Langkah Untuk Meningkatkan Keselamatan Jalan Raya Masih Tidak Mencukupi – WHO

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Laporan baru dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati bahawa kematian di atas jalan raya terus meningkat dengan bilangan kematian sebanyak 1.35 juta setahun.

Laporan status global WHO mengenai keselamatan jalan raya 2018 itu menekankan bahawa kemalangan jalan raya kini merupakan pembunuh utama dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda berumur antara 5 dan 29 tahun.

“Kematian ini ialah harga yang tidak seharusnya dibayar untuk tujuan pengangkutan,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Tiada alasan untuk tidak mengambil sebarang langkah kerana salah ini mempunyai solusi yang terbukti berkesan.

Laporan ini ialah satu seruan ke atas semua negara untuk mengambil tindakan proaktif bagi melaksanakan langkah ini.

kemalangan jalan raya

Laporan tersebut juga menemui bahawa walaupun terdapat penambahan dalam bilangan kes kematian akibat kemalangan jalan raya secara keseluruhannya, kadar kematian berbanding saiz populasi dunia semakin stabil dalam tahun-tahun belakangan ini.

Ini menunjukkan bahawa langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan keselamatan jalan raya oleh negara-negara berpendapatan sederhana dan tinggi menunjukkan hasil.

“Keselamatan jalan raya ialah satu isu yang tidak mendapat perhatian wajar sedangkan ia merupakan satu peluang yang sangat besar untuk menyelamatkan banyak nyawa,” kata Michael R Bloomberg, pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Blomberg Philanthropies dan Duta WHO bagi Penyakit Tidak Berjangkit dan Kemalangan.

Kita sudah maklum tentang langkah yang berkesan.

Polisi dan penguatkuasaan yang baik, reka bentuk jalan yang sesuai dan kempen kesedaran awam boleh menyelamatkan berjuta nyawa dalam tempoh beberapa dekad mendatang.

kemalangan jalan raya

Melihat kepada contoh model yang berjaya, faktor utama terletak kepada penguatkuasaan risiko utama seperti had laju, memandu semasa mabuk, penggunaan tali pinggang keledar, dan topi keledar motosikal; infrastruktur yang lebih selamat seperti tempat pejalan kaki dan lorong khas untuk penunggang basikal dan motosikal; meningkatkan standard kenderaan seperti mewajibkan electronic stability control dan advanced brake serta memperkasa penjagaan selepas kemalangan.

Kadar kematian dicatatkan paling tinggi dalam kalangan negara berpendapatan rendah.

Di peringkat global, 26% kematian jalan raya adalah dalam kalangan pejalan kaki dan penunggang basikal.

Peratus tersebut lebih tinggi sehingga 44% di Afrika dan 36% di Mediterranean Timur.

Penunggang motosikal dan pembonceng merangkumi 28% kematian jalan raya tetapi lebih tinggi di sebahagian rantau seperti Asia Tenggara (43%) dan Barat Pasifik (36%).

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

WHO telah mengisytiharkan Amaran Darurat Kesihatan Antarabangsa setelah menyedari wabak novel coronavirus ini telah mula merebak hampir ke 20 buah negara.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Coronavirus, COVID-19 31/01/2020 . 4 minit bacaan

ALAMAK, Ada Kemalangan Berlaku Di Depan Mata? Ini 7 Perkara Anda Perlu Buat!

Rakyat Malaysia memang ramai yang prihatin. Setiap kemalangan jalan raya mesti ingin tengok tapi tidak mahu tolong. Jadi, ini apa yang kita perlu buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pertolongan Cemas 07/11/2019 . 3 minit bacaan

Basikal Lajak Berisiko Buat Remaja Terlajak Dan Maut!

Trend remaja masa kini iaitu basikal lajak adalah satu gejala yang bahaya. Jom ketahui kenapa ia boleh mendatangkan bahaya kepada remaja.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Berita, Berita Tempatan 01/11/2019 . 2 minit bacaan

Sejarah Tercipta: Selamat Tinggal Virus Polio Liar Jenis 3!

Hari Polio Sedunia disambut dengan penuh rasa kemenangan apabila virus polio liar jenis 3 (WPV3) telah diisytiharkan sebagai dibasmi di seluruh dunia.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Berita, Berita Antarabangsa 25/10/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

apa itu sepsis

Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Tak Nak Lahirkan Anak Dalam Perut? JANGAN Gugurkan Kandungan Sendiri, Jika Tidak BAHAYA Menanti

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Kenapa Bila Ada Kemalangan, Ramai Pilih Untuk ‘Lihat’ Saja Dari Membantu? Ia Kerana Kesan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/03/2020 . 4 minit bacaan
mabuk

STOP Memandu Ketika Mabuk! Ini Risiko Untuk Anda & Orang Lain

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/02/2020 . 3 minit bacaan