Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan ketajaman minda anda adalah dengan membuat latihan minda seperti main kad atau mendengar muzik, dan kerap belajar skil baru dalam hidup anda.
Lebih awal anda mulakan latihan untuk menajamkan otak, lebih cepatlah anda akan dapat rasakan kesannya terhadap pemikian anda!
3. Apabila anda semakin tua, anda sudah tumpul dan tidak dapat belajar perkara baru
Belum terlewat jika anda mahu belajar sesuatu yang baharu. Malah, ada orang yang sudah berusia masih mahu belajar dan sempat bergraduasi untuk melengkapkan life goals masing-masing.
Sebenarnya, hanya diri anda yang menjadi penghalang jika anda mahu belajar sesuatu yang baharu. Orang yang sudah berusia juga mampu belajar sama seperti orang lain.
Tidak kiralah berapapun umur anda, anda masih boleh berubah dan belajar sesuatu yang baharu!
Bukan semuanya buruk apabila kita semakin tua!

Apabila kita menjadi tua, bukan semuanya akan jadi buruk dan teruk! Walaupun benar warga tua boleh diserang depresi, sebenarnya masalah ini hanya berlaku kepada sebahagian kecil sahaja.
Menurut kajian, masalah depresi selalunya berlaku kepada individu yang berumur 40 tahun ke atas. Pada waktu ini, ramai yang sibuk dengan anak-anak dan kerjaya hingga mengganggu kehidupan seharian mereka.
Walau bagaimanapun, setelah anda bersara dan anak-anak mula berpindah keluar dari rumah, tahap stres anda kian menurun. Pada waktu ini, anda akan mempunyai banyak masa lapang dan tidak lagi akan alami stres yang melampau.
Selain itu, individu yang mempunyai ketahanan minda yang baik selalunya akan kekal sihat hingga akhir hayat mereka. Sikap ini merupakan salah satu kunci yang menjamin kesihatan mental seseorang.
Selain itu, sikap seseorang boleh diubah. Individu yang mempunyai ketahanan mental selalunya akan berusaha untuk memperbaiki diri di samping mencari penyelesaian untuk masalah mereka.
Jiwa muda salah satu faktor hidup lebih lama!

Pasti anda perasan orang tua yang ‘berjiwa muda’ selalunya hidup lebih lama! Untuk pengetahuan anda, perkara ini dipercayai merupakan satu manifestasi mengenai tahap kesihatan mereka!
Orang yang mempunyai badan dan minda sihat selalunya rasa lebih muda dan bertenaga. Sebab itulah mereka lebih positif dan mempunyai semangat untuk hidup.
Mereka juga akan melakukan aktiviti yang mereka sukai dengan lebih lama seperti kekal aktif, makan secara sihat dan bersosial bersama orang lain.
Ingat ya, usia yang tua bukan bermaksud anda makin lemau dan tidak bertenaga! Sebaliknya, orang tua juga boleh kekal muda dan tetap bersemangat!
Jangan biarkan usia menjadi penyebab anda lupakan segala cita-cita anda ya!