backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan

10 Tanda AMARAN Anda Mungkin Terkena Jangkitan HIV, 1 Daripada 8 Orang Berisiko!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/04/2024

10 Tanda AMARAN Anda Mungkin Terkena Jangkitan HIV, 1 Daripada 8 Orang Berisiko!

Berapa lama tempoh jangkitan HIV? Anda harus tahu bahawa kondisi ini tidak dapat disembuhkan. Jadi, adalah sangat penting untuk anda tahu cara mengesan HIV dengan melihat tanda amaran jangkitan HIV berikut! 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

#1. Kerap mual dan muntah

Berapa lama tempoh jangkitan HIV?

Kedua-duanya adalah antara simptom HIV yang paling biasa kerana HIV dapat melemahkan sistem imun tubuh dengan memusnahkan sel-sel darah putih yang dapat melawan jangkitan, menyebabkan tubuh lebih mudah terdedah kepada jangkitan virus.

Apabila anda berasa ingin muntah bererti bahawa tubuh anda telah mengalami masalah dengan virus HIV.

Walaupun mual/loya dan muntah boleh berlaku atas pelbagai sebab lain, anda perlu berjumpa doktor anda jika anda golongan yang berisiko.

tanda amaran jangkitan HIV
Salah faham berkenaan HIV.

Tanda amaran jangkitan HIV #2. Demam

Demam berlarutan merupakan tanda khusus HIV.

Di samping mual dan muntah, demam adalah amaran virus menyerang sistem imun anda.

Pada peringkat awal HIV, demam cenderung untuk berulang dan berlarutan lebih lama daripada biasa, kira-kira dua hingga empat minggu pada suatu masa.

#3. Berpeluh dingin waktu malam

Apabila anda dijangkiti HIV, peluh malam akan datang dengan demam.

Tanda ini boleh menjadi sangat teruk sehingga membasahi baju tidur, selimut, termasuk cadar dan anda mungkin bangun disebabkan basah.

Apabila simptom ini bergabung, hubungi doktor anda untuk pemeriksaan segera.

#4. Masalah sembelit atau cirit-birit

Oleh kerana sistem imun anda terjejas disebabkan virus HIV, anda mungkin mendapat masalah dengan jangkitan virus, kulat, atau bakteria yang boleh merosakkan sistem pencernaan anda.

tanda amaran jangkitan HIV
Contoh ujian HIV.

Tanda amaran jangkitan HIV #5. Sakit kepala 

Pada tahun 2000, satu kajian dalam majalah Pain melaporkan bahawa di antara 131 pesakit HIV-positif, hampir 46 peratus mengalami sakit kepala yang melampau, 16 peratus mengalami migrain dan selebihnya dipengaruhi oleh beberapa jenis sakit kepala.

Pada mana-mana fasa HIV, pelbagai jenis sakit kepala yang intensif berlaku secara berterusan dan menyebabkan keletihan yang melampau.

Tanda amaran jangkitan HIV #6. Sakit tekak

Sakit tekak juga boleh menjadi simptom biasa selesema atau flu, jadi pesakit lebih cenderung mengabaikannya.

Walau bagaimanapun, sakit tekak akan berlaku pada masa yang sama dengan demam dan berpeluh malam pada peringkat awal HIV.

#7. Sakit otot atau sendi

Pada tahun 2002, laporan Jurnal Akademi Ortopedik Amerika menyatakan bahawa masalah otot sering kali menjadi simptom pertama HIV.

Anda boleh mengatakan bahawa sakit otot dan sakit sendi boleh menjadi tanda penyakit lain.

Walau bagaimanapun, jika anda berisiko tinggi, sakit otot mungkin merupakan manifestasi kecemasan HIV positif.

#8. Nodus limfa bengkak

Nodus limfa di dalam badan anda yang sering dijumpai di pangkal paha, ketiak, leher dan di bawah tulang rahang adalah bahagian daripada sistem imun.

Oleh kerana virus HIV melemahkan sistem ini, nodus limfa juga mungkin terjejas teruk.

Ia akan kelihatan bengkak dan menyakitkan, tambahan pula, simptom ini mungkin berlarutan selama lebih daripada 2 minggu. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda bagi mendapatkan bantuan.

tanda amaran jangkitan HIV
Simbol bagi jangkitan HIV.

Tanda amaran jangkitan HIV #9. Keletihan

Walaupun keletihan muncul dengan sebarang penyakit, termasuk jangkitan HIV, anda harus mengambil perhatian mengenainya.

Terutamanya apabila anda telah melakukan perilaku yang berisiko dan keadaan keletihan anda berlaku dengan simptom HIV yang lain.

#10. Adakah ruam HIV gatal? Dermatitis Seborrheic juga tanda amaran jangkitan HIV

Dermatitis seborrheic adalah simptom amaran jangkitan HIV yang tidak dapat dielakkan.

Adakah ruam HIV gatal?

Ruam merah atau tompokan gatal, berpeluh, kulit yang meradang biasanya boleh didapati di kepala, muka, dada, pangkal paha, dan bahagian belakang.

Beberapa aktiviti lain dalam kehidupan seharian, seperti:

  • berkongsi tuala
  • memeluk

tidak akan menyebarkan virus HIV antara satu sama lain.

Peringatan!

Anda hanya dijangkiti oleh HIV apabila anda terlibat dalam tingkah laku berisiko sehingga wujud tanda HIV pada kemaluan.

Oleh itu untuk melindungi diri daripada HIV dan tanda HIV pada kemaluan, anda harus berhati-hati apabila melakukan hubungan seks dan jangan berkongsi jarum dengan orang lain.

Jika anda mengalami sebarang gejala, mengesyaki atau risau kemungkinan dijangkiti HIV, lakukan ujian untuk mengetahui status anda.

Perkara ini amat penting. Oleh itu, minggu ujian antarabangsa telah diajurkan untuk kesedaran tentang kepentingan melakukan ujian.

Klik LINK INI untuk mengetahui tentang minggu ujian antarabangsa!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/04/2024

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan