Pengeluaran KWSP Untuk Rawatan IVF, Insentif Buat Pasangan Berkahwin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pengeluaran KWSP, Rawatan IVF – Berita Baik Bajet 2020

“Eh, takda anak lagi ke? Dah berapa lama kahwin ni?”, itu pastinya merupakan antara persoalan yang sering ditanya kepada pasangan sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai rezeki menimang cahaya mata. 

Rawatan IVF dengan KWSP

rawatan ivf

Percayalah, setiap pasangan yang berkahwin sudah tentu menantikan kehadiran zuriat dalam kehidupan mereka.

Malahan tentu mereka telah berusaha melakukan pelbagai rawatan untuk mendapatkan zuriat.

Sempena pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 yang lalu, cadangan Kerajaan untuk membenarkan pengeluaran sebelum persaraan bagi kos rawatan kesihatan selaras syarat KWSP dan tidak dikenakan penalti cukai pastinya merupakan satu perkhabaran yang amat dinantikan. 

Insentif kesuburan yang melibatkan seperti rawatan in-vitro fertilisation (IVF), merupakan antara kategori pengeluaran KWSP baru dan akan mendapat pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000.

Berita baik yang dinanti

Selaras dengan itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), Tunku Alizakri Alias berkata, “Mengambil maklum cadangan daripada Kerajaan, KWSP akan mewujudkan pilihan baru di bawah Akaun 2 bagi pengeluaran untuk rawatan kesuburan. 

Rata-rata pasangan yang berkahwin menyambut baik cadangan dalam Belanjawan 2020.

Ini kerana tidak semua pasangan berpeluang untuk menjalani rawatan kesuburan yang melibatkan kos yang tinggi seperti IVF.

Apa itu rawatan in-vitro fertilisation?

rawatan ivf

Umumnya in-vitro fertilisation atau dahulunya dikenali sebagai “bayi tabung uji” adalah satu prosedur rawatan yang memerlukan telur untuk disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio.

Kemudian, embrio akan dimasukkan ke dalam rahim. IVF boleh dijalankan dengan mendapat telur daripada isteri dan sperma daripada suami.

Rawatan IVF selalunya akan menjadi pilihan terakhir untuk pasangan yang kurang subur selepas mereka gagal dalam rawatan seperti perubatan, pembedahan dan intrauterine insemination (IUI).

Meskipun prosedur ini adalah kaedah yang paling berkesan untuk hamil, namun proses ini memakan masa dan mahal.

Tidak salah mencuba

Memandang Kerajaan sudah membuka jalan, kenapa tidak anda dan pasangan yang masih belum mempunyai cahaya mata mengambil peluang dan mencuba kaedah rawatan ini.

Walau apa pun, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Kami di Hello Doktor mendoakan yang terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sedang Jalani Rawatan IVF, Boleh Ke Jika Lakukan Hubungan Kelamin? Ini Penjelasannya

Melakukan hubungan kelamin semasa prosedur IVF mungkin sesuatu yang jarang dibuat kerana dikhuatiri mendatangkan mudarat. Namun, ia benar-benar berbahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 24/07/2020 . 3 minit bacaan

AWAS! Bahaya Jika Ambil Pil Kesuburan Berlebihan, Ovari Bakal Bermasalah

Ovari bengkak? Boleh ke terjadi? Ya, ia boleh terjadi dan keadaan itu dikenali sebagai sindrom hiperstimulasi ovari. Ikuti penjelasannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/07/2020 . 3 minit bacaan

Makan Clomid Sebab Nak Hamil, Tapi Bila Waktu Terbaik Bersenggama Selepas Ambil Pil Subur?

Jika anda belum mendapat cahaya mata dan ingin rancang kehamilan, penggunaan pil kesuburan boleh menjadi salah satu alternatif. Bagaimana ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Rancang Kehamilan 19/05/2020 . 3 minit bacaan

Kurang Folikel Punca Sukar Hamil? Fahami Kaedah AFC Dalam Rawatan Kesuburan

Ingin melakukan rawatan kesuburan? Tetapi pernahkah anda mendengar tentang folikel antral? Jom ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui mengenainya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

perokok pasif

Husband Perokok Jangan Pelik Kalau Isteri Masih Tak ‘Lekat’ Lagi, Anda Mungkin Penyebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
suntikan hormon

Wanita Tanpa Waktu Subur Sukar Hamil, Tapi Ini Cara Mudah Dapatkan Ovulasi, Hanya Di Rumah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
tiub fallopio

Hanya Ada SATU Tiub Fallopio? Jangan Putus Asa, Peluang Hamil Masih Ada! Ini Caranya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
masalah kesuburan

Mengapa Wanita Tidak Subur Masih Perlu Ambil Pil Perancang, Ini Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan