Bolehkah persatuan kanser bekerjasama dengan industri farmaseutikal tanpa menjejaskan kebebasan dan kredibiliti?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Antara topik perdebatan hangat ketika berlangsungnya Kongres Kanser Dunia di hari kedua ini adalah persoalan mengenai kebebasan dan kredibiliti persatuan kanser jika bekerjasama dengan industri farmaseutikal atau pengeluar ubat.

Sesi debat yang menampilkan Prof. Richard Sullivan dari King’s College yang menentang usul tersebut dan Subhanu Saxena dari Yayasan Bill dan Melinda Gates yang bersetuju dengan usul tersebut.

Ketika hujah pembukaan menyokong usul, Subhanu Saxena menegaskan bahawa sektor kesihatan awam harus mengamalkan budaya inovasi dan inovasi boleh dicapai menerusi kerjasama strategik antara pelbagai pihak.

“Saya masih ingat satu kajian mengenai immunoterapi bagi rawatan kanser bukan sahaja dapat memberikan satu sinar kepada pesakit kanser malah kepada kajian HIV/AIDS, di mana kajian antara-disiplin kanser dan HIV/AIDS turut memberi manfaat kepada pesakit HIV/AIDS dengan rawatan yang lebih bersasar,” kata Subhanu.

Selain itu, Subhanu juga berkongsi bagaimana kerjasama di antara syarikat pengeluar ubat Hepatitis C membantu memberi capaian kepada ubat yang lebih efektif bagi menentang penyakit tersebut di India. Jika sebelum ini, hanya 100 ribu pesakit Hepatitis C mempunyai capaian terhadap ubat untuk Hepatitis C, namun menerusi kerjasama strategik, tambahan 50 ribu lagi pesakit menerima manfaat kerjasama tersebut.

Subhanu juga menerangkan bahawa pokok pangkal kerjasama di antara persatuan dan industri farmaseutikal sebenarnya terserah kepada kepimpinan. Jika pemimpin sesuatu persatuan bertegas mengenai hala tuju persatuan mereka dan apa yang mereka perjuangkan, sudah pasti industri akan lebih memahami serta menghormati pendirian mereka. Maka, kerjasama yang terhasil juga akan membawa lebih banyak manfaat berguna kepada penerima manfaat persatuan dan kerjasama tersebut.

Nada berbeza pula dinyatakan oleh Prof. Sullivan. Menurut beliau, usul debat ini bukan untuk memberi kritikan terhadap sifat industri farmaseutikal, yang sememangnya harus membuat keuntungan kerana di akhirnya, mereka adalah sebuah perniagaan dan harus untung.

Namun di sisi yang berbeza, jika dilihat menerusi perspektif sejagat, Prof Sullivan menegaskan memberi capaian kepada rawatan kanser yang berkesan dan murah adalah asas kepada hak asasi setiap manusia.

“Lihat sahaja sekarang, jurang di antara masyarakat yang tidak mampu dan mampu mendapatkan rawatan kanser semakin membesar. Mereka yang tidak mampu mendapatkan rawatan, dibiarkan terus menderita tanpa rawatan. Akhirnya bukan kanser yang membunuh mereka, tapi kekangan kewangan sebenarnya, “ tambah Prof Sullivan lagi.

Begitu juga halnya mengenai sumbangan dermawan (philantrophist) yang dikatakan hanya bertumpu kepada kajian saintifik dan perubatan terbaru dalam kaedah rawatan kanser. Menurut Prof. Sullivan hanya kira-kira 2 peratus dari jumlah keseluruhan derma untuk sesuatu penyakit pergi kepada persatuan yang memperjuangkan isu-isu kesedaran dan advokasi mengenai sesuatu penyakit seperti kanser.  Sedangkan kempen kesedaran dan advokasi mengenai kawalan dan pencegahan penyakit juga sama penting dengan ‘kembara mencari penawar penyakit.’ Bukankah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati?

Mungkin terdapat persoalan mengenai jika dana disalurkan kepada kajian perubatan, sekurang-kurangnya manfaatnya lebih kepada pemberi dana kerana terdapatnya peluang komersialisasi di situ.

Ketika menggulung hujah, Subhanu menerangkan sememangnya terdapat pemain-pemain industri yang berpaksikan keuntungan semata di luar sana. Turut senada dengan Prof. Sullivan, Subhanu bersetuju bahawa industri farmaseutikal adalah satu perniagaan dan bukan badan kebajikan, tapi itu bukan bermakna kerjasama yang positif dan memberi manfaat kepada semua tanpa mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan tidak dapat dijalankan. Ini kerana, matlamat utama kewujudan semua pihak adalah untuk membantu memberi rawatan kepada pesakit.

Paling penting, para pemimpin di kedua-dua belah pihak,  persatuan dan industri harus duduk bersama dan bersatu membincangkan apakah cara yang lebih adil dan telus agar capaian rawatan kepada pesakit tidak menjejaskan kebebasan dan kredibiliti kedua-dua pihak.

Ketika mengakhiri hujahnya, Prof Sullivan mencadangkan agar mekanisme amalan ketelusan (good governance) di antara industri dan persatuan harus diletakkan seawal kerjasama. Isu-isu utama dalam kerjasama, manfaat serta bidang keberhasilan utama (KPI) harus dinyatakan secara telus tanpa hanya menekan sesuatu pihak sahaja.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

    Rawatan penyakit perut yang berkaitan kanser bergantung kepada jenis dan tahap barah tersebut sewaktu didiagnosis. Ambil tahu tentangnya dari sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 6 minit bacaan

    Usah Sedih Jika Anda Penghidap Kanser Hati, Ini Diagnosis & Rawatan Sesuai Untuk Anda

    Pembedahan bukan satu-satunya cara merawat hati (kanser). Terdapat kaedah lain yang turut berkesan namun perlu bersesuaian dengan tahap kanser.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Hati 21/10/2020 . 6 minit bacaan

    Apa Itu Kanser Hati: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Penyakit hati merupakan barah keenam terlazim di dunia. Pada peringkat awal ia tidak menunjukkan simptom namun jika dirawat awal mungkin ada potensi sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Hati 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Penyakit kanser kesan daripada duduk terlalu lama? Bahaya, cuba baca artikel ini. Pastikan anda bukan dari golongan mereka yang terlalu banyak duduk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser 20/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apa itu kanser prostat

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit prostat

    Menghidap Kanser Prostat, Jangan Takut Untuk Buat Saringan & Diagnosis Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 6 minit bacaan
    bulan kesedaran kanser payudara

    Kenapa Berhenti Jalani Rawatan Kanser Payudara Ketika Pandemik? Jom Sokong Kempen #UnPause!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan