backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tidur Malam Terganggu Angkara Gatal Ekzema? Cubalah 8 Cara Mudah Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    Tidur Malam Terganggu Angkara Gatal Ekzema? Cubalah 8 Cara Mudah Ini!

    Ramai orang yang mengalaminya namun tidak tahu cara rawat ekzema sehingga ia mengganggu tidur malam angkara rasa gatal atau sakit melampau pada kulit ini.

    Selain itu juga, kondisi ini turut memberi masalah dari aspek luaran kerana ia akan menjejaskan penampilan kulit sama ada pada muka atau tubuh badan seluruhnya.

    Jadi, adalah sangat penting untuk kalian tahu cara rawat ekzema bagi memastikan tidur malam kalian lebih lena. Bagaimana? Jom teruskan membaca artikel!

    Apa maksud ekzema?

    Untuk pengetahuan anda, ekzema adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku kerengsaan atau keradangan kulit pada muka dan tubuh badan individu.

    Kondisi ini akan menyebabkan kulit berubah menjadi gatal, sakit, kering, merah, lembik serta bersisik sekali gus menyebabkan ketidakselesaan kepada penderita.

    Terdapat beberapa jenis ekzema yang mungkin boleh terjadi kepada anda termasuklah:

    • Dermatitis atopik – Ia berlaku sejak dari lahir lagi atas sebab yang tidak diketahui dan akan menyebabkan kulit timbul benjolan yang gatal serta sakit
    • Dermatitis kontak – Ia berlaku akibat kulit tersentuh atau terkena bahan kimia pencetus ekzema, dan antara pencetus yang menyebabkannya adalah pakaian
    • Dermatitis seborrheic – Ia berlaku secara kerap pada kulit kepala kerana kondisi ini biasa menyerang kawasan yang mempunyai banyak kelenjar minyak pada kulit

    cara rawat ekzema

    Kesemua jenis ekzema ini memang sukar untuk dibezakan namun tetap akan menyebabkan ketidakselesaan yang melampau dan mungkin mengganggu tidur waktu malam.

    Apa punca ekzema?

    Dalam kebanyakan kes, punca sebenar kondisi kulit ini terjadi adalah disebabkan oleh faktor genetik dan juga persekitaran di mana individu itu tinggal.

    Majoriti penderita akan mengalami mutasi di dalam genetik lantas akan mengganggu proses ciptaan sejenis protein bernama filaggrin di dalam badan.

    Protein inilah yang akan bertanggungjawab melindungi lapisan teratas pada kulit dan jika ia kurang atau tiada, bakteria akan lebih mudah memasuki kulit.

    Kebanyakan orang akan mengalaminya ketika zaman bayi atau kanak-kanak namun akan berkurang apabila mereka menginjak umur 5 atau 6 tahun.

    Walau bagaimanapun, masih ada kebarangkalian untuk pesakit ekzema mengalami masalah ini hingga dewasa dan ini sudah pasti akan mengganggu kehidupan seharian anda.

    cara rawat ekzema

    Ia akan mengganggu tidur malam anda?

    Buat anda yang mungkin belum tahu, keadaan kesihatan kulit ini biasanya akan menyerang dan menjadi teruk pada waktu malam dan mengganggu waktu tidur anda.

    Ada beberapa sebab kondisi ini makin menjadi-jadi pada waktu malam dan ia termasuklah:

    Sebenarnya, kebanyakan penderita ekzema tidak tahu bahawa kondisi ini makin buruk pada waktu malam kerana sedang lena diulit lena dan mimpi mereka.

    Apa yang akan membuatkan mereka sedar adalah apabila mereka terjaga sahaja daripada tidur, kelihatan kulit muka dan tubuh badan yang rosak angkara ekzema.

    Jadi, adalah sangat penting untuk anda tahu cara rawat ekzema pada waktu malam sebelum masuk tidur!

    Bagaimana untuk elak & rawat?

    cara rawat ekzema

    Ada beberapa cara rawat ekzema agar ia tidak lagi akan menyerang dan menjadi teruk pada waktu malam yang anda boleh cuba termasuklah:

    • Mandi pada waktu malam: Cara rawat ekzema yang pertama adalah memastikan kulit kekal terhidrasi dan terhindar daripada segala jangkitan mikroorganisme
    • Lembapkan kulit sebelum masuk tidur: Cara rawat ekzema juga anda boleh guna pelembap berasaskan air atau minyak yang boleh dibeli di farmasi atau klinik
    • Lakukan terapi balutan lembapan: Jika kulit cenderung kering pada waktu malam, cuba balutkan kawasan terjejas dengan balutan lembapan
    • Elakkan daripada guna fabrik yang kasar: Anda perlu elak daripada guna cadar, selimut, sarung bantal atau pakaian yang kasar dan boleh menghakis kulit
    • Elakkan alergen sebelum masuk tidur: Kebanyakan pesakit ekzema ada alergi jadi sila elak daripada segala jenis alergen sebelum tidur pada waktu malam
    • Gunakan sarung tangan sebelum masuk tidur: Dengan cara ini, maka anda mungkin akan lebih sukar untuk menggaru kulit ketika sedang tidur
    • Potongkan kuku tangan sebelum masuk tidur: Sama dengan cara di atas, ia juga mungkin akan membuat anda menggaru tanpa merengsakan kulit
    • Pastikan suhu bilik tidur sesuai: Jika terlalu panas sehingga berpeluh, ia hanya akan membuat anda berasa lebih panas dan kulit berasa lebih gatal

    Jika masalah kulit ini masih berlaku dan berulang, maka anda mungkin perlu mengambil ubatan antihistamin atau melatonin sebagai cara rawat ekzema pada waktu malam.

    Paling penting, sila segera berkonsultasi dan berkomunikasi dengan doktor untuk berbincang tentang kondisi ini agar tidur malam anda tidak lagi terganggu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan