
Jika anda mengetahui sesiapa di sekililing anda yang mungkin berhadapan dengan masalah seperti ini, bantu mereka dengan menceriakan hari-hari mereka.
Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
- Menghantar gambar-gambar atau video haiwan yang comel dan kelakar melalui WhatsApp
- Hantarkan kata-kata motivasi untuk mereka yang sedang mengalami tekanan
- Buat panggilan video dan bertanya khabar kepada mereka
- Buat panggilan telefon kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan jiran terdekat yang tinggal berseorangan/ jauh
Kesimpulan
Sumbangan semasa PKP tidak semestinya dibuat melalui bantuan makanan semata-mata.
Ini kerana, ada banyak lagi keperluan lain yang diperlukan oleh individu berkaitan pada saat ini.
Anda juga sebenarnya boleh menjadi sebahagian daripada hero negara!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
- 4 Individu Ini LEBIH BERISIKO Dijangkiti COVID-19, Info Lengkap Coronavirus Anda Wajib Tahu
- Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!
- PKP Bukan Alasan Makan Ikut Nafsu, Ini 5 Cara Mudah Sediakan Menu Sihat & Senang
- Doktor Letih, Bekalan PPE Semakin Kurang: Ini Kesusahan Yang Dirasai Oleh Frontliner
- Covid-19 Tambah Stres Pada Doktor, Staf Perubatan? Bagaimana Mereka Hadapinya
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.