backup og meta

Muka, Kaki Membengkak! Selain Itu, Ada 6 Lagi Tanda Buah Pinggang Anda Mula Rosak!

Muka, Kaki Membengkak! Selain Itu, Ada 6 Lagi Tanda Buah Pinggang Anda Mula Rosak!

Anda tahu apakah tanda awal buah pinggang rosak? Ramai yang mengatakan muka bengkak adalah antara tanda buah pinggang bocor. Adakah ia benar? Mari sama-sama lihat penerangan ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

Tanda awal buah pinggang rosak

Penyakit buah pinggang adalah masalah kesihatan yang serius.

Ia sering kali berlaku secara senyap tanpa simptom yang ketara hingga mencapai tahap yang lebih serius.

Kerosakan buah pinggang boleh berlaku secara beransur-ansur dan jika tidak ditangani dengan segera, ia boleh menjadi kronik.

Berikut merupakan tanda buah pinggang bocor yang harus kita perhatikan.

#1. Rasa kebas dan kesejukan

tanda awal buah pinggang rosak
Warga emas mudah alami kaki kebas.

Kebas dan kesejukan pada anggota badan adalah salah satu tanda awal kerosakan buah pinggang.

Ini kerana, buah pinggang yang rosak tidak mampu untuk membersihkan darah dengan efektif lalu menyebabkan pengumpulan racun dalam badan.

Racun ini boleh menyebabkan:

  • iritasi pada saraf
  • rasa kebas dan dingin pada tangan dan kaki

Jika tangan atau kaki anda sering terasa kebas atau sejuk tanpa sebab yang jelas, ia mungkin merupakan tanda awal buah pinggang rosak.

#2. Tanda buah pinggang bocor: Bintik-bintik pada kulit 

Perubahan kulit juga boleh menjadi petunjuk kepada kerosakan buah pinggang.

Kulit mungkin menjadi kering, gatal dan muncul bintik-bintik merah.

Ini kerana buah pinggang yang rosak tidak dapat membersihkan darah dengan efisien, menyebabkan pengumpulan toksin yang boleh mengakibatkan perubahan pada kulit.

Kekurangan mineral dan vitamin yang penting juga boleh menyebabkan kulit kering dan gatal yang merupakan kesan buah pinggang rosak. 

#3. Sesak nafas

Sesak nafas boleh menjadi tanda awal kerosakan buah pinggang.

Buah pinggang yang rosak mungkin tidak dapat mengeluarkan cecair berlebihan dalam tubuh.

tanda awal buah pinggang rosak
Antara risiko penyebab sakit buah pinggang.

Ini menyebabkan cecair berkumpul dalam paru-paru dan menyebabkan sesak nafas.

Jika anda merasa sesak nafas tanpa melakukan aktiviti yang memenatkan, ini mungkin merupakan petunjuk kepada masalah buah pinggang.

#4. Tanda awal buah pinggang rosak: Hilang selera makan

Kehilangan selera makan juga boleh menjadi petunjuk awal kerosakan buah pinggang.

Buah pinggang yang rosak mungkin menyebabkan toksin berkumpul dalam badan yang mengganggu deria rasa dan bau.

Ini kemudiannya boleh menyebabkan hilang selera makan.

Selain itu, kerosakan buah pinggang juga boleh menyebabkan mual dan muntah, yang seterusnya mengurangkan selera makan.

Ini antara kesan buah pinggang rosak.

#5. Penurunan berat badan mendadak

Penurunan berat badan yang drastik juga boleh menjadi tanda awal kerosakan buah pinggang.

Keadaan ini disebabkan oleh hilangnya selera makan dan muntah-muntah yang sering berlaku, yang mana kedua-duanya disebabkan oleh kerosakan buah pinggang.

Penurunan berat badan yang drastik tanpa usaha untuk menurunkan berat badan perlu diberikan perhatian serius.

#6. Bengkak pada muka dan kaki

tanda awal buah pinggang rosak
Mata bengkak juga antara tanda sakit buah pinggang.

Kaki dan mata bengkak adalah gejala lain akibat daripada kerosakan buah pinggang.

Buah pinggang yang rosak mungkin tidak dapat mengeluarkan cecair berlebihan dalam tubuh.

Ia kemudiannya menyebabkan cecair badan berkumpul dan menyebabkan kaki dan mata membengkak.

#7. Tanda awal buah pinggang rosak: Badan kerap lemah dan letih

Keletihan dan rasa lemah badan secara berterusan juga boleh menjadi tanda awal kerosakan buah pinggang.

Buah pinggang memainkan peranan penting dalam penghasilan eritropoietin, sejenis hormon yang membantu dalam pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen.

Apabila buah pinggang rosak, penghasilan hormon ini berkurangan dan menyebabkan kurangnya sel darah merah dalam badan.

Ini boleh menyebabkan anemia, yang mengakibatkan rasa letih dan lemah berpanjangan. 

Cara mencegah sakit buah pinggang

Mari lihat bagaimana anda boleh mencegah kerosakan buah pinggang daripada berlaku.

Menerapkan gaya hidup yang sihat seperti mengawal diet dengan mengurangkan pengambilan garam dan protein boleh menjadi cara utama menjaga kesihatan buah pinggang.

Selain itu, melakukan senaman secara teratur, tidak merokok, serta mengelakkan penggunaan ubat-ubatan yang berlebihan tanpa nasihat doktor juga dapat membantu mencegah kerosakan buah pinggang.

Ini juga untuk mengelakkan potensi merawat buah pinggang.

Kesimpulan 

Penyakit buah pinggang adalah suatu penyakit yang serius dan boleh membawa kepada komplikasi buruk jika tidak dirawat.

Oleh itu, penting untuk mengetahui tanda tanda awal buah pinggang rosak supaya kita boleh mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Perhatian!

Jadi, jika anda merasakan anda mengalami mana-mana simptom di atas, segera dapatkan bantuan perubatan.

Ingatlah, pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kidney Failure. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17689-kidney-failure. Diakses pada Julai 26, 2023. 

10 Signs You May Have Kidney Disease. https://www.kidney.org/news/ekidney/august14/10_Signs_You_May_Have_Kidney_Disease. Diakses pada Julai 26, 2023.

Chronic kidney disease. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chronic-kidney-disease/symptoms-causes/syc-20354521. Diakses pada Julai 26, 2023.

Stage 1 of chronic kidney disease CKD: Causes, symptoms and treatment. https://www.kidneyfund.org/all-about-kidneys/stages-kidney-disease/stage-1-chronic-kidney-disease. Diakses pada Julai 26, 2023.

Kidney Disease Symptoms. https://lifeoptions.org/learn-about-kidney-disease/kidney-disease-symptoms/. Diakses pada Julai 26, 2023.

Versi Terbaru

25/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Asyik Rasa Nak Terkencing? Ini Pantang Larang Makanan Anda Kena Ikut

Bukan Setakat Rasa Sakit Semasa Kencing, Ini 8 Tanda Anda Ada Batu Karang!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan