Bandar Paling Cepat Membangun di Afrika Adalah Paling Berisiko Menghadapi Kesan Perubahan Iklim Global

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Bercakap mengenai perubahan iklim, Afrika ialah rantau yang paling banyak terjejas, terutamanya di bandar-bandar paling cepat membangun. Kedaaan iklim semasa mengancam populasi yang sedang berkembang dengan sangat pesat dan peluang pelaburan yang besar di benua terbabit.

Kadar kelahiran yang tinggi serta peningkatan migrasi penduduk luar bandar ke bandar membuatkan Afrika menjadi tuan rumah kepada 86 dari 100 bandar paling pantas membangun di dunia. Sekurang-kurangnya 79 dari bandar-bandar tersebut termasuk pusat politik dan perdagangan utama, menghadapi risiko besar dari perubahan iklim, menurut kajian dari sebuah firma perunding risiko, Verisk Maplecroft.

Dengan peningkatan paras air laut, suhu, dan perubahan pola hujan sehingga menyebabkan banjir atau kemarau teruk, bandar-bandar ini bakal menghadapi kekangan dalam khidmat utama mereka termasuk penjagaan kesihatan dan sistem pengawalan bencana alam.

Kajian tersebut menggabungkan jangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap perkembangan populasi di lebih 1,800 bandar bersama dengan data mengenai risiko perubahan iklim bagi mengenal pasti ancaman iklim melampau terhadap pelbagai bandar dalam tempoh 3 dekad mendatang.

Imej dari Verisk Maplecroft

Hasil kajian menemui bahawa Afrika menjadi benua paling berisiko terhadap kesan perubahan iklim walaupun benua tersebut menyumbang paling sedikit kepada pemanasan global sama ada secara mutlak (absolut) atau per kapita. Risiko tersebut berpunca dari pelepasan gas hijau yang sedang meningkat buat kali pertama dalam tempoh 4 tahun menurut PBB.

Laporan kajian tersebut yang mengemukakan impak perubahan iklim secara menyeluruh menjangkakan bahawa bandar-bandar serta negara di benua Afrika akan menghadapi kesan yang menjejaskan infrastruktur, hartanah, aset, dan hasil pertanian.

Kajian lain sebelum ini juga telah menunjukkan bahawa kadar suhu yang tinggi memberi kesan terhadap produktiviti pekerja sehingga menyebabkan lonjakan pada kos operasi, peningkatan kesan negatif terhadap nilai eksport, serta menjejaskan pelbagai sektor dari minyak dan perlombongan hingga sektor pembuatan.

Verisk Maplecraft menjangkakan bahawa KDNK atau pendapatan bagi negara-negara di Afrika yang terjejas disebabkan perubahan iklim bakal meningkat dari USD 895 bilion pada tahun 2018 ke USD 1.4 trilion pada tahun 2023 – 48% dari keseluruhan KDNK Afrika.

Imej dari Verisk Maplecroft

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    4 Jenis Makanan Baik Bantu Anda Elak Bahaya Jerebu

    Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun tubuh anda terutama ketika jerebu datang melanda. Ikuti panduan berikut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/09/2019 . 3 minit bacaan

    Jerebu Lagi? Kesannya Kepada Kesihatan

    Masalah jerebu di Asia Tenggara dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia dan sukar dikawal terutamanya sewaktu cuaca kering dan panas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Kebakaran Hutan di Indonesia, Adakah Malaysia Terjejas?

    Kebakaran hutan di Riau dikatakan telah membakar tanah gambut seluas 3,808 hektar. Kawasan ini juga dilitupi asap atau jerebu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Berita, Berita Antarabangsa 01/08/2019 . 3 minit bacaan

    Vaksinasi Kanak-kanak Menurun di Sebahagian Besar Negara-negara Afrika

    Kajian mendapati vaksinasi difteria, tetanus dan batuk kokol (pertussis) di negara-negara Afrika, kurang daripada 80 peratus daripada tahap yang disyorkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Berita, Berita Antarabangsa 12/04/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rambut mudah gugur

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/11/2019 . 3 minit bacaan
    Kata IPU Rendah Tapi Kenapa Rasa Berdebu

    Jerebu: IPU Dah Rendah Tapi Kenapa Pulak Ramai Yang Sakit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/09/2019 . 2 minit bacaan
    pernafasan

    Sakit Mata Atau Alami Masalah Berkaitan Pernafasan? Ia Mungkin Angkara Jerebu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/09/2019 . 2 minit bacaan
    penunggang motosikal

    Buat Penunggang Motosikal, Ketahui Bahaya Jerebu Kepada Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/09/2019 . 2 minit bacaan