Terapi Kuda Tingkatkan Perkembangan Kanak-kanak Autistik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kuda telah digunakan dalam terapi bagi membina keyakinan dah peribadi diri dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Malahan, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad juga menunggang kuda sebagai salah satu sebab keadaaan kesihatannya baik pada usia 90-an.

Hari ini mungkin sudah ramai yang biasa dengan kuda, malah menunggang kuda serta mengagumi kekuatan dan keanggunan pergerakannya. Tetapi tidak ramai yang mengetahui lebih mengenai kuda selain menunggang dan berlumba.

Pengasas Horses of YOUNG, Dr EJ Khew berkata, terapi kuda bagi kanak-kanak autistik sangat membantu mereka kerana ia mampu melakukanan 60 pergerakan tubuh seseorang dalam masa satu minit.

Penyelidikan membuktikan bahawa kanak-kanak yang membesar dengan haiwan lebih penyayang, bertanggungjawab dan positif secara sosialnya.

“Sebelum menunggang kuda yang sebenar, kanak-kanak akan diberi pendedahan mengenai pengenalan terhadap haiwan berkenaan yang mana membabitkan beberapa program khusus untuk membantu perkembangan mereka.

“Walaupun, sesetengah mungkin beranggapan terapi berkuda ini satu aktiviti yang mahal, sebenarnya jika difahami dengan sebaiknya terapi berkuda ini sangat bernilai dalam membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan,” katanya pada Program Horses for YOUNG di IOI City Mall Putrajaya.

Selain autism, terapi kuda juga membantu kanak-kanak mempunyai keadaan kesihatan seperti disleksia, lambat bercakap, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Sindrom Down dan Cerebral Palsy.

Menurut Dr Khew, terapi haiwan ini boleh mambantu meningkatkan kemahiran motor, komunikasi, deria dan sosial seseorang kanak-kanak.

Sementara itu, Pengasas The Hope Factory Malaysia, YM Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj berkata, kanak-kanak istimewa mempunyai cara berbeza menguruskan mereka dan terapi haiwan sangat bagus untuk mereka bertenang, yang mana pendekatan bebeza bagi anak-anak istimewa ini.

“Pnndekatan ini jarang digunakan kerana cara pembelajaran kanak-kanak istimewa berbeza dan ini adalah salah satu cara yang boleh meningkatkan keyakinan diri dan perkembangan mereka dalam beraktiviti.

“Ibu bapa yang ada anak istimewa boleh cuba rawatan terapi haiwan ini dan perlu mencuba pelbagai kaedah pembelajaran kerana kanak-kanak perlukan aktiviti luar dan bersukan, bukan sahaja berada di dalam rumah,” katanya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Echolalia

    Learn about echolalia. Why do people have echolalia? What are the risk factors of echolalia? What can we do to cope with it?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Phuong Tran
    English 14/02/2019 . 4 minit bacaan

    Ibu, Perhatikan 4 Tanda Awal Autisme Ini Pada Anak Untuk Bertindak Lebih Cepat!

    Ibu bapa perasan sesuatu yang tidak kena pada anak? Perhatikan tanda awal autisme ini. Mungkin mereka memerlukan bantuan yang lebih dari anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 29/11/2018 . 3 minit bacaan

    5 Tip Bekerja Dengan Dewasa Menghidap Spektrum Autism

    Dewasa yang mempunyai spektrum autism mempunyai ciri-ciri khusus yang menyebabkan hidup sangat mencabar bagi mereka. Mengetahui cara untuk bekerja dengan individu ini membantu memastikan mereka mendapat rawatan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/09/2018 . 2 minit bacaan

    Gangguan Spektrum Autistik, Autism Dalam Kalangan Dewasa

    Anda sering berasa berbeza, teteapi tidak mengetahui puncanya. Satu diagnosis gangguan spektrum autism (ASD) membantu untuk mengetahui punca sesetengah perkara yang selalunya dirasakan sukar, sedangkan orang lain ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/09/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cerebral-palsy

    Kanak-Kanak Istimewa Cerebral Palsy: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mereka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 03/10/2019 . 2 minit bacaan
    nora

    Nora Anne Quoirin: Kehilangan yang Membuka Mata Ramai Pihak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/08/2019 . 3 minit bacaan

    Adakah Gangguan Autisme Boleh Sembuh Jika Tanda-Tanda Dikesan Lebih Awal Pada Anak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/04/2019 . 3 minit bacaan
    telur besar

    ‘Grow Some Balls’ – Here’s Why Bigger Isn’t Always Better

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 28/02/2019 . 3 minit bacaan