Rehabilitasi bantu perlahankan masalah fungsi otak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Demensia dan Alzheimer adalah masalah berkaitan fungsi otak yang sering melanda warga emas. Masalah fungsi otak ini boleh menjejaskan prestasi seseorang, dan akan menjadi bertambah buruk jika dibiarkan tanpa rawatan.

Menurut Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia, buat masa ini, dianggarkan kira-kira 50,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit Alzheimer. Namun, yang lebih membimbangkan adalah ramai di kalangan rakyat Malaysia ini masih belum didiagnos. Mereka ini juga tidak sedar bahawa mereka memerlukan rehabilitasi kognitif, dan bukannya bergantung kepada ubat semata-mata.

Ketua Pegawai Perubatan ReGen Rehabilitation International (ReGen Rehab), Dr Lydia Abdul Latif berkata, proses rehabilitasi boleh membantu memperlahankan kesan akibat masalah fungsi otak seperti Demensia dan Alzheimer.

Menurutnya, gangguan neurokognitif yang merujuk kepada sebilangan gangguan yang boleh menjejaskan fungsi kognitif seseorang boleh diperlahankan jika pesakit mendapatkan rawatan rehabilitasi segera.

“Jika seseorang itu dikenal pasti mengalami masalah neurokognitif, perkara penting yang perlu dilakukan adalah mengetahui gejala yang perlu dipantau dan penilaian yang perlu dilaksanakan. Selepas semuanya dikenal pasti, pesakit perlu mendapatkan rawatan rehabiloitasi seawal yang mungkin,” katanya semasa penerangan kepada media di siri kedua ceramah kesihatan awam, Care For Your Brain: Cognition and Cognitive Rehabilitation di ReGen Rehab, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah dan Pakar Terapi Pekerjaan Prinsipal dari Sydney, Australia, Dr Judy Ranka dan Pengarah Terapi ReGen Rehab, Chelvi Muniandy.

Gejala gangguan neurokognitif

Dr Lydia berkata, terdapat pelbagai simptom yang menunjukkan seseorang itu mengalami masalah neurokognitif seperti masalah daya ingatan dan perhatian. Malah, adakalanya gejala ini muncul dalam bentuk tingkah laku berasaskan gerak hati, kemurungan, kegelisahan dan sikap tidak peduli.

Walau bagaimanapun, ujarnya, gejala gangguan neurokognitif kadangkala tidak begitu jelas.

“Cara yang lebih tepat untuk mengetahui jika seseorang itu mengalami masalah kognitif adalah dengan melakukan ujian seperti ujian penilaian melukis jam.

“Melalui ujian ini, kita dapat mengetahui sama ada pesakit sihat ataupun mengalami Alzheimer atau Parkinson,” katanya.

Selain ujian melukis jam, diagnosis gangguan neurokognitif juga boleh dilakukan dengan ujian Pengimejan otak; iaitu melalui imbasan CT Kranium dan MRI, ujian Elektroensefalogram (EEG) untuk mengukur aktiviti elektrik otak dan juga ujian Penilaian Kognitif Montreal.

Sementara itu, Dr Judy menambah bahawa tahap kesedaran orang ramai terhadap rehabilitasi kognitif masih rendah, begitu juga dengan teknik yang boleh dan patut digunakan untuk menangani masalah tersebut.

Oleh itu, katanya, rehabilitasi kognitif menjadi penentu dalam usaha merawat sebarang keabnormalan berhubung dengan fungsi otak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pencegahan Kanser Kolorektal

Bagi mereka yang tidak menunjukkan tanda-tanda kanser, terdapat pelbagai jenis langkah pencegahan yang boleh diamalkan bagi memastikan risiko barah kekal rendah. Kanser kolorektal merupakan kanser ketiga ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

Rawatan Kanser Kolorektal

Pesakit kanser usus akan menjalani beberapa rawatan untuk memulihkan kanser yang dialami. Antara rawatan yang dilakukan ialah kemoterapi dan pembedahan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 6 minit bacaan

Diagnosis Kanser Kolorektal

Ada beberapa cara yang doktor boleh lakukan untuk merawat atau diagnosis kanser usus besar. Antaranya ialah dengan melalui ujian makmal ataupun kolonoskopi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

Punca Kanser Kolorektal, Ini Faktor Risiko Yang Cenderung Buat Anda Mendapat Kanser

Tahukah anda, individu yang pernah mengalami masalah radang usus besar berpotensi untuk menghidap kanser kolorektal atau kanser kolon?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser Kolorektal, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hubungan cinta

Ada Masalah Ingin Menjalin Hubungan Cinta? Atasi Kegelisahan Anda Dengan 7 Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
warna darah haid

Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
cara mendapatkan anak kembar

Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkatkan Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
tindik telinga

Normal Jika Wanita Gemar Tindik Telinga, Tapi Sebelum Bertindik, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan