backup og meta

Gejala Jangkitan Kuman Pundi Kencing Berbeza Bagi Setiap Usia, Ini Simptomnya!

Gejala Jangkitan Kuman Pundi Kencing Berbeza Bagi Setiap Usia, Ini Simptomnya!

Jangkitan kuman pundi kencing boleh menjejaskan sesiapa sahaja. Selain simptom pundi kencing sakit dan kerap kencing, ayuh kita fahami gejala lain yang boleh dialami mengikut usia dan jantina. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Memahami masalah jangkitan kuman pundi kencing

Jangkitan pundi kencing merupakan pecahan bagi masalah kencing kotor (UTI).

UTI boleh berkembang pada mana-mana bahagian saluran kencing termasuk ureter, uretra, pundi kencing dan buah pinggang. Jangkitan pundi kencing, mungkin dirujuk oleh doktor sebagai cystitis, adalah jenis UTI paling biasa terjadi. 

Ia berlaku apabila bakteria masuk ke dalam saluran kencing dan menyebabkan kerengsaan pada bahagian tersebut. Bakteria biasanya datang daripada kulit atau rektum.

Simptom jangkitan kuman pundi kencing pada kanak-kanak

Gejala jangkitan ini pada kanak-kanak lebih sukar diperhatikan, kerana ia tidak spesifik. Selain itu, ada kalanya anak kecil mungkin tidak tahu cara untuk menyampaikan apa yang dirasai kepada ibu bapa mereka.

jangkitan kuman pundi kencing

Beberapa gejala jangkitan pada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun termasuklah:

  • Muntah dan cirit-birit
  • Mudah marah
  • Kurang selera makan dan menyusu
  • Kurang pertambahan berat badan

Dalam beberapa kes, demam mungkin satu-satunya gejala.

Untuk anak berumur lebih 2 tahun, simptom yang boleh dialami seperti:

  • Demam 
  • Sakit atau sensasi terbakar semasa kencing
  • Air kencing keruh, gelap, berdarah atau berbau kuat
  • Keinginan kuat dan kerap untuk kencing
  • Sakit pada bahagian belakang atau perut
  • Kencing malam walaupun selepas latihan tandas

Selain pundi kencing sakit dan kerap kencing, ini gejala yang boleh dialami individu dewasa

Biasanya wanita dewasa lebih cenderung mengalaminya berbanding lelaki. Ini kerana uretra wanita lebih pendek dan bakteria tidak perlu ‘berjalan’ jauh untuk sampai ke pundi kencing bagi menyebabkan jangkitan.

Pada individu dewasa, gejala mungkin termasuk:

  • Lebih kerap kencing daripada biasa
  • Rasa pedih dan sakit semasa kencing
  • Keinginan untuk kencing yang kerap
  • Sedikit atau tiada air kencing walaupun terasa ingin kencing
  • Air kencing keruh
  • Air kencing berbau
  • Rasa tidak sihat, keletihan
  • Kencing berdarah

Baca juga:

Gejala khusus pada wanita

Di samping simptom di atas, ada wanita yang mungkin mengalami sakit di atas tulang kemaluan.

Gejala bagi lelaki

Sesetengah lelaki mungkin akan mengalami rasa penuh pada rektum.

Bagi lelaki yang mengalami jangkitan ini secara berulang kali, mereka harus berjumpa pakar untuk menolak kemungkinan masalah prostatitis bakteria kronik – jangkitan pada prostat.

Berbeza ke simptom jangkitan kuman pundi kencing bagi wanita hamil?

Jangkitan pada pundi kencing ini juga dikatakan perkara biasa semasa kehamilan disebabkan perubahan pada saluran kencing dan gejala yang dialami wanita hamil adalah sama dengan mereka yang tidak mengandung. 

Namun ada juga wanita berbadan dua yang tidak mengalami simptom sehingga jangkitan ini berkembang menjadi jangkitan buah pinggang – pyelonephritis, boleh menyebabkan komplikasi. 

jangkitan kuman pundi kencing

Gejala jangkitan kuman pundi kencing bagi individu lebih berusia

Bagi mereka yang lebih tua dengan jangkitan pundi kencing ini mungkin akan mengalami simptom tipikal termasuklah pundi kencing sakit dan kerap kencing.

Tetapi gejala tidak spesifik yang boleh berkembang adalah:

  • Sakit pada bahagian bawah abdomen
  • Sakit belakang
  • Menggigil
  • Sembelit
  • kekeliruan

Cara rawatan

Antibiotik ialah ubat yang membunuh bakteria dan melawan jangkitan. Ia merupakan ubat yang biasa digunakan untuk merawat masalah jangkitan pundi kencing. 

Antibiotik intravena mungkin akan diberikan kepada bayi di bawah usia 2 bulan yang mengalami jangkitan ini. Manakala bagi si manja 2 bulan ke atas dan kanak-kanak, doktor akan menetapkan preskripsi antibiotik dalam bentuk cecair atau tablet boleh kunyah.

Terdapat juga rawatan rumah yang boleh diamalkan, seperti:

Rawatan rumah untuk jangkitan kuman pundi kencing

Beberapa pilihan rawatan di rumah juga boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala jangkitan ini, seperti:

Kranberi

Pengambilan jus kranberi dipercayai dapat merawat jangkitan pundi kencing, selain membantu individu kekal terhidrat

Melegakan kesakitan

Ubat penahan sakit tidak merawat jangkitan yang menjadi puncanya tetapi membantu mengurangkan kesakitan. 

Penggunaan botol air panas atau pad pemanas pada perut atau antara paha juga dapat membantu.

jangkitan kuman pundi kencing

Kekal terhidrat 

Memastikan pengambilan cecair mencukupi berkemungkinan menyebabkan individu kencing dengan lebih kerap. Kesannya bakteria akan dapat disingkirkan daripada saluran kencing.

Berpantang 

Individu dengan jangkitan ini dan melakukan hubungan seks akan memburukkan lagi keadaan kerana ia memindahkan lebih banyak bakteria ke dalam saluran kencing. 

Jadi elakkan bersetubuh bersama pasangan untuk sementara waktu.

Mencegah masalah pundi kencing sakit dan kerap kencing

Jangkitan ini mungkin tidak boleh dicegah. Tetapi beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan, seperti:

Bagi mereka yang merasakan mungkin mengalami jangkitan kuman pundi kencing buat pertama kali, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Urinary tract infection – adults. https://medlineplus.gov/ency/article/000521.htm, Accessed on April 1, 2022
  2. Urinary Tract Infections. https://kidshealth.org/en/teens/uti.html, Accessed on April 1, 2022
  3. Brett White. (2011). Diagnosis and Treatment of Urinary Tract Infections in Children. https://www.aafp.org/afp/2011/0215/p409.html, Accessed on April 1, 2022
  4. Urinary Tract Infections. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9135-urinary-tract-infections, Accessed on April 1, 2022
  5. Patricia J. Habak; Robert P. Griggs, Jr. (2021) Urinary Tract Infection In Pregnancy. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK537047/#_NBK537047_pubdet_, Accessed on April 1, 2022
  6. Urinary Tract Infections (UTIs). https://kidshealth.org/en/parents/urinary.html, Accessed on April 1, 2022

Versi Terbaru

21/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Berapa Kali Anda Perlu Kencing Dalam Sehari? Ini Panduan Mengikut Usia!

AWAS! Pedih Semasa Membuang Air Kecil Mungkin Disebabkan 11 Penyakit Ini...


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan