Duduk Kat Rumah Saja, Tapi Kenapa Tumbuh Jerawat? Ada 4 Punca- No 3 Kerap Terjadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ada banyak produk berkaitan jerawat dijual di pasaran. Ternyata, ramai yang berasa rendah diri jika jerawat banyak timbul di muka. Kadangkala, ada yang sanggup duduk di rumah sahaja.

Ramai yang beranggapan jerawat akan tumbuh lebih teruk ketika berada di luar rumah dek kerana pencemaran, radiasi, pendedahan cahaya matahari dan sebagainya.

Namun, terdapat situasi di mana jerawat menjadi lagi teruk ketika berada di rumah.

Artikel ini akan membincangkan 4 punca jerawat timbul meskipun anda berada di rumah sahaja.

Hello jerawat!

Jerawat ialah masalah kulit di mana folikel rambut tersumbat oleh minyak atau sel-sel kulit mati.

Ia sering tumbuh di bahagian muka, namun boleh juga muncul di mana-mana bahagian badan yang mempunyai folikel rambut seperti dada, bahu dan belakang badan.

Jerawat kebiasaannya berlaku dalam kalangan remaja tapi tidak terhad kepada mereka sahaja.

Masalah jerawat boleh dirawat, tetapi selalunya kadar ia timbul lagi cepat daripada tempoh pemulihannya.

Antara faktor yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh adalah:

  • pengeluaran minyak yang berlebihan
  • folikel rambut tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati
  • kuman
  • aktiviti hormon androgen yang tinggi

Punca jerawat bebas tumbuh meskipun di rumah

Berikut adalah sebab mengapa jerawat mudah tumbuh walaupun anda hanya berada di rumah:

jerawat timbul

1. Diet tinggi indeks glisemik

Kajian terkini mendedahkan bahawa diet yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi mampu menjadi salah satu punca jerawat tumbuh.

Indeks glisemik merujuk kepada skala yang mengukur jumlah hidangan yang mampu memberi kesan kepada kadar gula dalam darah.

Contoh diet yang tinggi dalam indeks glisemik ialah pasta, kek, biskut, minuman berkarbonat dan makanan yang diproses.

Selain itu, kajian turut membuktikan bahawa hubungan pengambilan produk tenusu dan jerawat kurang meyakinkan, tetapi harus diambil kira dalam kes jerawat yang teruk.

2. Kuman dan bakteria dari barang peribadi

Salah satu barang peribadi yang selalu bersama dengan kita sepenuh masa ialah telefon bimbit.

Anda selalunya meluangkan masa berjam-jam sehari untuk berhubung, menghantar teks, melayari internet dan media sosial dari telefon pintar anda.

Namun, berapa kerapkah anda mencuci tangan sebelum dan selepas menyentuh telefon pintar?

Francesca Fusco, Pembantu Profesor Klinikal Dermatologi dari Mount Sinai Medical Center di New York mendedahkan, barang peribadi yang paling senang dijangkiti kuman merupakan telefon bimbit.

Semasa bercakap di telefon, anda mendedahkan muka dan mulut anda kepada kuman dari permukaan telefon bimbit. Ini ialah salah satu punca jerawat timbul walaupun anda hanya berada di rumah.

Seterusnya, kuman juga boleh berpindah ke wajah jika kerap menyentuh muka selepas menggunakan telefon bimbit tanpa mencuci tangan.

Selain daripada telefon bimbit, barangan peribadi lain yang berisiko kotor seperti komputer riba dan barang lain yang kerap digunakan tanpa dibersihkan.

Jadi, pastikan anda lap barang peribadi dengan kapas bersama alkohol.

Bukan itu sahaja, sarung bantal juga boleh menjadi punca timbulnya jerawat.

Anda haruslah kerap mencuci dan menukar sarung bantal kerana anda meletakkan muka di bantal pada setiap malam.

punca jerawat timbul

3. Kurang tidur atau kerap berjaga malam

Tabiat ini sudah sebati dengan ramai individu, terutama sekali golongan muda dan remaja.

Ramai golongan muda lebih memilih berjaga malam untuk bermain permainan video, menonton filem atau bola dan sebagainya.

Tidak ramai yang tahu bahawa kurang tidur amat tidak baik untuk kesihatan kulit anda.

National Sleep Foundation United States mendedahkan, jika badan kita tidak mendapat tidur yang secukupnya, otak akan menghasilkan hormon stres kortisol dan salah satu kesannya ialah keradangan kulit.

Jika kulit anda mengalami keradangan, maka lagi mudah untuk anda mendapat jerawat.

Sehubungan itu, kitaran tidur yang disyorkan untuk individu dewasa ialah 7-9 jam semalam.

4. Kekurangan Vitamin D

Vitamin D mudah diperolehi daripada sinaran matahari pagi sebelum jam 11 pagi. Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tubuh dan kulit anda.

Kajian menunjukkan, tahap vitamin D yang mencukupi dapat membantu pertumbuhan sel kulit yang sihat, mengurangkan risiko jangkitan dan penumbuhan jerawat, serta mencegah penuaan kulit.

Apabila anda hanya duduk di rumah, maka kuranglah anda terdedah kepada cahaya matahari.

Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekurangan vitamin D dalam tubuh anda, sekali gus berisiko untuk mendapat jerawat dengan lebih mudah.

Masalah jerawat? Tiada lagi!

Akhirnya, lebih baik mencegah daripada merawat. Oleh itu, ubahlah rutin yang boleh menjadi punca jerawat timbul, dan terapkanlah tabiat dan pemakanan yang lebih baik demi kesihatan kulit anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kulit Boleh Berubah Ketika Menopaus? Ini Yang Perlu Anda Tahu, Jadi Boleh Bersiap-sedia

Menopaus boleh sebabkan perubahan pada kondisi kulit anda, badan anda juga akan berhenti menghasilkan kolagen dan ini bukanlah saat yang ditunggu wanita.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Muncul Banyak Bintik Putih Pada Buah Zakar, Adakah Benar Ia Tanda Kanser Testis?

Ada yang percaya bahawa muncul bintik putih pada buah zakar adalah petanda kanser testis. Adakah ia benar? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Sebab Hormon Sahaja, Beronani Juga Boleh Jadi Punca Jerawat?

Melancap ialah sebahagian daripada kehidupan seks, baik lelaki dan wanita. Namun, adakah ia memberi kesan kepada kita? Adakah ia menjadi penyebab jerawat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

Rakan baik anda mungkin mengatakan bahawa anda harus berhenti memakai makeup kerana ia menjadi faktor kulit berjerawat anda. Ini ke sebab jerawat tumbuh?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 19/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

serbuk penaik untuk jerawat

Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
kondisi kulit yang sihat

Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 5 minit bacaan
kepentingan tidur untuk kesihatan

Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 29/12/2020 . 4 minit bacaan
masalah jerawat

Hati-Hati Kalau Nak Ambil Pil Jerawat Ini, Kena Faham Kesan Sampingannya Dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan