backup og meta

Di Samping Beramal, Boleh Ambil 6 Buah Ini Untuk Kekal Terhidrat Di Bulan Ramadan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

    Di Samping Beramal, Boleh Ambil 6 Buah Ini Untuk Kekal Terhidrat Di Bulan Ramadan!

    Berpuasa di bulan puasa selama sebulan adalah satu perkara yang sangat mencabar.

    Tidak makan dan minum selama lebih 10 jam pastinya membuatkan badan letih.

    Ditambah dengan cuaca yang panas, dehidrasi adalah antara perkara utama yang menjadi perhatian.

    60 peratus dari berat badan kita adalah air jadi ia adalah antara komponen utama dalam badan manusia.

    Tanpa air, manusia hanya boleh hidup sehingga seminggu sahaja sedangkan tanpa makanan, manusia masih mampu bertahan sehingga 3 minggu.

    Apabila tiba waktu berbuka, apakah perkara pertama yang dicari? Tentunya air!

    Sepanjang bulan Ramadan, kita perlu mendapatkan banyak sumber air agar badan kita kekal terhidrat.

    Buah yang bagus untuk bulan puasa!

    Cara untuk mengelakkan atau merawat dehidrasi adalah dengan menggantikan air yang hilang.

    Paling mudah adalah minum air namun jangan dilupakan bahawa buah-buahan juga boleh membantu anda kekal terhidrat.

    Sesetengah buah mengandungi air yang banyak dan anda seolah-olah sedang minum air sedangkan menikmati buah yang lazat.

    Apa sahaja buah yang bagus untuk bulan puasa?

    #1. Tembikai

    Tembikai dimaklumi dengan kandungan airnya yang tinggi. Lihat sahaja isi merahnya yang sangat berair.

    Ia mengandungi 92 peratus kandungan air. Secawan hidangan tembikai (154 g) menyamai setengah cawan air (188 ml).

    Ia sangat sesuai untuk diambil ketika sahur dan berbuka.

    Selain air, ia turut mengandungi beberapa nutrisi penting seperti vitamin C, vitamin A dan magnesium.

    Ia juga rendah kalori, sekitar hanya 46 kcal secawan, sedangkan air secawan air sirap mengandungi 80 kcal!

    Tambahan lagi, ia juga mengandungi antioksidan termasuk lycopene.

    Seperti kita tahu, antioksidan penting dalam melambatkan proses penuaan dan melawan kanser.

    Di mana lagi boleh kita dapatkan buah yang berkhasiat seperti ini?

    #2. Strawberi

    Buah ini mengandungi 91 peratus kandungan air, menjadikan ia sumber air yang baik.

    Selain itu, ia juga mengandungi serat, antioksidan dan vitamin penting serta mineral termasuk vitamin C, asid folik dan manganese.

    Kajian menunjukkan bahawa pengambilan strawberi secara berkala mampu mengurangkan keradangan yang membantu melindungi dari penyakit jantung, diabetes, Alzheimer’s dan beberapa kanser tertentu.

    Jadi kreatif. Kalau dah muak makan strawberi, anda boleh kisar dengan blender dan makan dengan yogurt, contohnya.

    #3. Buah tembikai susu

    buah

    Secawan tembikai susu (177 g) mengandungi 90 peratus air dan memberikan lebih dari setengah cawan (118 ml) bagi setiap hidangan.

    Secawan tersebut juga mengandungi 2 g serat, bersama-sama dengan air, memberikan rasa kenyang dan mengurangkan lapar.

    Ditambah dengan kandungan vitamin A padanya, secawan tembikai susu memberikan 120 peratus vitamin A dari keperluan harian anda.

    Tembikai susu sangat enak dijadikan ulam, dimakan bersama dengan nasi dan lauk ketika sahur atau berbuka puasa.

    #4. Pic

    buah

    Buah peach mengandungi 89 peratus air. Ia turut mengandungi vitamin A, vitamin C, vitamin B dan kalium.

    Mengambil buah peach bersama kulitnya memberikan anda antioksidan seperti asid chlorogenic. Hanya 60 kcal sahaja bagi setiap biji sederhana buah peach.

    Ia sangat mudah dihidangkan.

    Dengan saiz dan rasanya yang lazat serta khasiatnya, anda pasti tidak mahu meninggalkan buah ini.

    #5. Oren

    buah

    Buah ini sangat popular di Malaysia. Selain rasanya yang semestinya lazat, ia tidak ketinggalan dalam membekalkan nutrisi yang banyak.

    Antaranya adalah vitamin C, kalium dan antioksidan seperti flavonoid yang membantu melawan keradangan.

    Kandungan serat di dalamnya juga membantu membuatkan anda kenyang dan kekal terhidrat sepanjang berpuasa.

    Tambahan pula, mengambil buah-buahan sitrus seperti oren secara berkala boleh mencegah pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.

    #6. Buah rambutan

    buah

    Siapa tidak kenal buah tempatan ini. Sangat mudah didapati dengan harga yang berpatutan.

    Kadangkala, di halaman rumah kita pun mungkin ada pokok rambutan.

    Dalam keasyikan kita menikmati buah ini, tanpa sedar, ia sebenarnya mengandungi banyak air iaitu 81 peratus.

    Ia turut mengandungi vitamin C, sodium dan kalium.

    Buah-buahan adalah kurniaan Tuhan yang sangat indah.

    Selain rupa dan warna yang cantik, ia mengandungi banyak khasiat serta memberikan rasa yang lazat.

    Amalkan pengambilan buah yang bagus untuk bulan puasa terutamanya buah-buahan di atas untuk mendapatkan sumber air yang baik.

    Pelbagaikan cara hidangan anda agar tidak muak dan bosan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan