backup og meta

Ini 5 Ubat Psoriasis Boleh Dibeli Di Farmasi, Dapat Bantu Atasi Gatal-gatal Kulit

Ini 5 Ubat Psoriasis Boleh Dibeli Di Farmasi, Dapat Bantu Atasi Gatal-gatal Kulit

Gatal-gatal disebabkan psoriasis punca anda tidak selesa? Jangan bimbang, ini 5 ubat psoriasis di farmasi yang boleh anda beli tanpa preskripsi doktor.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Memahami keadaan psoriasis

Mengetahui krim psoriasis di farmasi yang bersesuaian dengan keadaan kulit amatlah penting. Tetapi apakah sebenarnya psoriasis ini ya?

Psoriasis adalah penyakit keradangan dalam badan yang disebabkan disfungsi sistem imun. Ia berlaku kerana sistem imun terlalu aktif mempercepatkan pertumbuhan sel kulit.

Biasanya untuk sel kulit normal, kulit tumbuh dan gugur dalam masa sebulan. Sebaliknya dengan psoriasis, proses ini berlaku dalam tempoh 3-4 hari. Dan kulit tersebut tidak tertanggal, sebaliknya menimbun di permukaan kulit.

Antara tanda-tanda keradangan boleh dilihat seperti plak yang timbul (ia mungkin berbeza mengikut jenis kulit), dan kulit bersisik. Sesetengah individu melaporkan rasa gatal, sensasi terbakar dan menyengat.

Jenis & bahagian tubuh

Sebelum mengetahui apakah ubat psoriasis di farmasi boleh anda beli, jom kita fahami mengenai jenis dan bahagian tubuh yang cenderung mengalami masalah kulit ini.

Psoriasis kulit kepala

Boleh menjejaskan garis rambut, dahi, belakang leher dan kulit di dalam dan sekitar telinga.

Psoriasis muka

Ia boleh menjejaskan mana-mana kawasan di muka termasuk kening, kulit antara hidung dan bibir atas serta dahi atas.

Ubat psoriasis di farmasi #Psoriasis tangan, kaki & kuku

Psoriasis palmoplantar (PPP) merujuk kepada psoriasis yang menjejaskan tapak tangan dan/atau tapak kaki.

ubat psoriasis di farmasi

Lipatan kulit

Lipatan kulit seperti di bawah lengan dan payudara juga boleh terjejas oleh psoriasis. Bahagian ini sering mengalami iritasi kesan gosokan dan berpeluh.

Psoriasis alat kelamin

Boleh menjejaskan kulit di kawasan kemaluan serta bahagian dalam dan atas paha.

Ubat psoriasis di farmasi

Terdapat banyak produk di farmasi untuk merawat psoriasis yang boleh dibeli tanpa preskripsi. Ia dirujuk sebagai over-the-counter (OTC).

Ubat psoriasis di farmasi #Coal tar

Tar arang batu – bahan aktif ini terdapat dalam banyak rawatan psoriasis, sama ada OTC atau preskripsi. Bahan ini dipercayai dapat:

Anda akan menemui tar arang batu dalam pelbagai produk OTC seperti syampu, sabun mandian, salap dan krim psoriasis di farmasi.

Bahan aktif ini juga boleh merengsakan kulit. Jadi sebaiknya uji produk pada bahagian kecil kulit sebelum menggunakannya ke semua kawasan psoriasis anda.

Baca juga:

Salap hidrokortison, antara krim psoriasis di farmasi

Anda boleh membeli kortikosteroid ringan seperti hidrokortison tanpa preskripsi. Untuk beberapa tompok kecil psoriasis, krim hidrokortison amat berkesan.

Jika mempunyai lebih daripada beberapa tompok kecil, anda mungkin memerlukan preskripsi kortikosteroid untuk melihat hasilnya.

Sama ada OTC atau preskripsi, ubat ini berfungsi dengan cepat untuk:

Jika mengalami kulit merekah atau berdarah, penggunaan salap mungkin lebih sesuai berbanding krim.

Pelembap 

Psoriasis cenderung menjadikan kulit kering dan bersisik, maka pelembap amat membantu mengatasi keadaan ini.

Pelembap berfungsi mengekalkan air dalam kulit untuk:

Pastikan produk pelembap yang anda pilih mempunyai ciri di bawah:

  • Krim pekat, salap atau minyak dan bukannya losyen
  • Produk tanpa pewangi
  • Produk disukai dan akan gunakan

Untuk hasil terbaik, anda disaran menggunakan pelembap dalam tempoh 3 minit selepas mandi dan mencuci tangan.

ubat psoriasis di farmasi

Scale softener, antara ubat psoriasis di farmasi

Bahan aktif asid salisilik ini membantu untuk:

Oleh sebab asid salisilik dapat menghilangkan kulit bersisik dengan berkesan, ia sering dijumpai dalam produk psoriasis kulit kepala.

Bahan aktif lain yang boleh melembutkan dan menghilangkan kulit bersisik adalah:

Bagi mendapatkan hasil terbaik daripada pelembut sisik, mandilah dengan air suam (tidak panas) selama 15 minit sebelum anda menggunakan produk ini.

ubat psoriasis di farmasi

Ubat psoriasis di farmasi #Produk antigatal

Sesetengah individu mengatakan kegatalan adalah perkara paling teruk apabila bercakap mengenai psoriasis. Jadi menggunakan produk antigatal pasti akan dapat membantu mengatasi keadaan ini.

Cari produk yang mengandungi calamine (kalamin), camphor (kapur barus), hidrokortison atau mentol. Bahan-bahan ini cenderung berfungsi paling baik pada psoriasis yang gatal.

Namun, penggunaan produk antigatal ini boleh menyebabkan kerengsaan dan mengeringkan kulit. Untuk mencegahnya, anda perlu mencari produk yang mempunyai kandungan pelembap.

Anda juga boleh menggunakan produk antigatal bersama dengan pelembap untuk mengelakkan kulit kering.

Bantuan pakar dermatologi dalam menentukan ubat psoriasis di farmasi

Dengan begitu banyak produk di pasaran, mungkin sukar untuk mengetahui apa yang perlu digunakan. Jika ubat dan krim psoriasis di farmasi tidak memberikan kesan yang diharapkan, berjumpalah dengan pakar dermatologi.

Mereka adalah pakar penyakit kulit dan arif mengenai rawatan psoriasis yang bersesuaian dengan keadaan kulit anda.

Ini kerana, gabungan rawatan diperlukan bagi mengawal masalah psoriasis yang dialami dan mengekalkan hasilnya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Scalp Psoriasis. https://www.psoriasis.org/scalp/,/ Accessed on Aug 19, 2022
  2. What is facial psoriasis? https://dermnetnz.org/topics/facial-psoriasis,/ Accessed on Aug 19, 2022 
  3. Treatment. https://www.nhs.uk/conditions/psoriasis/treatment/,/ Accessed on Aug 19, 2022
  4. What Psoriasis Treatments Are Available Without A Prescription? https://www.aad.org/public/diseases/psoriasis/treatment/medications/non-prescription, / Accessed on Aug 19, 2022
  5. Psoriasis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/psoriasis/diagnosis-treatment/drc-20355845,/ Accessed on Aug 19, 2022
  6. Locations and Types. https://www.psoriasis.org/locations-and-types/,/ Accessed on Aug 19, 2022
  7.  Ubat-ubatan dalam rawatan psoriasis. http://www.myhealth.gov.my/ubat-ubatan-dalam-rawatan-psoriasis/,/ Accessed on Aug 19, 2022

Versi Terbaru

14/10/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Boleh Ke Pesakit Psoriasis Memiliki Tatu Badan? Sebelum Buat, Baca Artikel Ini!

7 Makanan Sihat Untuk Bantu Pesakit Psoriasis Lawan Kegatalan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan