Gimik Pemasaran Fashion Valet Tidak Menjadi, Netizen

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Eh kau dah tengok ke video viral pasal pergaduhan kat depan kaunter Fashion Valet ni?” tanya Aminah kepada Joyah sambil menunjukkan klip tersebut di telefon pintar miliknya. Kelakukan aktivis skuad bawang seperti mereka berdua ini sebenarnya telah menyebabkan penyebaran satu taktik perniagaan yang sangat hebat. Ia dinamakan sebagai taktik pemasaran viral.

Dalam business, marketing adalah sangat penting. Disebabkan itu, gimik pemasaran kadangkala perlu dilakukan untuk mendapatkan tumpuan netizen dan liputan media. Akan tetapi, gimik yang tidak menjadi kadangkala hanya akan meraih publisiti murahan. Akibatnya, produk atau servis yang ingin dilancarkan juga kurang mendapat sambutan yang hangat.

Gimik tidak menjadi

Baru-baru ini, dunia fesyen tanah air dikejutkan dengan satu gimik yang tular di media sosial di mana seorang wanita sedang bertengkar dengan juruwang di kaunter pembayaran Fashion Valet milik usahawan wanita muda, Vivy Yusof. Pun begitu, gimik ini mendapat sambutan yang negatif dari kalangan netizen yang mengatakan pelakon nampak kayu dan janggal.

Anda boleh menilainya sendiri dengan melihat video insiden ini di bawah:

(sumber: makhluk halus, youtube)

Tidak lama selepas itu, pihak pengurusan Fashion Valet tampil menerusi satu lagi video yang menjelaskan bahawa ia hanyalah satu gimik semata-mata. Klik pautan di bawah:

(sumber: FashionValet, youtube)

Taktik pemasaran viral

Pada pendapat anda, adakah business marketing yang menggunakan taktik ‘pemasaran viral’ seperti ini diperlukan untuk memajukan bisnes anda? Ya, ia terpulang kepada pemilik perniagaan itu sendiri. Jika menjadi, anda untung. Jika tidak, anda hanya akan dicop sebagai penagih publisiti murahan. Beranikah anda mengambil risiko ini?

Hakikatnya, wujud pro dan kontra taktik ini dilakukan untuk mengembangkan perniagaan anda:

Pro

  • Informasi tentang produk/servis akan tersebar dengan pantas dalam skala yang besar
  • Peningkatan jumlah pelawat ke laman sosial atau stor rasmi yang menjual produk/servis
  • Ia mudah dan murah untuk dilaksanakan
  • Pengguna akan senang dan cepat terpengaruh dengan apa yang dilihat, didengar atau dikongsi oleh netizen lain

Kontra

  • Sekiranya ia tidak berjaya menarik minat pengguna, maka ia akan makan diri dan netizen akan mengecam usahawan
  • Penurunan jumlah pelawat yang berkunjung ke laman sesawang atau stor rasmi yang menjual produk/servis apabila strategi strategi pemasaran viral tidak menepati piawaian pengguna
  • Ia tidak menonjolkan kualiti produk/servis yang sebenar-benarnya
  • Ia hanya bersifat bermusim dan sepintas lalu sahaja
  • Tidak memberikan impak yang konsisten

Kuasa media sosial

Kini, kita semua sedang hidup dalam era dunia digital dan teknologi. Disebabkan itu, media sosial telah menjadi satu platform yang sangat kuat. Dalam bidang perniagaan, kita tidak perlu lagi pemasaran yang menggunakan kertas seperti brochure, bunting, poster atau papan iklan di tepi jalan raya yang ternyata memakan kos yang tinggi.

Apa yang diperlukan untuk menjayakan pemasaran zaman sekarang hanyalah dengan menggunakan platform media sosial. Upah sahaja pelakon untuk mencipta satu ‘drama’ atau ‘sketsa’, kongsikan, hebahkan dan tularkan di media sosial. Dengan ini, bisnes anda sudah pasti akan menerima publisiti – berkesan atau murahan, bergantung kepada netizen.

Konklusi

Kesimpulannya, pemasaran seperti ini memang sangat menarik untuk ditonton oleh mak cik dan pak cik bawang di luar sana. Namun, ia sudah pasti tidak akan memfokuskan tentang produk atau servis yang ingin dijual. Jadi, adakah ia berkesan? Sebenarnya, ia bergantung kepada tahap kebijaksanaan netizen itu sendiri untuk menilai.

Paling penting, Aminah dan Joyah serta semua orang yang rajin menggunakan media sosial usah terlalu mudah terpedaya dengan gimik sebegini, ya?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan