backup og meta

AWAS Cik Abang! 10 Masalah Saluran Kencing Ini BERISIKO Terjadi Pada Anda #3 Paling Digeruni

AWAS Cik Abang! 10 Masalah Saluran Kencing Ini BERISIKO Terjadi Pada Anda #3 Paling Digeruni

Urologi adalah cabang perubatan yang menangani penyakit dan masalah saluran kencing pada lelaki dan wanita. Bidang ini juga melibatkan masalah organ pembiakan lelaki. 

Penting untuk mengetahui beberapa isu urologi lelaki paling biasa terjadi kerana jika tidak mendapatkan rawatan sewajarnya, ia boleh mengakibatkan kesakitan, ketidakselesaan dan masalah kesihatan lebih serius.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Masalah urologi lelaki paling lazim terjadi

Besar kemungkinan kebanyakan lelaki pada 1 fasa dalam kehidupan mereka akan mengalami isu berkaitan urologi kesan penuaan, kecederaan, penyakit atau kecacatan kelahiran. 

Apabila isu sedemikian timbul, adalah penting untuk mendapatkan nasihat dan bantuan daripada pakar urologi – individu yang berpengetahuan mengenai masalah saluran kencing lelaki dan wanita serta organ pembiakan lelaki.

Isu urologi merangkumi banyak keadaan berbeza yang menjejaskan sistem saluran kencing dan organ pembiakan.

Baca juga:

Antara masalah urologi paling biasa terjadi kepada lelaki termasuklah:

1. Benign Prostatic Hyperplasia (BPH)

BPH merujuk kepada bengkak prostat – prostat membesar dan biasanya berlaku kepada lelaki berusia – berumur lebih 50 tahun.

Walaupun BPH jarang berbahaya, namun keadaan tersebut boleh mengakibatkan wujudnya masalah saluran kencing seperti:

  • Kesukaran untuk membuang air kecil
  • Aliran kencing yang lemak
  • Desakan untuk membuang air kecil
  • Alami masalah air kencing meleleh pada akhir proses membuang air kecil
  • Rasa pundi kencing penuh kerana pengosongan air kencing yang tidak lengkap

2. Jangkitan saluran kencing (UTI), antara masalah urologi biasa 

Jika seorang lelaki mengalami rasa sakit atau terbakar mahupun air kencing keruh, ia petanda jangkitan saluran kencing.

Pakar urologi akan menguji air kencing untuk memastikan ia UTI dan biasanya ia boleh diatasi dengan pengambilan antibiotik.

3. Disfungsi erektil (ED)

ED adalah keadaan di mana seorang lelaki berdepan kesukaran untuk mendapat atau mengekalkan ereksi semasa hubungan seks.

Disfungsi erektil bokeh dirawat dengan ubat, penggantian testosteron, pembedahan, kaunseling psikologi, akupunktur atau perubahan gaya hidup seperti menurunkan berat, bersenam dan mengurangkan tekanan.

masalah saluran kencing

4. Inkontinens, antara masalah saluran kencing lelaki

Merupakan masaalah pengeluaran air kencing tanpa disengajakan dan boleh menjadi gejala masalah urologi lain. 

Keadaan ini boleh berlaku semasa berjalan, berjoging, ketawa, batuk dan aktiviti normal lain.

5. Kemandulan 

Lelaki yang berdepan kesukaran untuk mendapat anak – ketidakupayaan untuk hamil selepas setahun atau lebih persetubuhan tanpa perlindungan, mungkin mengalami isu ketidaksuburan.

Puncanya boleh disebabkan pengeluaran sperma tidak normal, buah zakar tidak turun, kecacatan genetik, masalah kesihatan terbaik diabetes, sejarah jangkitan seperti beguk, trauma atau pembedahan pada zakar.

Masalah saluran kencing #6. Batu karang

Berlaku apabila mineral dan bahan kimia lain – asid urik dan sistein, terkumpul dalam buah pinggang atau sepanjang saluran kencing.

Batu karang boleh mengakibatkan rasa kesakitan untuk mengeluarkannya. Rawatan untuk keadaan ini bergantung kepada saiz dan lokasi batu karang.

7. Kanser prostat

Ia bermula apabila sel-sel dalam kelenjar prostat mula membesar secara tidak terkawal. Kelenjar ini menghasilkan cecair yang melindungi sperma.

Umur, bangsa/etnik dan sejarah keluarga beberapa faktor risiko utama untuk menghidap penyakit urologi ini. 

Bergantung kepada peringkat kanser prostat, rawatan boleh termasuk pembedahan, terapi sinaran atau pengawasan aktif.

Masalah saluran kencing lelaki #9. Prostatitis

Merupakan keradangan bukan kanser dan pembengkakan prostat serta merupakan keadaan biasa menjejaskan ramai lelaki.

Prostatitis boleh menyebabkan banyak gejala seperti kencing yang menyakitkan, demam dan menggigil serta sakit pada perut, kawasan pelvis atau bahagian bawah belakang.

masalah saluran kencing

10. Kekurangan testosteron

Situasi di mana tubuh lelaki tidak menghasilkan testosteron yang mencukupi dan biasanya menyebabkan gejala seperti kehilangan dorongan seks, kemurungan dan kesukaran menumpukan perhatian. 

Sekiranya mengesyaki diri mengalami mana-mana masalah urologi di atas, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan awal.

5 tip mengelakkan masalah saluran kencing lelaki

Berikut tabiat gaya hidup yang dapat meningkatkan kesihatan urologi anda:

1. Pengambilan cecair mencukupi, atasi masalah urologi

Penghidratan penting untuk membantu membersihkan badan dan meminimumkan kemungkinan jangkitan. Sebaiknya hadkan pengambilan kafein dan kawal pengambilan air sejurus sebelum tidur jika kerap kencing malam.

Atasi masalah saluran kencing #2. Kekalkan diet pemakanan sihat dan elakkan makanan pencetus UTI

Kurangkan gula, kafein dan perangsang lain – yang boleh mencetuskan jangkitan atau membawa kepada obesiti atau diabetes, kedua-duanya meningkatkan risiko masalah ED atau kanser prostat.

Makanan pedas juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah saluran kencing. Sebaiknya amalkan diet rendah lemak dan banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan.

masalah saluran kencing

3. Jangan menahan kencing

Apabila ada keinginan untuk kencing, jangan tahan. Jika makin kerap membuang air kecil daripada biasa, mengalami rasa sakit semasa kencing, lakukan pemeriksaan doktor. 

4. Lakukan pemeriksaan berkala, penting untuk hindari masalah urologi

Berbincang dengan doktor untuk mengetahui kekerapan pemeriksaan seperti saringan kanser prostat yang perlu dilakukan. 

Jalani juga saringan berkala untuk diabetes, kolesterol tinggi dan hipertensi – antara keadaan dikaitkan dengan jangkitan dan ED. 

5. Berhenti merokok, cara elakkan masalah saluran kencing

Merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit urologi. Jika sukar untuk berhenti, berbincanglah dengan doktor.

Andai wujud keraguan mengenai keadaan kesihatan urologi, berjumpalah doktor untuk lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Male Urology Problems, https://utswmed.org/conditions-treatments/male-urology-problems/, Accessed on Jan 16, 2022
  2. Urologic Diseases.https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases, Accessed on Jan 16, 2022
  3. Why Men Over 40 Should Start Seeing a Urologist Regularly. https://health.clevelandclinic.org/men-over-40-start-seeing-a-urologist-regularly/, Accessed on Jan 16, 2022
  4. Get Crucial Facts and Resources on Men’s Sexual Health. https://www.urologyhealth.org/healthy-living/care-blog/2018/get-crucial-facts-and-resources-on-mens-sexual-health, Accessed on Jan 16, 2022
  5. Hyun Jun Park. The Role of the Urologist in Men’s Health (2017). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5583371/, Accessed on Jan 16, 2022
  6. What is Urology? https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/what-is-urology, Accessed on Jan 16, 2022
  7. Prostate gland and urinary problems. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/prostate-gland-and-urinary-problems, Accessed on Jan 16, 2022

Versi Terbaru

19/01/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Fakta Disemak oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Diperbaharui oleh: vki yong


Artikel Berkaitan

Perlu Menjalani Pembedahan Prostat? Ini Gambaran Awal Untuk Anda Bersedia!

Inginkan Prostat Sihat, Lelaki Kena Kurangkan Makan Daging & Alkohol?


Fakta Disemak oleh

Nurul Nazrah Nazarudin


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan