backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ini Simptom & Kesan Jika Anda Ambil Kafein Berlebihan, Jaga-jaga!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 27/10/2023

Ini Simptom & Kesan Jika Anda Ambil Kafein Berlebihan, Jaga-jaga!

Jika anda penggemar kafein, teruskan baca artikel ini untuk tahu tanda terlebih kafein dalam badan dan kesannya.

Definisi

Apa itu kafein?

Kafein adalah bahan kimia perangsang yang terdapat dalam pelbagai jenis makanan, minuman dan produk hasilan yang sering dijual di pasaran.

Ia merupakan bahan yang sering menjadi pilihan pengguna tatkala ingin membebaskan diri daripada rasa mengantuk atau jika ingin mencapai objektif tertentu seperti pengurangan berat badan dan tenaga tambahan sebelum bersenam.

Secara teknikalnya, ia merupakan sejenis dadah. Ia terkandung di dalam minuman seperti teh, kopi, air coklat dan air berkarbonat. Ada juga kafein yang dijual dalam bentuk pil dan kebiasaannya ia diambil sebagai suplemen atau dimakan sebelum seseorang individu itu melakukan aktiviti lasak. 

Pengambilan bahan berkafein boleh menyebabkan peningkatan kadar proses fisiologikal badan. Tanda terlebih kafein dalam badan seseorang individu itu adalah dia akan menjadi lebih peka, jantung berdegup lebih kencang atau mempunyai lebih banyak tenaga untuk melakukan sesuatu.

Walaupun ia seperti membantu seseorang untuk menjadi lebih produktif, pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan kesan negatif terhadap tahap kesihatan seseorang.

Apakah kebarangkalian terlebih kesan kafein?

Menurut Mayo Clinic, seseorang individu itu boleh mengambil kafein setinggi 400 miligram sehari. Jika seseorang itu mengambil jumlahnya melebihi saranan tersebut, kebarangkalian untuk seseorang itu mendapat masalah kafein berlebihan meningkat.

Namun, umur dan keadaan kesihatan seseorang itu perlu diambil kira sebelum menetapkan jumlah yang boleh diambil oleh mereka. 

Sebagai contoh, kajian menunjukkan remaja tidak boleh mengambil minuman berkafein pada kadar melebihi 100 miligram sehari. Perempuan mengandung perlu mengehadkan pengambilannya kepada 200 miligram sehari.

Kesan kafein kepada proses fisiologikal badan juga berbeza mengikut umur, berat dan tahap kesihatan individu secara menyeluruh. Disebabkan itulah, sukar untuk ditetapkan berkenaan dengan jumlah kafein yang boleh diambil untuk mengelakkan masalah kafein berlebihan. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom

Tanda terlebih kafein dalam badan

Mereka yang mengambil bahan berkafein secara berlebihan boleh mengalami beberapa simptom awal. Namun, kebanyakan individu sering memandang ringan terhadap perkara itu memandangkan tanda terlebih kafein dalam badan kebiasaannya tidak begitu serius. 

Berikut merupakan simptom atau tanda terlebih kafein dalam badan yang boleh dialami oleh seseorang individu:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Insomnia (masalah sukar untuk tidur)
  • Cirit-birit
  • Kehausan
  • Iritabiliti (mudah marah, rasa rimas)

tanda terlebih kafein dalam badan

Jika diambil mudah, tanda terlebih kafein dalam badan tersebut boleh menjadi semakin teruk mengakibatkan gejala yang memerlukan rawatan perubatan. Antaranya adalah:

  • Susah untuk bernafas
  • Halusinasi
  • Kekeliruan mental
  • Tanda terlebih kafein dalam badan, amda akan alami sakit dada
  • Pergerakan otot tidak terkawal
  • Degupan jantung laju atau tidak sekata
  • Konvulsi (sawan)
  • Aritmia (terutamanya pemfibrilan ventrikel)

Perlu diingatkan bahawa bagi ibu yang menyusukan anak, tanda terlebih kafein dalam badan boleh menyebabkan simptom kepada bayi yang disusukan. Simptom tersebut merangkumi:

  • Muntah
  • Ketegangan otot
  • Bernafas laju
  • Renjatan (shock)

Mungkin terdapat beberapa tanda terlebih kafein dalam badan atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.  

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor bagi menentukan penyelesaian terbaik untuk situasi anda. 

Punca

Apa yang mengakibatkan masalah kafein berlebihan?

Pengambilan bahan berkafein mudah menyebabkan kesan sampingan terhadap individu. Namun, jika dilihat pada konteks pengambilan bahan berkafein secara berlebihan yang boleh mengancam nyawa, ia merupakan satu fenomena yang jarang dialami, apatah lagi untuk situasi yang boleh menyebabkan kematian. 

Secara amnya, kesan kafein boleh memberikan impak negatif kepada tubuh badan apabila tahap kepekatannya melebihi 15 miligram dalam 1 liter darah. Ini merupakan permulaan kepada kesan sampingan yang dialami oleh mereka yang mengambil bahan berkafein pada jumlah yang banyak. 

Kebiasaannya, masalah pengambilan kafein berlebihan dialami oleh mereka yang mengambilnya dalam bentuk pil terutamanya jika ia disertakan dengan minuman berkafein. Jarang sekali untuk anda mendapat gejala tersebut sekiranya anda hanya mengambil minuman berkafein secara kerap.  

Pada tahun 2018, pengkajian semula 92 laporan kematian yang disebabkan oleh pengambilan bahan berkafein secara berlebihan telah menunjukkan bahawa satu daripada tiga kematian tersebut mempunyai unsur-unsur bunuh diri.

Kematian merupakan salah satu daripada kesan pengambilan kafein berlebihan sekiranya kepekatan kafein berada dalam lingkungan 80 hingga 100 miligram dalam 1 liter darah.

tanda terlebih kafein dalam badan

Jika hendak dibandingkan dengan pengambilan air kopi atau suplemen yang mengandungi kafein, penggunaan serbuk kopi tulen secara terus boleh meningkatkan kebarangkalian untuk seseorang individu itu mengalami masalah kafein berlebihan.

Menurut The United States Food and Drug Administration (FDA), pengambilan 1 sudu teh serbuk kopi tulen boleh menyebabkan kesan fisiologikal yang sama dengan pengambilan 28 cawan minuman kopi.

Ini menunjukkan pengambilan produk yang mengandungi tahap kafein yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius termasuklah kematian. 

Faktor Risiko

Apa yang meningkatkan risiko tanda terlebih kafein dalam badan?

kopi

Terdapat banyak faktor risiko untuk masalah kafein berlebihan, seperti:

  1. Mereka yang sering mengambil minuman berkafein secara kerap berisiko untuk mendapat kesan kafein berlebihan. Tanpa merasai kesan fisiologikalnya, seseorang individu itu cenderung untuk meningkatkan dos pengambilan, kadangkala melebihi dos harian yang disarankan. Perkara ini adalah tidak digalakkan kerana pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah jenis kesihatan termasuklah ketidakseimbangan hormon dan gejala putus kafein (caffeine withdrawal). Tanda terlebih kafein dalam badan boleh mengakibatkan perasaan mengantuk yang serius dan penurunan prestasi individu di tempat kerja.
  2. Mereka yang mengambil alkohol dan minuman berkafein pada masa yang sama juga berisiko tinggi untuk mendapat permasalahan tersebut. Ini berikutan kesan kafein itu sendiri yang boleh menyebabkan individu itu tampak peka walaupun setelah mengambil minuman beralkohol. Ini sekali gus akan menggalakkan pengambilan minuman tersebut secara berlebihan seterusnya menyebabkan kesan negatif terhadap fisiologi badan. Ingat, walaupun kelihatan peka, jumlah kepekatan alkohol dan kafein seseorang itu masih sama, tidak kira seberapa banyak minuman berkafein pun yang mereka ambil.
  3. Wanita yang menyusu badan tidak akan menyebabkan kesan buruk terhadap anak jika bahan berkafein diambil secara sederhana (tidak lebih daripada 300 mg sehari). Namun, bagi mereka yang mengandung, pengambilan kafein seharusnya dihadkan kepada 2 cawan sehari (kurang daripada 200 miligram). Ini berikutan janin tidak dapat mencerna kafein pada kadar yang cepat menyebabkan simptom yang boleh memudaratkan kesihatan.
  4. Menurut FDA, kanak-kanak dan remaja tidak digalakkan untuk mengambil minuman berkafein memandangkan ia kebiasaannya mengandungi jumlah gula yang tinggi. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti kencing manis dan darah tinggi.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana tanda terlebih kafein dalam badan didiagnosis?

Tiada gejala khusus yang boleh digunakan oleh seseorang individu bagi mendiagnosis masalah kafein berlebihan tanpa bantuan doktor. Oleh itu, adalah digalakkan buat mereka yang mengalami simptom seperti yang dinyatakan di atas selepas mengambil bahan berkafein (minuman, suplemen) untuk mendapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital berhampiran dengan anda. Jika anda atau individu berhampiran terambil bahan berkafein dalam kuantiti yang banyak pada satu masa, hubungi talian kecemasan untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimana kesan kafein berlebihan dirawat?

Charcoal atau arang merupakan rawatan yang sering diberikan kepada mereka yang mengalami masalah kafein berlebihan jika individu tersebut mendapatkan rawatan secara serta-merta. Ia akan bergabung dengan bahan kimia tersebut bagi mengelakkan lebihannya daripada diserap masuk ke dalam tubuh badan seterusnya dikumuhkan melalui najis. 

Selain itu, rawatan cuci gaster (gastric lavage) dan pemberian ubat julap juga dapat membantu mengeluarkannya dalam masa yang singkat. Pilihan modaliti rawatan akan bergantung kepada situasi klinikal setelah diakses oleh doktor yang bertugas. Ketika anda sedang dirawat, fungsi jantung anda akan dipantau oleh mesin elektrokardiogram (EKG).

Jika anda merasai kesan sampingan akibat daripada pengambilannya, ia kebiasaannya akan hilang dalam tempoh 3 hingga 5 jam. Namun beberapa langkah perlu diambil bagi memastikan kesan tersebut dapat dirawat dalam masa yang singkat:

  • Hentikan pengambilan bahan berkafein
  • Minum air secukupnya
  • Berjalan atau lakukan aktiviti fizikal 

Jika anda masih mengalami simptom selepas tempoh waktu yang dinyatakan, dapatkan rawatan daripada doktor pada kadar segera.

Pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil jika ada tanda terlebih kafein dalam badan?

tanda terlebih kafein dalam badan Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah pengambilan kafein secara berlebihan:

  1. Ambil minuman kopi menggunakan cawan yang kecil. 
  2. Hadkan pengambilan minuman kopi pada 400 miligram sehari (4 cawan kecil).
  3. Ambil minuman kopi tanpa kafein.
  4. Ambil minuman yang tidak berkafein atau mempunyai kandungan nya yang rendah seperti teh herba, minuman teh hijau tanpa kafein.
  5. Elakkan daripada mengambil pil suplemen atau kafein dalam bentuk serbuk.
  6. Amalkan gaya pemakanan seimbang.
  7. Lakukan aktiviti fizikal secara kerap.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 27/10/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan