Jika anda (wanita) pernah mengalami masalah sakit period, pasti anda pernah dipreskripsikan dengan ubat penahan sakit yang dikenali sebagai ponstan.
Ia merupakan ubat yang mengandungi bahan aktif asid mefenamik yang tergolong dalam kumpulan anti radang bukan steroid (NSAID).
Selain daripada sakit period, ubat penahan sakit ini juga boleh dipreskripsikan atas tujuan seperti:
- Sakit otot atau sendi seperti terseliuh dan radang tendon.
- Sakit gigi.
- Sakit kepala.
- Sakit disebabkan oleh patah tulang atau tulang beralih.
Apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan ubat tahan sakit ponstan, ia tidak menyembuhkan penyakit.
Ia hanya mengawal simptom sakit dan radang bagi memberikan keselesaan kepada pesakit.
Oleh itu, anda masih perlu berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan jika perlu.
Jika anda ingin lebih tahu berkenaan dengan ubat tahan sakit warna biru atau ubat tahan sakit warna oren ini, teruskan membaca.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Ubat, sila dapatkannya di sini.
Larangan penggunaan dan tindak balas alergi ponstan
Seperti ubat yang lain, ponstan boleh menyebabkan kesan sampingan dan tindak balas alergi bagi segelintir individu.
Oleh sebab itulah ubat ini dikategorikan sebagai ubat terkawal dan seharusnya dipreskripsikan oleh doktor atau ahli farmasi yang bertauliah.
Ia hanya boleh digunakan sekiranya kebaikan pengambilannya mengatasi risiko kesan sampingan/alergi yang boleh dialami pesakit.
Ubat penahan sakit ini tidak boleh diambil sekiranya anda alergi kepada:
- Asid mefenamik atau sebarang bahan yang digunakan untuk membuat ubat tersebut
- Individu yang alergi pada ubat aspirin
- Mereka yang alergi kepada ubat NSAID termasuklah penghalang COX-2

Bagi mereka yang mengalami tindak balas alergi, mereka boleh mendapat simptom seperti:
- Asma, bunyi nafas bising atau sesak nafas.
- Muka, lidah atau bibir bengkak.
- Sukar untuk menelan.
- Ruam gegata.
- Pengsan.
Selain daripada alergi, berikut merupakan kriteria lain yang menegah anda daripada mengambil ponstan:
- Pernah alami cirit-birit selepas mengambil ubat ini.
- Mempunyai ulser perut atau pernah mengalaminya.
- Mempunyai atau pernah mengalami radang atau ulser pada permukaan usus.
- Mereka yang menghidap penyakit buah pinggang.
- Mereka yang alami kegagalan jantung teruk.
- Penghidap kegagalan hati.
- Wanita hamil dan ibu yang menyusu badan.
- Bakal menjalani pembedahan pintasan arteri koronari.
- Kanak-kanak di bawah usia 14 tahun.
[embed-health-tool-heart-rate]
Adakah Panadol ubat tahan sakit?
Ya, Panadol memang ubat tahan sakit. Nama ubat sebenarnya ialah paracetamol (atau acetaminophen di sesetengah negara), dan Panadol ialah jenama terkenal untuk paracetamol.
Kegunaan Panadol:
- Melegakan sakit kepala
- Mengurangkan demam
- Merawat sakit otot, sakit gigi, dan sakit ringan lain
Apa yang perlu tahu:
- Ia selamat digunakan untuk kebanyakan orang jika diambil ikut dos
- Tidak menyebabkan mengantuk
- Tidak merawat radang (berbeza dengan ubat seperti ibuprofen)
Jadi kalau anda ada sakit ringan atau demam, Panadol memang salah satu ubat tahan sakit yang biasa dan berkesan.
Adakah ibuprofen ubat tahan sakit?
Ya, ibuprofen memang ubat tahan sakit. Ia termasuk dalam kumpulan ubat yang dipanggil NSAIDs.
Berapa jam sekali makan ubat tahan sakit?
Tempoh masa antara dos ubat tahan sakit bergantung pada jenis ubat yang diambil. Berikut ialah panduan umum untuk ubat tahan sakit biasa:
1. Paracetamol
- Dos biasa dewasa: 500mg – 1000mg
- Jarak masa: Setiap 4 hingga 6 jam
- Maksimum sehari: Jangan lebih 4000mg (4g) sehari
Contoh: Jika ambil 2 biji (1000mg), tunggu sekurang-kurangnya 6 jam sebelum ambil dos seterusnya.
2. Ibuprofen
- Dos biasa dewasa: 200mg – 400mg
- Jarak masa: Setiap 6 hingga 8 jam
- Maksimum sehari: Jangan lebih 2400mg
Nota: Ambil selepas makan untuk elakkan sakit perut.
Bagaimana pula cara menggunakan ubat penahan sakit ponstan?

Secara amnya, ubat tahan sakit paling kuat ini sering dipasarkan dalam dua dos:
- Kapsul berwarna biru kehijauan atau kuning keputihan (250 mg)
- Kapsul berwarna kuning dan berbentuk lonjong (500 mg)
Kebiasaannya, ubat penahan sakit ini perlu diambil 3 kali sehari (500 mg) selepas makan.
Namun, bergantung kepada sebab ubat ini dipreskripsikan, dos mungkin dilaraskan oleh doktor supaya sesuai dengan keadaan pesakit.
Cara makan ubat Ponstan
- Dos biasa: 250 mg – 500 mg
- Jarak masa: Setiap 8 jam (3 kali sehari)
- Maksimum: 1,500 mg sehari
Nota: Ambil selepas makan untuk elakkan sakit perut. Tidak sesuai untuk orang yang ada masalah gastrik teruk, buah pinggang atau alahan NSAIDs.
Jangan sesekali cuba mengambil dua dos sekali gus untuk menggantikan dos yang tertinggal bagi sebarang jenis ubat penahan sakit.
Ubat penahan sakit ini boleh meningkatkan risiko untuk anda mendapat kesan sampingan.

- Sakit perut.
- Cirit-birit.
- Sawan.
- Kekeliruan.
- Pening kepala.
- Halusinasi.
Konklusi
Walaupun ubat penahan sakit ini sangat popular dan berkesan dalam melegakan simptom sakit, ia perlu digunakan secara berhati-hati.
Terdapat pelbagai jenis pantang larang yang perlu dipatuhi semasa menggunakan ubat ini, justeru, rujukan kepada doktor sangat penting untuk pemantauan secara berkala.
Jika anda mengalami sebarang simptom berkait dengan tindak balas alergi atau kesan sampingan ubat, dapatkan nasihat doktor untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda mengalami sebarang simptom keracunan (ambil secara berlebihan) selepas mengambil ubat penahan sakit ini, anda perlu bergegas ke hospital dengan kadar segera.