#1. Keadaan pundi kencing yang kecil
Pundi kencing yang kecil sebenarnya bukanlah bermaksud saiz pundi yang kecil.
Sebaliknya, ia berasa cepat penuh dengan jumlah air kencing yang sedikit. Dengan kata lain, ia berfungsi seolah-olah ia lebih kecil.
Ini bermakna anda mungkin perlu membuang air kecil dengan lebih kerap, termasuklah pada waktu malam.
Pundi kencing yang kecil mungkin sukar dikendalikan semasa waktu tidur lalu menyebabkan masalah kencing malam dalam kalangan orang dewasa.
#2. Masalah berkaitan hormon
Hormon antidiuretik (ADH) berfungsi memberikan isyarat kepada buah pinggang anda untuk memperlahankan pengeluaran air kencing.
Badan anda akan menghasilkan lebih banyak hormon ini pada waktu malam untuk menyiapkan tubuh badan sebelum tidur.
Ini membantu mengehadkan keinginan anda untuk membuang air kecil semasa sedang tidur.

Walau bagaimanapun, sesetengah individu tidak menghasilkan ADH yang mencukupi atau badan mereka tidak bertindak balas terhadapnya dengan baik.
Oleh itu, masalah kencing malam akan berlaku.
#3. Keadaan kencing manis atau diabetes
Masalah kencing manis atau diabetes juga menjadi sebab utama kerap kencing malam simptom isu pundi kencing.
Diabetes dengan gula darah yang tidak terkawal boleh mengubah tabiat kencing anda.
Apabila gula darah tinggi, jumlah air kencing juga akan meningkat kerana buah pinggang cuba mengawal paras gula dalam badan.
Ini boleh menyebabkan masalah kencing malam, selain kerap membuang air kecil dan jumlah air kencing yang banyak.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen