Jika anda ada sekurang-kurangnya lima simptom di atas selama dua minggu atau lebih, anda harus berjumpa dengan doktor untuk mendapat diagnosis yang sesuai.
Kenapa Tidur Amat Penting?
Bukan semua individu yang terlalu banyak tidur mempunyai gangguan tidur. Ia mungkin disebabkan oleh pengambilan bahan-bahan tertentu seperti alkohol dan ubat. Terdapat juga individu yang semata-mata ingin tidur lama.
Walau bagaimanapun, terlalu banyak tidur mempunyai kesan terhadap kesihatan kita.
Diabetes
Individu yang terlalu banyak tidur atau tidak cukup tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk penyakit diabetes.
Obesiti
Terlebih tidur boleh mencetuskan kepada kenaikan berat badan. Suatu kajian telah membuktikan bahawa sebanyak 21% individu yang tidur selama 9 atau 10 jam sehari akan menjadi obes dalam tempoh 6 tahun, berbanding dengan individu yang tidur selama 7 hingga 8 jam.
Sakit Kepala
Anda mungkin beranggapan bahawa tidur dapat mengurangkan sakit kepala. Tetapi, tidur lama semasa hujung minggu atau cuti akan menyebabkan sakit kepala. Terlalu banyak tidur akan menjejaskan neurotransmitter dalam otak yang akan menyebabkan sakit kepala pada waktu pagi.
Sakit Belakang
Pada masa lalu, individu yang sakit belakang adalah dinasihatkan untuk banyak berehat. Tetapi, sains moden telah membuktikan bahawa remedi ini adalah salah dan ia akan menjadikan situasi anda lebih teruk. Senaman yang kerap amat diperlukan untuk mengekalkan fleksibiliti tubuh badan. Jika anda ada sakit belakang, berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan selain daripada tidur yang mencukupi.
Kemurungan
Walaupun insomnia biasanya dikaitkan dengan kemurungan berbanding dengan terlebih tidur, kira-kira 15% individu yang tertekan adalah terlalu banyak tidur. Hal ini akan menjadikan kemurungan mereka lebih serius. Oleh itu, waktu tidur yang tetap amatlah penting untuk proses pemulihan.
Kematian
Kebanyakan kajian telah menunjukkan bahawa individu yang tidur selama 9 jam atau lebih mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidur selama 7 atau 8 jam sehari. Penyelidik juga menunjukkan bahawa kemurungan dan status sosioekonomi yang rendah boleh dikaitkan dengan terlebih tidur. Mereka menyatakan bahawa faktor-faktor ini boleh dikaitkan dengan pertambahan kematian dalam kalangan individu yang terlalu banyak tidur.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen