backup og meta

Selalu Tak Pasangan Complaint Anda Bising @ Ketawa Semasa Tidur? Jika Pernah, Ini Sebabnya...

Selalu Tak Pasangan Complaint Anda Bising @ Ketawa Semasa Tidur? Jika Pernah, Ini Sebabnya...

Ketawa adalah reaksi spontan terhadap sesuatu yang kelakar dan mencuit hati. Namun, bagaimana pula jika anda tertawa saat tidur?

Ketawa dalam tidur, atau hypnogely, boleh berlaku dari semasa ke semasa dan ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.

Dalam kebanyakan kes, para penyelidik percaya penyebab tertawa saat tidur adalah kerana mimpi  yang dialami seseorang dalam fasa tidur pergerakan mata yang cepat (REM).

Tetapi adakah ia normal? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini ya!

Adakah tertawa saat tidur normal?

Dalam kebanyakan kes, tertawa saat tidur adalah tindak balas semula jadi terhadap sesuatu yang berlaku semasa anda sedang bermimpi.

REM adalah tahap tidur paling dalam, dan merupakan satu-satunya masa berlakunya mimpi dalam waktu tidur seseorang.

Sebilangan besar individu akan mengalami perkara tertawa saat tidur pada separuh kedua malam, dan ia mungkin akan membangunkan mereka daripada tidur.

Satu kajian mendapati bahawa 33 sehingga 44% sampel kecil oleh mereka yang masih bersekolah mengalami perkara ini sekurang-kurangnya sekali dalam 6 bulan.

Kajian yang sama juga menunjukkan 73% sampel pelajar sarjana bukan klinikal melaporkan mereka mengalami perkara ini sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.

Pun begitu, kejadian ini adalah normal dan tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, beberapa penyebab tertawa saat tidur mungkin memerlukan perhatian yang lebih.

Antara kemungkinan punca tertawa dalam tidur berlaku adalah kerana:

  • Mimpi

kurang tidur

Penyebab ketawa dalam tidur sering disebabkan oleh kehadiran mimpi yang pelik. Kelakuan tergelak semasa tidur mungkin akan megejutkan mereka yang mengalaminya lalu menghasilkan kualiti tidur rendah.

Setelah terjaga, individu tersebut mungkin mengatakan bahawa mimpi yang dialami adalah aneh berbanding lucu.

Di samping itu, tertawa saat tidur turut boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lain.

  • Gangguan tingkah laku tidur REM (RBD)

Gangguan tidur RBD juga dikenali sebagai parasomnia. Mereka yang mengalami gangguan tidur ini biasanya mengalami kejadian aneh, salah satunya adalah ketawa ketika tidur. Keadaan ini lebih kerap berlaku pada lelaki berusia lebih daripada 50 tahun.

Selain tertawa, individu dengan RBD juga mampu menjerit, berbicara, atau menggerakkan anggota badan, seperti menumbuk, menendang, dan berjalan ketika tidur.

Kondisi ini boleh mengganggu dan membahayakan diri sendiri dan juga pasangan yang tidur setilam.

Di samping itu, parasomnia cenderung menyerang mereka yang mengambil alkohol secara berlebihan.

Risiko untuk terkena RBD juga meningkat jika seseorang kurang tidur atau menggunakan ubat-ubatan tertentu, seperti zolpidem, zopiclone, antidepresan trisiklik, venlafaxine, atau perencat pengambilan semula serotonin terpilih (SSRIs).

  • Masalah neurologi

Dalam kes yang jarang berlaku, tertawa saat tidur mempunyai kaitan dengan masalah neurologi.

Individu mempunyai penyakit seperti penyakit Parkinson lebih cenderung mengalami RBD, yang secara tidak langsung mampu menyebabkan hypnogely berlaku.

Selain itu, masalah neurologi lain adalah hamartoma hypothalamus (HH), boleh menyebabkan gelastic spasm (jenis kekejangan yang jarang berlaku melibatkan letusan tenaga secara tiba-tiba, biasanya dalam bentuk ketawa).

Ia akan menyebabkan kondisi ketawa yang tidak terkawal dan boleh berlaku pada bila-bila masa.

HH bersifat kongenital, yang bermaksud seseorang yang dilahirkan dengan kondisi tersebut, dan purata bagi usia permulaan adalah sekitar 10 bulan.

Tambahan itu, gelastic spasm boleh berlaku berkali-kali sehari dan berlangsung sekitar 10-20 saat.

Tertawa saat tidur bagi bayi

bayi tidur

Bayi cenderung untuk ketawa ketika tidur dan para pakar masih tidak memahami perkara ini sepenuhnya, tetapi ia adalah normal dan biasanya tidak perlu dibimbangkan.

Pun begitu, dalam kes yang sangat jarang berlaku, ini mungkin merupakan gejala keadaan kesihatan yang perlu diperhatikan.

Para ibu bapa perlu memberikan perhatian yang lebih sekiranya si comel mengalami peristiwa ketawa yang tidak terkawal sepanjang hari disertai dengan tingkah laku luar biasa yang lain.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah hypnogely, termasuk:

  • Tingkatkan kualiti tidur, termasuk bangun dan tidur pada waktu yang sama setiap hari dan mengelakkan semua perkara yang berpotensi mengganggu tidur, seperti bermain telefon bimbit atau minum minuman berkafein.
  • Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur bagi yang sering mengambilnya.
  • Dapatkan rawatan mengikut masalah kesihatan yang dikenal pasti.

Pelbagai kaedah di atas secara umumnya dapat membantu anda mengatasi masalah hypnogely.

Namun, sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan masalah ini secara sendiri, usah ragu-ragu untuk berjumpa doktor.

Ringkasan

Ketawa semasa tidur adalah perkara yang biasa dan normal bagi orang dewasa bahkan bayi. Dalam kalangan orang dewasa, penyebab yang paling sering dikaitkan adalah hiburan dalam mimpi.

Manakala bagi bayi, penyebabnya mungkin kurang jelas dan masih tidak dapat dirungkai oleh pakar, tetapi ia tidak perlu dibimbangkan.

Kadangkala, hypnogely mungkin merupakan gejala gangguan tidur RBD, yang akan menyebabkan seseorang individu melakukan perbuatan tertentu sewaktu tidur.

Di samping itu, ketawa ketika tidur mungkin memberi isyarat kepada masalah neurologi yang dihidapi seseorang.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23786736/
  2. https://medlineplus.gov/sleepdisorders.html
  3. https://www.ninds.nih.gov/Disorders/Patient-Caregiver-Education/Understanding-Sleep
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3630965/

Versi Terbaru

23/07/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Anak Lelaki Alami Mimpi Basah? Ayah, Jalankan Tanggungjawab Anda, Ini Yang Perlu Dibuat

Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 23/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan