backup og meta

Selain Sinonim Dengan Pengebumian, Kapur Barus Juga Ada Fungsi Untuk Kesihatan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/11/2022

Selain Sinonim Dengan Pengebumian, Kapur Barus Juga Ada Fungsi Untuk Kesihatan!

Kapur barus selalu sahaja dikaitkan dengan proses pengebumian bagi masyarakat kita khususnya Melayu. Namun, tahukah anda jika ia juga mungkin ada kegunaan pada kesihatan?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Fungsi utama kapur barus di dalam produk ubat!

Untuk pengetahuan anda semua, kapur ini memang ada kegunaan pada aspek kesihatan yakni digunakan di dalam proses pembuatan ubat dan produk kulit.

Bahan ini banyak terdapat dalam produk seperti krim, losyen dan salap.

Produk ubat dengan bahan ini sering digunakan untuk fungsi kelegaan seperti yang berikut:

Melegakan sakit dan radang

Penggunaan bahan ini pada permukaan kulit membantu memberikan kelegaan terhadap kesakitan dan keradangan yang dialami.

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2015 telah mendapati bahawa semburan yang mengandungi kandungan bahan semula jadi seperti champor, menthol dan minyak pati cengkih dan Eucalyptus berkesan memberikan kelegaan bagi kesakitan kecil dan sederhana.

Semburan tersebut telah digunakan di bahagian sendi, bahu, dan belakang badan untuk tempoh selama 14 hari. 

kapur barus

Merawat kesan kulit terbakar

Salap dan krim yang mempunyai kandungan champor turut digunakan untuk merawat luka kesan terbakar.

Satu kajian terhadap haiwan yang dijalankan pada tahun 2018 telah menemui bahawa salap yang mengandungi kapur barus, minyak bijan dan madu berkemampuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan untuk luka terbakar peringkat kedua dan ia lebih berkesan berbanding penggunaan Vaseline. 

Bertindak sebagai antispasmodik

Produk yang mengandungi bahan ini turut membantu memberikan kelegaan terhadap kekejangan dan kekakuan otot.

Kajian yang dilaksanakan pada tahun 2014 telah menunjukkan bahawa champor mempunyai ciri antispasmodik dan pelega yang memberi kelegaan terhadap kekejangan otot yang berlaku terhadap seseorang individu.

Adakah kapur barus selamat & sihat digunakan?

Ya, secara umumnya ia sememangnya selamat digunakan untuk individu dewasa.

Walau bagaimanapun, seperti mana bahan-bahan lain, penggunaan secara berlebihan atau salah mempunyai beberapa kesan sampingan tersendiri.

Terdapat beberapa keadaan dan kaedah tertentu untuk memastikan anda menggunakannya dengan cara yang betul dan teratur untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.

kapur barus

  • Jangan sesekali menggunakan champor yang tidak dilarutkan terlebih dahulu atau menggunakan produk dengan kandungan bahan ini yang melebihi 11%.
  • Produk yang mengandungi bahan ini tidak sepatutnya digunakan ke atas kulit yang mengalami kecederaan atau luka memandangkan tubuh badan boleh menyerapnya secara mudah dan menyebabkan ketoksikan.
  • Jangan memakan kapur ini untuk tujuan rawatan masalah dalaman kerana ia akan menyebabkan kesan sampingan yang amat serius sehingga boleh menyebabkan kematian. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada hati anda jika ditelan.
  • Anda juga tidak disarankan untuk menggunakan produk berasaskan champor jika mempunyai masalah kesihatan berkaitan hati, asma dan epilepsi atau sawan.
  • Ibu mengandung atau yang sedang menyusukan anak turut tidak digalakkan untuk menggunakan produk kapur ini kerana berpotensi menyebabkan kecacatan kelahiran.

Bagi golongan kanak-kanak terutama mereka yang berumur bawah daripada dua tahun, penggunaan produk yang mempunyai kandungan champor adalah dilarang sama sekali tanpa mengira ia digunakan secara sapuan kulit, dihidu apatah lagi ditelan.

Kanak-kanak adalah golongan yang jauh lebih sensitif dengan kesan sampingan penggunaan bahan ini.

Pastikan anda sentiasa menjauhkan produk-produk yang mengandungi champor daripada capaian kanak-kanak.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/11/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan