backup og meta

Sistoskopi Fleksibel, Pemeriksaan Penting Jika Ada Masalah Pundi Kencing Wanita!

Sistoskopi Fleksibel, Pemeriksaan Penting Jika Ada Masalah Pundi Kencing Wanita!

Anda mengesyaki diri ada masalah pundi kencing wanita? Jangan tunggu lagi, pemeriksaan sistoskopi fleksibel mungkin perlu dibuat dengan segera. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan itu?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu Sistoskopi Fleksibel untuk Wanita?

Sistoskopi fleksibel merupakan prosedur untuk memeriksa sebarang masalah di dalam pundi kencing wanita menggunakan teleskop fleksibel (sistoskopi).

Sistoskopi fleksibel biasanya adalah langkah yang berkesan dan selamat untuk mencari jika ada masalah dengan pundi tersebut.

Sistoskopi mungkin disarankan sekiranya anda mengalami sakit, darah dalam air kencing anda dan jangkitan berulang kali, atau mempunyai iritasi pundi kencing (keinginan untuk kencing secara tiba-tiba dan tidak dapat dikawal).

pundi kencing wanita

Anda harus mengetahui beberapa alternatif lain untuk rawatan ini:

  • Pengimbas boleh memberi maklumat mengenai punca masalah ini
  • Boleh menggunakan sistoskopi tegar yang membenarkan doktor bedah anda merawat masalah tertentu. Walau bagaimanapun, sistoskopi tegar melibatkan anestesia umum dan spinal.

Mengapa Sistoskopi Fleksibel untuk Wanita dilakukan?

Wanita akan diminta untuk melakukan sistoskopi fleksibel jika doktor anda mahu mendiagnosis keadaan pundi kencing wanita dan sistem urinari anda. Bagi lebih spesifik, prosedur ini digunakan untuk:

  • Memeriksa abnormaliti pundi kencing;
  • Mengambil sampel tisu pundi kencing untuk ujian (biopsi) lanjut dalam kes yang disyaki kanser;
  • Merawat keadaan pundi kencing tertentu, seperti membuang batu pundi kencing.

Fahami Risiko-risikonya

Apakah risiko bagi sistoskopi fleksibel untuk wanita?

Komplikasi yang serius jarang dialami selepas melakukan sistoskopi, namun sesetengah individu mengalami pendarahan berterusan dan masalah untuk kencing.

Anda seharusnya tidak merasa sebarang kesakitan yang serius kerana sistoskopi fleksibel biasa dijalankan dengan menggunakan gel atau semburan anestesia setempat untuk membuat uretra kebas.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang prosedur ini kurang selesa dan anda mungkin akan merasai kesan sampingan sederhana selepas melakukan prosedur, seperti sakit otot dan mual.

pundi kencing wanita

Terdapat juga risiko kecil untuk berlaku jangkitan saluran kencing (UTI) yang melibatkan uretra, pundi kencing atau buah pinggang.

Anda harus berjumpa GP anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom jangkitan seperti demam lebih daripada 38 darjah selsius dan ke atas.

Sama seperti prosedur invasif yang lain, komplikasi boleh berlaku. Komplikasi yang berkaitan dengan sistoskopi termasuk, namun tidak terhad kepada, berikut:

Mungkin terdapat juga risiko yang lain, bergantung kepada keadaan perubatan spesifik anda.

Pastikan anda berbincang mengenai sebarang kebimbangan yang ada bersama doktor anda sebelum melakukan prosedur.

Jangkitan saluran kencing wanita boleh menganggu sistoskopi.

Penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum melakukan prosedur ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor dan doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.

Proses

pundi kencing wanita

Bagaimana persedian untuk sistoskopi pundi kencing wanita?

Anda mungkin akan diminta untuk berpuasa sebelum melakukan prosedur. Jenis puasa bergantung kepada jenis anestesia yang akan digunakan.

Doktor anda akan memberi arahan spesifik kepada anda mengenai cara puasa bagi prosedur ini.

Anda mungkin akan diberi arahan tambahan mengenai diet khas untuk satu hingga dua hari sebelum prosedur.

Sekiranya anda hamil atau anda rasa anda hamil, anda perlu memberitahu pembekal penjagaan kesihatan anda.

Jika wanita mengesyaki diri anda mempunyai jangkitan pada saluran kencing, beritahu doktor anda, kerana ini mungkin akan menjadi kontraindikasi kepada sistoskopi.

Doktor anda mungkin memerlukan sampel air kencing untuk diuji bagi mengesan jangkitan sebelum memulakan prosedur ini.

Apa yang terjadi semasa Sistoskopi Fleksibel untuk Wanita dilakukan?

Sistoskopi fleksibel biasanya mengambil masa lima minit.

Doktor anda akan memasukkan sistoskopi ke dalam pundi kencing wanita melalui uretra.

Doktor akan menggunakan sistoskopi untuk melihat sebarang masalah pada dinding pundi tersebut.

Doktor anda akan memberitahu anda sekiranya dia perlu melakukan biopsi.

Jika wanita ada sebarang soalan atau kebimbangan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cystoscopy, http://www.nhs.uk/conditions/Cystoscopy/Pages/Introduction.aspx, Accessed Nov 27 2019.
  2. Cystoscopy for Women, http://www.hopkinsmedicine.org/healthlibrary/test_procedures/gynecology/cystoscopy_for_women_92,p07723/, Accessed Nov 27 2019.
  3. Cystoscopy for Women, https://www.columbiaurology.org/staywell/cystoscopy-women, Accessed Nov 27 2019.
  4. Female cystoscopy, https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/cystoscopy/multimedia/female-cystoscopy/img-20006261, Accessed Nov 27 2019.
  5. Cystoscopy for Women, https://healthlibrary.brighamandwomens.org/library/testsprocedures/Urology/92,P07723, Accessed Nov 27 2019.

Versi Terbaru

19/09/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Hati-Hati, 10 Simptom Ini Mungkin Petanda Buah Pinggang Bermasalah!

Nak Jaga Buah Pinggang Agar Kekal Sihat? Ikut 9 Tip Penjagaan Ini


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan