Angkara Cemburukan Teman Lelaki, Bayi Dibelasah Hingga Maut!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Buka sahaja tabloid, sering sahaja kita dapat baca mengenai kematian bayi akibat didera oleh ibu bapa sendiri. Kebiasaannya, penderaan ini didorong oleh amukan mereka yang meroyan kerana tidak tahan dengan tangisan bayi. Pun begitu, ada kes terbaharu mengenai bayi yang maut dibelasah hanya kerana perasaan cemburu!

Bayi 20 bulan dibelasah remaja belasan tahun

Kes yang berlaku di Kota Kinabalu, Sabah ini melibatkan 4 suspek warga asing yang berusia belasan tahun. Segalanya bermula apabila salah seorang daripada suspek berasa cemburu dengan teman lelakinya yang dikatakan mula menaruh hati kepada seorang wanita lain, yang merupakan ibu kepada bayi malang tersebut.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, mangsa ketika kejadian itu sedang dalam jagaan suspek dan beberapa rakannya di kawasan perumahan Taman Hatib, Semporna. Untuk pengetahuan anda, kesemua suspek kes ini diupah oleh ibu mangsa untuk menjaga bayi berusia 20 bulan itu di rumahnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa punca mangsa dibelasah hingga maut adalah didalangi perasaan cemburu suspek utama apabila teman lelakinya berpaling tadah darinya dan menyukai ibu mangsa. Suspek lain yang turut bersubahat melakukan perbuatan keji itu pula didalangi oleh perasaan geram ekoran sering dimarahi oleh ibu mangsa.

Kronologi kejadian

Ketika kejadian, ibu mangsa keluar dari rumah untuk meminjam duit daripada rakannya demi membeli susu dan keperluan asas bayi yang lain. Pulang sahaja ke rumahnya, dia mendapati bahawa bayi malang itu kelihatan pucat dan lemah. 6 jam selepas dirawat di Hospital Semporna, bayi tidak berdosa itu meninggal dunia. Susulan itu, laporan polis telah dibuat.

Hasil siasatan menunjukkan bahawa salah seorang daripada suspek telah menampar muka mangsa dan kemudian melempar badan mangsa ke tilam. Lebih kejam, suspek yang tidak berhati perut ini telah menarik mangsa sehingga terkena besi tilam dan kemudian membungkus mangsa dalam selimut lebih kurang 5 minit lamanya.

Jenayah boleh bermula dari ketidakstabilan mental

Kes ini menunjukkan bahawa jenayah termasuklah membunuh bayi tidak berdosa seperti ini adalah bermula dari ketidakstabilan mental. Perasaan cemburu, geram dan dendam ini tidak sewajarnya disalurkan kepada perbuatan tidak berhati perut sebegini. Apa yang lebih baik, anda mungkin sebenarnya perlu atau harus berjumpa dengan pakar kaunseling jika ada perasaan negatif seperti ini wujud dalam diri anda. Ingat, cegah sebelum padah menimpa orang lain atau diri anda sendiri!

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh dan kesemua suspek telah direman sehingga 27 September 2019. Kesemua suspek mungkin akan mendapat balasan setimpal dengan perbuatan mereka. Namun, bagaimanakah dengan perasaan ibu mangsa? Tiada hukuman yang setimpal dengan kehilangannya. Jadi, tolong berfikir sebelum bertindak dalam setiap perlakuan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

    Ramai yang percaya bahawa pendingin hawa bahaya untuk bayi. Tapi, betul ke? Penggunaan penyaman udara sebenarnya boleh buatkan bayi tidur dengan lebih lena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Si kecil anda kerap menjulurkan lidah seakan mengejek dan mengajuk anda? Ibu bapa kena tahu 7 sebab bayi julur lidah ini! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Baru Lahir Ada Satu Bau Yang Buat Ibu Rasa Ketagih, Dari Mana Datangnya Bau Ini?

    Mengapa ya bayi yang baru lahir mempunyai bau yang wangi? Apa punca serta mengapa bayi berbau wangi sehinggakan kita rasa macam nak gigit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

    Mungkin ramai yang belum cakna mengenai apa itu sleep apnea. Benarkah gangguan tidur apnea juga boleh berlaku kepada bayi? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mengesan kehamilan PCOS

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    puting kosong

    Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    melawat bayi

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    jantina bayi

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan