backup og meta

12 Bahan Utama Wajib Ada Dalam Syampu Anda Kalau Kulit Kepala Gatal-Gatal!

12 Bahan Utama Wajib Ada Dalam Syampu Anda Kalau Kulit Kepala Gatal-Gatal!

Anda sudah banyak kali mandi dan syampu rambut tetapi kulit kepala masih lagi gatal. Kenapa? Selain mendapatkan jawapan untuk soalan itu, anda juga mesti cari jalan bagi menemukan apa shampoo untuk kulit kepala gatal yang terbaik!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa punca kulit kepala anda sering gatal?

Untuk pengetahuan anda semua, ramai individu mempunyai masalah berkaitan rambut atau kulit kepala dan antara isu yang sering berlaku merangkumi kegatalan yang amat mengganggu.

Apa yang lebih membimbangkan adalah kegatalan itu juga mungkin akan mengakibatkan masalah lain termasuk kemerahan, keradangan dan kecederaan gara-gara terlalu banyak menggaru.

Ada beberapa punca yang mungkin akan membuat kulit kepala anda menjadi gatal seperti berikut:

  • Kelemumur
  • Kutu
  • Kurap
  • Penggunaan produk yang tidak sesuai
  • Kondisi kulit seperti dermatitis, psoriasis dan ekzema

shampoo untuk kulit kepala gatal

Dalam pada itu, kulit kepala yang gatal juga merupakan petanda jika individu itu mungkin kurang atau tidak mandi pada kadar ideal. Sememangnya, kegatalan dan kebersihan itu berkaitan.

Apabila mengalami kegatalan yang melampau, tentu sahaja ia bakal menggugat kualiti kehidupan anda bukan? Jadi, adakah produk untuk kulit kepala gatal adalah jawapan bagi soalan ini?

Shampoo untuk kulit kepala gatal wujud?

Ya, memang benar bahawa produk dalam bentuk syampu rambut adalah antara solusi paling baik jika kulit kepala gatal. Namun, anda perlu bijak memilih dan memakai syampu yang sesuai.

Sebelum pergi lebih lanjut, anda kena tahu bahawa masalah kegatalan kulit kepala juga sering kali dikaitkan dengan isu kulit kepala yang kering dan sensitif lalu memicu keadaan lebih teruk.

Apa yang individu kena buat adalah mencari shampoo untuk kulit kepala gatal, kering dan sensitif!

Menurut ramai pakar rambut, beberapa bahan berikut perlu ada di dalam syampu yang anda guna:

  1. Asid salisilik – Asid ini sangat efektif jika kulit kepala gatal akibat psoriasis, dermatitis atau ekzema. Ia mengandungi kesan sifat antiradang dan antibakteria selain boleh membuat kulit mati mengelupas.
  2. Ketoconazole – Agen antikulat ini boleh membantu mencegah infeksi kulat malassezia punca kulit kepala gatal serta baik untuk masalah kelemumur, kutu serta kurap.
  3. Selenium sulfida – Sangat bagus bagi masalah dermatitis dengan cara memperlahankan pertumbuhan dan perkembangan kulat di kulit kepala punca kegatalan.
  4. Zinc pyrithione – Juga bagus bagi masalah dermatitis dengan cara menyeimbangkan kadar hormon histamin serta bagus untuk melegakan kulit kepala yang gatal.

shampoo untuk kulit kepala gatal

Selain itu juga, shampoo untuk kulit kepala gatal mungkin kena ada bahan tradisional di bawah ini:

  1. Cuka epal – Sebagai astrigen, ia membantu membersihkan kulit kepala dan menyingkirkan minyak selain menyeimbangkan kadar pH.
  2. Ekstrak semambu – Merupakan bahan antimikrob yang sangat kuat, ia boleh membantu melawan infeksi punca kulit kepala gatal.
  3. Madu – Mampu menyelesaikan masalah kelemumur dan dalam masa sama membantu merawat kemerahan, keradangan dan kecederaan akibat menggaru.
  4. Minyak daun teh – Jika digunakan pada kadar tepat, ia boleh melembapkan kulit kepala.
  5. Minyak kelapa – Minyak ini mampu membantu melawan infeksi dan mencegah kekeringan punca kenapa kulit kepala gatal.
  6. Minyak pudina – Minyak ini pula membantu menyejukkan dan menyegarkan kulit kepala gatal untuk kelegaan yang pantas.
  7. Minyak rosemary – Pati dari bunga ini sangat bagus jika anda ada masalah kulit kering, sensitif dan kelemumur yang teruk.
  8. Tar arang batu – Jangan pelik dengan bahan ini kerana ia boleh membantu merawat masalah kulit kepala berkelemumur dan berkerak.

shampoo untuk kulit kepala gatal

Pun begitu, tiada jaminan yang kata bahawa bahan-bahan di atas mampu menyelesaikan masalah kulit kepala gatal bagi setiap orang. Ia mungkin hanya efektif kepada segelintir individu.

Ini kerana tahap keberkesanan produk atau syampu ini tentu sahaja berbeza bergantung individu!

Konklusinya, ada banyak bahan sama ada moden atau tradisional yang perlu ada dalam shampoo untuk kulit kepala gatal. Rujuk pakar kulit dan rambut untuk tahu lebih lanjut tentangnya.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Do You Have an Itchy Scalp? 5 Common Problems and Fixes, https://health.clevelandclinic.org/itchy-scalp-5-common-problems-and-fixes/, Accessed Jan 3 2023.
  2. 10 Reasons Your Scalp Itches And How To Get Relief, https://www.aad.org/public/everyday-care/itchy-skin/itch-relief/relieve-scalp-itch, Accessed Jan 3 2023.
  3. Which Hair Shampoo should you use?, https://akclinics.org/blog/hair-shampoo-use/, Accessed Jan 3 2023.
  4. Shampoo: What to Look For, What to Avoid, https://ecologycenter.org/blog/shampoo-what-to-look-for-what-to-avoid/, Accessed Jan 3 2023.
  5. Healthy Shampoo Guide, https://gimmethegoodstuff.org/safe-product-guides/healthy-shampoo/, Accessed Jan 3 2023.

Versi Terbaru

14/03/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tak Nak Botak Muda? Guna Syampu Untuk Rambut Gugur Yang Ada Bahan Ini!

Ada Masalah Kelemumur Di Kepala? Ini Pilihan Syampu Yang Betul Untuk Merawatnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/03/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan