Pencemaran Sisa Kimia Berbahaya di Pasir Gudang: Langkah Pencegahan Adalah Prioriti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 5 minit bacaan
Share now

Insiden pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor dengan sisa kimia berbahaya bermula seawal 7 Mac 2019 apabila pihak pentadbiran pengurusan dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Pasir Putih mengesan persekitaran udara di kawasan sekolah berbau bahan kimia dan membuat aduan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Gudang. Data sehingga 14 Mac 2019 telah menyatakan bahawa 937 individu (kanak-kanak dan orang dewasa) sedang dirawat akibat pendedahan terhadap sisa bahan kimia tersebut manakala 111 buah di sekitar Pasir Gudang telah ditutup sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Berdasarkan kenyataan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin, suspek yang terlibat akan didakwa di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975 yang boleh membawa kepada hukuman penjara lima tahun atau denda sebanyak RM500,000 jika disabitkan atas kesalahan berikut. Selain itu, suspek turut akan didakwa dengan tuduhan berganda termasuklah pendakwaan di bawah kanun keseksaan memandangkan hukuman di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975 sahaja tidak memadai. Keputusan pendakwaan berganda ini turut dipersetujui oleh Peguam Negara, Tommy Thomas melalui saranan Menteri MESTECC.

Kurang kesedaran dalam pengurusan sisa yang baik

Isu ini berkait rapat dengan kesedaran individu dalam menjaga alam sekitar agar tidak menjejaskan kehidupan makhluk hidup yang lain terutamanya manusia. Kadangkala, pihak yang bertanggungjawab dalam mencetuskan insiden ini hanya memikirkan kemudahan mereka dalam menguruskan sisa yang terhasil daripada pengeluaran mereka dengan mengambil cara yang mudah disamping ingin mengurangkan kos pengurusan sisa bahan kimia melalui cara dan prosedur yang betul dan tepat. Selain daripada itu, mereka juga ingin mengelakkan diri daripada didenda oleh pihak Jabatan Alam Sekitar berkenaan perlanggaran prosedur yang sepatutnya dipatuhi. Akibat daripada itu, beratus individu lain terkesan dengan kegiatan tidak bermoral yang mereka lakukan sehingga ada individu yang terkesan terpaksa dimasukkan de Unit Rawatan Rapi hospital. Ini memperjudikan kesihatan penduduk sekitar dan meningkatkan risiko keselamatan dan kesihatan mereka untuk jangka masa panjang. Sejak ahad lalu, pihak Jabatan Alam Sekitar telah menggerakkan 100 pegawainya dan penglibatan aset mereka ke kawasan yang terjejas dengan pencemaran bahan kimia terbabit. Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia dan Petronas juga telah memasang alat pengesan kualiti udara bagi tujuan pemantauan teliti kualiti udara dikawasan terbabit supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Keperluan pengisytiharan Darurat Bencana

Sekiranya insiden pencemaran sisa bahan kimia ini dikenalpasti berada ditahap yang membimbangkan dan membawa kematian, satu pengisytiharan Darurat Bencana boleh dibuat dibawah kuasa Perdana Menteri dan ianya berbeza dengan Darurat Keselamatan yang hanya boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri boleh mengumumkan pengisytiharan Darurat Bencana setelah menerima saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengikut Perkara 25 Arahan No 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara Majlis Keselamatan Negara. Sekiranya Darurat Bencana diumumkan, kesemua premis-premis awam dan swasta akan ditutup kecuali perkhidmatan air, elektrik, kesihatan, keselamatan, pengangkutan, komunikasi, pembekal bahan bakar serta kewangan. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pula akan bertindak menyelaras segala tindakan pengurusan bencana negara termasuklah membentuk segala dasar yang perlu diikuti dan dilaksanakan di semua peringkat. Darurat Bencana bukanlah satu perkara yang baharu kerana Malaysia pernah mengisytiharkan Darurat Bencana sebanyak tiga kali iaitu Jerebu Sarawak 1997, Jerebu Pelabuhan Klang 2005 dan Jerebu Muar dan Ledang 2013.

Isu pencemaran sisa bahan kimia ini turut menghangatkan perbahasan di Dewan Rakyat yang mana usul untuk mengisytiharkan darurat di kawasan Pasir Gudang telah diusulkan sendiri oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim dan tiga orang ahli Dewan Rakyat yang lain turut mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut itu iaitu Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Selain itu, lima menteri dan timbalan menteri turut terlibat dalam perbahasan berkenaan pengisytiharan darurat tersebut iaitu Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik; Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis.

Selepas sesi perbahasan, Dewan Rakyat diberitahu bahawa tiada pengisytiharan darurat dibuat memandangkan kes tersebut dikategorikan pada tahap dua dan bukannya bencana besar selain tiada permintaan daripada Kerajaan Negeri Johor untuk mengisytiharkan darurat berikutan mereka masih lagi mampu menanganinya di peringkat jawatankuasa negeri. Walaubagaimanapun, kita perlu melihat bahawa Kerajaan Negeri Johor mampu menguruskan isu pencemaran ini disebabkan oleh bantuan pantas yang diberikan oleh sebilangan besar agensi-agensi swasta dan jabatan-jabatan persekutuan selain syarikat-syarikat yang berasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan secepat yang mungkin, dan bukannya tindakan pantas dan usaha Kerajaan Negeri Johor semata-mata.

Sisi lain pencemaran bahan kimia yang kurang diberi perhatian

Sikap tidak bertanggungjawab pengusaha industri yang membuang sisa bahan kimia kedalam sungai ini sememangnya bukanlah satu perbuatan yang baik memandangkan ia memberi kesan yang amat buruk bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada alam sekitar. Tetapi kita juga perlu melihat dari satu sudut kecil, apakah yang menjadi sandaran pengusaha industri ini melakukan tindakan yang merisikokan tersebut. Pemerhatian isu ini perlu dilakukan dalam pelbagai sudut dan aspek tanpa mengira ianya kecil atau besar, bukan hanya menumpukan komentar dan kritikan terhadap kesan tindakan tersebut, tetapi juga kepada punca dan motivasi tindakan tersebut. Aspek perkembangan ekonomi turut sedikit sebanyak mencorakkan tindakan tidak bermoral ini. Apabila pengeluaran produk dilakukan, chemical by-product yang tidak dikehendaki dan berbahaya turut dihasilkan bersama dengan pengeluaran tersebut. Sisa kimia ini kebiasaannya diserahkan kepada syarikat lain yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan sisa toksik dan kos pengurusan tersebut sememangnya bukan murah. Kadangkala perkembangan ekonomi syarikat akan merudum dan tidak berjalan seperti yang diharapkan. Permintaan yang rendah mengakibatkan pengurusan syarikat turut terkesan bagi menanggung kos pengoperasian agar pengeluaran terus berjalan. Samada menutup kilang yang telah diusahakan sejak sekian lama atau mengurangkan kos operasi syarikat. Pengurangan kos operasi syarikat ini termasuklah dalam pengurusan sisa toksik yang memakan belanja kos yang besar. Akhirnya, pihak syarikat mengambil cara dengan melupuskannya secara sendiri melalui pembuangan ke kawasan aliran air tanpa melalui pihak ketiga yang sepatutnya menguruskan sisa berbahaya tersebut dengan cara dan prosedur yang sepatutnya. Pihak kerajaan perlu membuat siasatan menyeluruh terhadap pelaku yang bertanggungjawab dan mengambil langkah proaktif bagi membendung kejadian seperti ini daripada berulang kembali.

Pelaksanaan dasar dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan terjamin

Pihak kerajaan perlu memiliki dasar dan undang-undang yang lebih ketat bagi memastikan kejadian seperti ini tidak lagi berulang. Akta sedia ada perlu disemak dan dipinda kembali yang memungkinkan hukuman yang lebih berat seperti cadangan denda yang lebih tinggi sehingga 3 kali ganda daripada kadar denda sedia ada selain arahan pembatalan pendaftaran syarikat dan penutupan operasi syarikat secara serta merta. Kerajaan juga perlu merangka satu dasar yang lebih mapan berkaitan tindakan dan respon semua pihak terhadap sebarang kecelakaan yang berlaku, dan tidak perlu untuk menunggu sehingga wujudnya kematian untuk mengisytiharkan darurat. Langkah pencegahan melalui pengisytiharan darurat sebelum adanya sebarang kematian lebih menjamin nyawa individu lain selain mengurangkan bilangan mereka yang mendapatkan rawatan di hospital. Langkah pencegahan lebih awal terbukti lebih berkesan berbanding mengambil langkah merawat semata-mata tanpa ada sebarang perubahan yang lebih baik terhadap kesihatan awam. Memelihara nyawa manusia sebelum sebarang kematian terjadi adalah lebih menjanjikan berbanding penyediaan rawatan secara berpanjangan yang jelas memakan kos perbelanjaan perubatan yang tinggi. Bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan semakin meningkat sejak 7 Mac 2019, dan ini bukanlah satu gambaran yang baik bagi menentukan segala langkah dan proses telah dijalankan dengan baik di pihak kerajaan.

Iktibar tragedi Bhopal, India

Kita tidak mahu kejadian seperti yang pernah berlaku di Wilayah Bhopal melanda negara ini walaupun insiden di Pasir Gudang tidak separah seperti yang berlaku di Bhopal, India. Kejadian letupan kilang yang mengakibatkan keracunan bahan kimia di Bhopal tersebut berlaku pada 3 Disember 1984 dan telah meragut nyawa 35,000 individu selain 100,000 yang lain turut menerima kesan sampingan. Kejadian tersebut dianggap sebagai bencana industri paling teruk selepas Perang Dunia Kedua dan pencemaran bahan kimia beracun itu tersebar dalam lingkungan sehingga 600 kilometer persegi, dan Wilayah Bhopal diisytiharkan sebagai wilayah darurat setelah 2,000 nyawa yang tidak bersalah melayang disebabkan pencemaran yang tidak dijangka tersebut. Memandangkan kejadian di Pasir Gudang ini adalah satu insiden yang masih boleh dijangka dan dikawal, langkah pencegahan perlu menjadi prioriti utama pihak kerajaan sebelum kejadian yang lebih buruk mengambil tempat akibat daripada kelalaian dalam bertindak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Azam 2021 Mahu Tingkatkan Kesihatan Mental, Ingin Jayakannya, Guna 5 Tip Ini!

    Apa azam tahun baru kalian? Adakah mahu menuju kesihatan mental yang lebih terjamin? Jika ya, jom klik untuk tahu tip menjayakannya pada tahun depan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/12/2020 . 3 minit bacaan

    Awas, Nyawa Mungkin Melayang Jika Anda Berlengah Rawat Apendiks!

    Anda sakit apendiks tapi tak mahu dapatkan rawatan lagi? Jangan begitu, tindakan itu boleh menyebabkan masalah kesihatan lain, bahkan mungkin meragut nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 18/12/2020 . 3 minit bacaan

    Stres Kena WFH? Apa Kata Letakkan Indoor Plant, Ada Kebaikan Untuk Kesihatan Tau!

    Kualiti udara punca masalah pernafasan seperti asma. Untuk membantu menapis udara, anda boleh meletakkan pokok dalam rumah bagi mengembalikan kualitinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Dah Nak Masuk ‘3 Series’? Lakukan 7 Ujian Kesihatan Ini, Buat Sebelum Terlambat!

    Sekiranya anda sudah berada dalam lingkungan lewat 20-an, ini masanya anda pertimbangkan untuk melakukan ujian saringan kesihatan demi kesejahteraan hidup.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit strok

    Kenali Penyakit Strok Dengan Lebih Mendalam- Ini Jenis, Penyebab & Rawatan Angin Ahmar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 5 minit bacaan
    penyakit asma gangguan pernafasan

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    hikmah perkahwinan

    Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
    kepentingan tidur untuk kesihatan

    Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/12/2020 . 4 minit bacaan