Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut setiap 3 Disember adalah hari istimewa yang diwujudkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak 1992.
Anda pasti?
Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut setiap 3 Disember adalah hari istimewa yang diwujudkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak 1992.
Hari Orang Kurang Upaya diraikan adalah untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik mengenai mereka yang terjejas oleh kecacatan, bersama-sama membantu masyarakat lebih menyedari tentang hak, martabat dan kesejahteraan orang kurang upaya.
Di samping itu, ia juga untuk meningkatkan kesedaran tentang manfaat mengintegrasikan orang kurang upaya ke dalam setiap aspek kehidupan, dari segi ekonomi, kepada politik, sosial dan budaya.
Oleh yang demikian, tema bagi Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa 2018 adalah pemerkasaan orang kurang upaya dan memastikan keterangkuman dan kesaksamaan.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan:
Menurut Konvensyen PBB mengenai hak orang kurang upaya (OKU) dalam KAJIAN HAK ASASI MANUSIA BAGI ORANG KURANG UPAYA DI MALAYSIA: SATU ANALISIS, OKU termasuk mereka yang mengalami ketidakupayaan jangka panjang dari segi mental, fizikal, intelektual atau deria yang menghalang mereka berinterkasi melalui penyertaan penuh dan efektif dalam masyarakat sama seperti orang lain.
Bagi sesetengah orang, mereka menggunakan perkataan orang kelainan upaya, golongan istimewa, kurang bernasib baik atau bekeperluan khas bagi mewakili golongan OKU.
Selain itu, terdapat juga perbezaa terminologi bagi golongan OKU antara kurang upaya (disabilities), kecacatan (impairment) dan kekurangan (handicap). Bagaimanapun, kurang upaya dan kecacatan sering menjadi titik perbincangan dan berdebatan dalam kajian berkaitan OKU.
Antara kemudahan dan keistimewaan bagi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:
Selain itu, salah satu strategi Dasar OKU yang memperkasakan golongan OKU dalam isu kesihatan adalah dengan meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care) dan meningkatkan perkhidmatan perubatan berkualiti kepada OKU (secondary anda tertiary care).
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disabilities and rehabilitation https://www.who.int/disabilities/media/events/idpdinfo031209/en/ Accessed on Dec 03, 2018.
Disability Day https://www.daysoftheyear.com/days/disability-day/ Accessed on Dec 03, 2018.
KONSEP HAK ASASI MANUSIA BAGI ORANG
KURANG UPAYA DI MALAYSIA: SUATU
ANALISIS
KONSEP HAK ASASI MANUSIA BAGI ORANG
KURANG UPAYA DI MALAYSIA: SUATU
ANALISIS
KAJIAN HAK ASASI MANUSIA BAGI ORANG KURANG UPAYA DI MALAYSIA: SATU ANALISIS https://www.researchgate.net/publication/322208999_KONSEP_HAK_ASASI_MANUSIA_BAGI_ORANG_KURANG_UPAYA_DI_MALAYSIA_SUATU_ANALISIS_Basic_Human_Rights_for_Persons_with_Disabilities_in_Malaysia_An_Analysis Accessed on Dec 03, 2018.
SENARAI KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/Kemudahan%20dan%20Keistimewaan%20OKU%20di%20Malaysia.pdf Accessed on Dec 03, 2018.
DASAR ORANG KURANG UPAYA http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1358-maklumat-kenegaraan/dasar-dasar-negara/6570-dasar-orang-kurang-upaya Accessed on Dec 03, 2018.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen