backup og meta

Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

Apa itu flu? Ia bahaya atau tidak?

Untuk pengetahuan anda, influenza (flu) adalah penyakit yang menjangkiti sistem pernafasan dan disebabkan oleh virus influenza.

Ia boleh menyebabkan pelbagai gejala sama ada ringan atau serius. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia boleh mengancam nyawa.

Di Malaysia yang merupakan salah sebuah negara tropika di atas garisan Khatulistiwa, kejadian wabak ini boleh berlaku sepanjang tahun.

Ditambah pula dengan penularan virus korona baharu pada ketika ini, sesuatu perlu dilakukan segera untuk membendung wabak flu dari terus berleluasa!

Pandemik COVID-19 buat keadaan lebih teruk!

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, dunia kini sedang dilanda pandemik COVID-19.

Bermula di China dan seterusnya merebak ke seantero dunia, kini Amerika Syarikat pula menjadi negara yang paling terjejas teruk.

Negara kita juga tidak terkecuali terjejas dan kehidupan ‘norma baharu’ wajar diamalkan kini demi kesihatan masyarakat sejagat.

Sebenarnya, ia bukan sahaja perlu diamalkan ketika pandemik malahan juga setiap masa untuk kehidupan yang lebih sejahtera.

Dengan norma baharu ini, maka peluang kita untuk melawan COVID-19 dan pelbagai penyakit yang dianggap biasa seperti flu, demam dan selesema akan dapat dibendung.

flu

‘Cegah Flu, Norma Baharu’

Program Imunisasi Sepanjang Hayat (Immunise4Life) telah bekerjasama dengan badan perubatan, individu berpengaruh serta organisasi bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan kempen ‘Cegah Flu, Norma Baharu’.

Buat anda yang mungkin belum tahu, ia adalah kempen ikrar atas talian kebangsaan yang menggesa orang ramai untuk terus melindungi diri dan orang tersayang daripada influenza.

Mesej yang ingin disampaikan menerusi kempen ini adalah untuk individu mendapatkan vaksinasi flu setahun sekali bagi bersama membendung flu yang dianggap sebagai penyakit biasa.

Jom sama-sama kita berikrar untuk bersama mereka menerusi pautan ini: https://www.actoflove.ifl.my/

Mengapa vaksinasi flu itu penting?

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 billion kes flu berlaku setiap tahun di mana 3 hingga 5 juta berada dalam keadaan parah, dan meragut nyawa lebih 650,000 orang seluruh dunia”, jelas Professor Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4Life (IFL).

Menurut beliau lagi, vaksinasi flu setahun sekali adalah satu kaedah terbaik untuk membendung penyakit ini yang sangat berbahaya buat golongan mudah terjejas seperti:

  • Kanak-kanak
  • Ibu hamil
  • Warga emas
  • Pesakit kronik

Jika kalian tidak tergolong dalam 4 kategori di atas ini, jangan berasa lega kerana anda juga berisiko terkena flu dan boleh membawa maut sekiranya mendapat jangkitan bakteria (secondary infection).

Bagaimana pula untuk tahu jika kalian telah dijangkiti virus influenza? Ini simptom-simptomnya:

  • Demam
  • Selesema
  • Batuk
  • Bersin
  • Hidung tersumbat
  • Sukar bernafas

Sekiranya anda, ahli keluarga atau sahabat handai anda mengalami simptom yang dinyatakan di atas ini, maka segeralah berjumpa doktor untuk mengelak komplikasi yang lain.

flu

Mencegah flu lebih baik dari mengubati!

Sudah menjadi lumrah untuk mencegah daripada merawat sebarang penyakit di muka bumi ini.

Kita boleh ambil contoh COVID-19 di mana sehingga kini masih tiada vaksin yang dapat dihasilkan.

Oleh itu, langkah pencegahan seperti normal baharu haruslah diamalkan untuk membendungnya.

Buat anda yang masih keliru dengan terma normal baharu ini, ia merangkumi:

  • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
  • Gunakan cecair sanitasi tangan
  • Amalkan penjarakan sosial
  • Elakkan bersalaman, bersentuhan atau berpelukan
  • Pakai pelitup muka ketika di luar rumah

Sebenarnya, ia bukan sahaja perlu dilakukan untuk memerangi COVID-19 sebaliknya juga untuk melawan pelbagai penyakit yang dianggap biasa seperti flu.

Selain mengambil vaksinasi setahun sekali, flu juga boleh dicegah melalui normal baharu ini.

Dalam pada itu, terdapat pelbagai lagi perkara yang mungkin kita semua boleh lakukan bersama.

bayi

Menurut Dr. Zulkifli lagi, golongan yang paling mudah terdedah kepada virus influenza ini adalah bayi ekoran imunisasi tubuh badan yang masih lagi lemah.

Cara untuk melindungi bayi yang berusia bawah 6 bulan ini adalah elak dari sentuh, pegang, dukung dan cium mereka tidak kira jika ia anak anda atau bukan.

Konklusinya, apa itu flu adalah sejenis penyakit biasa yang sering berlaku kepada kita namun ia tidak wajar dipandang ringan.

Oleh itu, segeralah kita semua mendaftarkan diri untuk berikrar bersama memerangi penyakit biasa yang sebenarnya luar biasa ini.

‘Cegah Flu, Normal Baharu’

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.actoflove.ifl.my/
  2. infosihat.gov.my/index.php/influenza
  3. http://www.myhealth.gov.my/en/bayi-influenza/
  4. https://docs.google.com/document/d/1Km-KNxwB7LCUUzASS4vZ3IN73i8WaPoWx-JABSAdR-Q/edit

Versi Terbaru

01/10/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Suntikan Flu Untuk Mencegah Influenza - Penting Ke Ambil Dan Untuk Siapa?

8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan