Semasa kencing, anda akan rasa sedikit seperti disengat, atau ia boleh jadi seperti rasa terbakar yang serius.
Semua orang yang mengalami perkara ini mempunyai radang pundi kencing. Lebih kurang 50% hingga 10% orang akan mendapat ulser di dalam pundi kencing mereka.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda.
Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza.
Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca
Apa punca sistitis interstisial?
Punca sebenar bagi sistitis interstisial masih tidak diketahui, tetapi banyak faktor yang boleh menyumbang kepadanya.
Contohnya, individu yang mengalami penyakit ini juga mempunyai kecacatan pada lapisan pelindungan (epitelium) pundi kencing.
Koyakan pada epitelium tersebut akan membenarkan bahan toksik di dalam urin untuk merengsa dinding pundi kencing anda.
Punca-punca yang lain tetapi belum disahkan lagi sebagai faktor penyumbang termasuklah reaksi autoimun, keturunan, jangkitan atau alahan.
Faktor risiko
Apa faktor risiko sistitis interstisial?

Terdapat banyak faktor risiko bagi sakit pundi kencing, seperti:
- Jantina. Wanita lebih banyak didiagnosis dengan sistitis interstisial berbanding lelaki. Simptom-simptom yang berlaku pada lelaki mungkin serupa seperti penyakit ini tetapi ia sering disebabkan oleh radang kelenjar prostat (prostatitis)
- Warna kulit dan rambut. Mempunyai kulit yang cerah dan berambut merah telah dikaitkan dengan risiko tinggi sistitis interstisial
- Umur. Kebanyakan orang yang mengalami sistitis interstisial didiagnosis ketika mereka berumur 30 tahun atau lebih tua
- Mengalami gangguan sakit kronik. Sistitis interstisial boleh dikait dengan gangguan sakit kronik yang lain, seperti sindrom iritasi usus atau fibromialgia
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen