backup og meta

Kepentingan Pemulihan : Kunci Kecergasan

Ditulis oleh Phil Kelly · Sains sukan · KiwiFitness: Body Expert Systems


Disemak pada 28/03/2019

    Kepentingan Pemulihan : Kunci Kecergasan

    Terdapat satu budaya atau mitos berkaitan prestasi kecergasan dan sukan…LEBIH BANYAK adalah lebih baik. Berehat dan pemulihan adalah sama pentingnya dengan latihan atau senaman ketika merancang program. Walau bagaimanapun, ramai individu menyangka manfaat latihan atau senaman akan diperolehi ketika ‘melakukannya’, mereka sering terlepas pandang atau tidak memahami kepentingan rehat dan pemulihan.

    Pemulihan adalah kuncinya!

    Pemulihan merupakan proses yang amat penting apabila berkaitan dengan latihan sukan, kerana tanpanya badan tidak dapat menyesuaikan diri secara fizikal untuk menjadi lebih cergas, kuat atau pantas.

    Mungkin disebabkan budaya dalam masyarakat kita, sama ada dalam hal berkaitan sukan atau kerja; mengakui bahawa diri memerlukan lebih rehat dianggap tidak baik atau pemalas. Sebagai contoh, jika anda dilihat berlatih setiap hari, maka secara psikologi anda ‘kelihatan’ dan ‘merasa’ lebih kuat. Jika anda menganalisa apa yang anda benar-benar rasai, ia mungkin datang dari fikiran mental anda. Pemikiran “lebih kuat atau lebih banyak senaman atau latihan saya lakukan, adalah lebih baik!” Tetapi, hakikatnya, bersenam secara bijak tidak semestinya harus melakukan sesuatu secara lebih kuat atau lebih banyak hanya kerana ia menghasilkan tindak balas hormon atau gen yang paling bermanfaat.

    Bagaimana senaman bertindak balas

    Apabila bersenam, ia tidak menjadikan anda kuat. Apabila bersenam, anda sebenarnya mengganggu sistem tenaga dan otot dan semakin lemah. Semakin banyak senaman yang anda lakukan, anda akan menjadi semakin lemah dan semakin terdedah anda kepada kecederaan dan penyakit – merujuk kepada istilah ‘overtraining’. Atas sebab itu, kunci kecergasan adalah pemulihan. Maka, gabungan antara senaman dan pemulihan membawa anda ke tahap kecergasan baru.

    Dari tahap kecergasan awal, anda mengaplikasikan rangsangan (latihan berat, berjalan, berlari, dan lain-lain), dan senaman merupakan proses katabolik yang menurunkan tahap kecergasan anda. Anda secara efektif merosakkan atau mengganggu serat tisu melalui senaman yang dilakukan. Ia menyebabkan badan anda memerlukan rehat, di mana badan akan menjalani proses pemulihan (atau membina kembali tisu yang rosak). Badan manusia adalah ciptaan yang hebat dan apabila tahap asas kecergasan tercapai, akan wujud keinginan untuk mengimbangi senaman pada sesi yang seterusnya; penyesuaian ini di kenali sebagai super-compesation atau over-compesation.

    Namun, adalah penting untuk mengenal pasti jika terdapat lebih rangsangan, jika senaman terlalu berat, maka badan mungkin tidak dapat menyesuaikan secara optimum. Badan akan memberikan tindak balas terbaik dengan melakukan ‘bebanan’ senaman bergantung kepada tahap keupayaan individu yang tepat dan meningkatkannya apabila badan sudah dapat menyesuaikan diri. Contohnya, ketika membuat senaman mengangkat berat buat pertama kali, anda tidak harus mencuba mengangkat bebanan maksimum sebelum memperolehi kecekapan dalam penstabilan dan daya tahan kompetensi yang diperlukan (fasa pemanjangan). Senaman kekuatan maksimum akan membebankan otot dan tisu penyambung secara berlebihan dan boleh mewujudkan kecederaan.

    Kepentingan pemulihan dan rehat

    Jika seseorang individu tidak membenarkan diri untuk pulih dan setiap rangsangan senaman tambahan akan menyebabkan kemerosotan dalam kecergasan dan prestasi (keadaan kelesuan dan terlebih latihan).

    Setiap individu mempunyai tahap pemulihan yang berbeza, atas sebab ini hanya tuan empunya diri yang boleh meramalkan proses pemulihan. Garis panduan asas yang harus diikuti adalah untuk mengetahui bila waktu rehat/pemulihan adalah bergantung kepada beberapa faktor dan apabila melibatkan prestasi pada tahap yang lebih tinggi, memerlukan pengalaman sendiri berdasarkan prinsip trial and error.

    Peraturan yang paling penting untuk diikuti adalah: jika anda benar-benar merasa penat, maka berehat. Jangan meneruskan sesi senaman dan latihan kerana program anda – hanyalah sekeping kertas – ia boleh diaturkan pada masa yang lain. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tekanan pada badan kita dan ia adalah penting untuk menjadi fleksibel terhadap rutin senaman dan latihan anda.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Phil Kelly

    Sains sukan · KiwiFitness: Body Expert Systems


    Disemak pada 28/03/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan