backup og meta

AWAS! Air Kencing Terasa Panas Bukan Hanya Sebab Demam, Ini Petanda Jangkitan Kelamin?

AWAS! Air Kencing Terasa Panas Bukan Hanya Sebab Demam, Ini Petanda Jangkitan Kelamin?

Pernahkah kalian terasa air kencing panas saat demam? Jika ya, bukan anda seorang sahaja yang pernah mengalaminya!

Ini kerana mungkin memang kondisi air kencing panas saat demam ini boleh terjadi dan ia sering kali dikaitkan dengan kondisi anda ketika itu.

Untuk mengetahui tentang fenomena yang menarik ini dengan lebih mendalam lagi, mari kita semua sama-sama ikuti artikel.

Berapa suhu air kencing yang normal?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut lagi, persoalan di atas yang paling penting dan utama ini haruslah dijawab terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, suhu air kencing yang normal adalah sekitar 98.6˚F (37˚C) dan ia sama dengan suhu tubuh badan.

Pun begitu, ada juga individu yang akan mempunyai air kumbahan dengan variasi suhu yang sedikit panas ataupun sejuk.

Jika anda pernah menjalani ujian urin, kalian mungkin akan perasan bahawa urin di dalam cawan sampel akan terasa sedikit panas.

Ini adalah disebabkan oleh air kencing yang sudahpun keluar daripada tubuh badan akan menjadi sedikit panas ekoran serapan udara luar.

Bagaimana pula jika suhu tubuh badan kalian agak tinggi angkara kondisi seperti demam? Adakah air kencing juga akan terkesan?

air kencing panas saat demam

Kenapa air kencing panas saat demam?

Disebabkan oleh urin akan mengikut suhu tubuh badan itu sendiri, maka akan ada ketika di mana air kencing panas saat demam atau sejuk.

Jika suhu tubuh badan sedikit sejuk ekoran baru usai mandi atau lain-lain, maka jangan terkejut jika suhu urin juga adalah sedikit sejuk.

Manakala jika suhu tubuh badan sedikit panas angkara demam atau baru usai jalani senaman, maka air kencing juga akan sedikit panas.

Secara tipikalnya, suhu urin ini akan kembali menjadi normal apabila suhu tubuh badan juga telah kembali pada keadaan yang asal.

Disebabkan itu, anda mungkin tidak perlu terlalu risau jika air kumbahan yang keluar daripada tubuh badan itu terasa berbeza suhunya.

Namun jika ia terlalu sejuk atau panas dan kalian sendiri tidak tahu dalangnya, segera berjumpa doktor untuk diagnosis sebarang penyakit!

Wujudkah sebarang penyebab air kencing panas saat demam

Ya, mungkin juga kondisi air kencing panas adalah disebabkan oleh penyakit lebih berbahaya selain daripada demam biasa.

air kencing panas saat demam

Berikut merupakan antara punca lain ia boleh berlaku kepada kalian:

#1. Jangkitan penyakit kelamin (STD)

Kondisi ini bukan sahaja menyebabkan rasa panas malahan sakit ketika membuang air kecil akibat kerengsaan pada alat sulit.

Antara STD yang mungkin boleh jadi dalang air kencing panas adalah:

  • Klamidia
  • Gonorea
  • Herpes
  • Sifilis
  • HIV

Selain menyebabkan rasa panas dan sakit ketika kencing, ia turut melibatkan pengeluaran cecair daripada alat sulit yang berbau serta bernanah.

#2. Air kencing panas saat demam – Jangkitan salur kencing (UTI)

Kondisi ini akan berlaku apabila bakteria berbahaya seperti E.coli memasuki lantas menjejaskan salur kencing individu.

Antara simptom-simptom jangkitan ini berlaku adalah seperti berikut:

  • Air kencing panas
  • Kerap kencing
  • Kencing tidak lawas
  • Kencing berbau
  • Kencing berdarah

Dalam kebanyakan kes, antibiotik akan diberikan namun ia boleh merebak ke organ lain sekiranya lambat mendapatkan rawatan.

#3. Kecederaan pada uretra

Urin itu bersifat asidik dan jika ia terkena pada uretra yang tercedera, maka akan terjadilah sensasi rasa panas dan sakit ketika kencing.

Kecederaan pada uretra ini mungkin boleh berlaku akibat salah teknik cukur bulu kemaluan ataupun perlakuan seks yang ganas.

Kebiasaannya, kecederaan ini tidak berbahaya dan boleh pulih sendiri seiring perjalanan waktu namun perlu dijaga daripada jangkitan.

air kencing panas saat demam

Siapa lebih kerap alami air kencing panas?

Ini disebabkan oleh beberapa faktor risiko lain yang turut menyumbang kepada kondisi ini buat wanita termasuklah:
  • Koyakan dinding faraj selepas bersalin
  • Perubahan pada faraj selepas menopaus
  • Jangkitan pada faraj

Manakala bagi lelaki pula, wujud beberapa faktor risiko lain yang menjadi punca kenapa air kencing menjadi hangat iaitu:

  • Prostatitis
  • Epididimitis

Konklusinya, air kencing panas saat demam itu adalah normal namun haruslah segera berjumpa doktor jika anda sendiri tidak tahu punca sebenar ia berlaku.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What’s causing bladder pain or burning. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/whats-causing-bladder-pain-or-burning. Accessed March 30, 2021.
  2. Is that burning sensation a urinary tract infection. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/urinary-tract-infections/is-that-burning-sensation-a-urinary-tract-infection. Accessed March 30, 2021.
  3. Causes of painful urination. https://www.mayoclinic.org/symptoms/painful-urination/basics/causes/sym-20050772. Accessed March 30, 2021.
  4. Dysuria. https://www.aafp.org/afp/2015/1101/p778-s1.html. Accessed March 30, 2021.
  5. Urination pain female. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/urination-pain-female/. Accessed March 30, 2021.

Versi Terbaru

13/10/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Air Kencing Dihurung Semut? Selain Tanda Diabetes, Ini Juga Simptom Kondisi Lain!

Terkejut Kencing Berbuih? Jangan Biarkan! Ada 3 Puncanya, Termasuk Penyakit Kronik!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan