Sebenarnya, terdapat banyak pantang larang jika anda terkena kencing kotor. Antara aspek paling penting, individu kena tahu makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor. Jom baca artikel!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Sebenarnya, terdapat banyak pantang larang jika anda terkena kencing kotor. Antara aspek paling penting, individu kena tahu makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor. Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda juga boleh klik di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, kencing kotor atau jangkitan saluran kencing (UTI) akan terjadi apabila terdapat bakteria yang merebak, membiak lantas menjejaskan kawasan tersebut.
Apabila berlaku infeksi ini, ia boleh menyebabkan individu mula rasa tidak selesa, sakit dan pedih terutama ketika membuang air kecil meskipun mungkin masih lagi terasa di waktu yang lain.
Ada beberapa faktor risiko yang menjadi punca kondisi ini berlaku dan bertambah teruk, contohnya seperti di bawah:
Dalam pada itu, faktor makanan untuk kencing kotor juga wajar dipertimbangkan kerana ada yang harus diambil atau dihindar ketika mengalami masalah ini. Persoalannya, jenis makanan yang mana satu untuk rawatan UTI?
Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor, seperti senarai berikut:
Makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor pertama adalah gula kerana ia akan merengsakan pundi kencing sekali gus meningkatkan kekerapan individu ke tandas yang sudah tentu tidak menyenangkan.
Jika anda seorang yang gemar makanan manis, cuba gantikan gula alternatif seperti pemanis semula jadi stevia dan lain-lain.
Kemudian, elakkan juga buah-buahan sitrus termasuk oren, limau, lemon dan sebagainya kerana pengambilan dalam kuantiti banyak boleh menjejaskan pundi kencing yang memang sudah terjejas.
Dalam erti kata lebih mudah, lebih banyak anda ambil buah-buahan yang berasid, lebih parah kondisi UTI anda itu.
Ketiga, coklat yang tinggi lemak dan kalori juga wajar dielakkan ekoran ia mengandungi kafein. Buat anda yang mungkin belum tahu, kafein di dalam minuman kopi dan teh itu musuh utama pesakit UTI.
Bagi menjaga kesihatan pundi kencing anda, mungkin perlu ambil coklat gelap yang rendah kafein, lemak dan kalori.
Keempat, daging terutama yang diproses dan dipaket tinggi dengan kandungan natrium, nitrat dan nitrit yang ramai mungkin belum tahu memberikan kesan buruk terhadap kesihatan pundi kencing kita.
Daripada memakan daging sedemikian, adalah jauh lebih baik untuk anda beralih untuk memakan daging yang segar.
Terakhir, makanan pedas sudah tentu akan merengsakan pundi kencing gara-gara penggunaan rempah seperti cili, lada dan lain-lain yang mungkin sedap untuk lidah namun tidak bagus untuk organ dalaman.
Lebih-lebih lagi jika anda terpaksa minum air yang banyak selepas itu, kekerapan ke tandas juga sudah pasti meningkat.
Sebaliknya, individu yang mempunyai masalah UTI disarankan mengambil makanan untuk kencing kotor ini:
Konklusinya, ada banyak makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor serta sebaliknya. Jika anda masih ragu-ragu, dapatkan pandangan dan rawatan klinikal daripada doktor!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen