Umum sudah sedia maklum bahawa jerawat boleh muncul pada bila-bila masa dan di mana-mana anggota badan kita semua. Selain akan muncul di muka, jerawat di leher turut tidak terkecuali dan ia bakal menimbulkan tanda tanya yang membingungkan. Apa punca ia terjadi?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Jerawat di leher, adakah ia normal?
Untuk pengetahuan anda semua, jerawat adalah antara kondisi kulit paling umum dan ia mungkin terjadi kepada hampir setiap orang tidak kira usia dan jantina terutama jika ada isu pada kulit.
Kebiasaannya, jerawat akan terjadi apabila wujud liang pori pada kulit yang tersumbat angkara sel kulit mati, sebum atau minyak semula jadi dari tubuh badan untuk melembapkan kulit kering.
Dalam pada itu, kemunculan jerawat di kulit juga didalangi oleh kewujudan bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes atau P. acnes atau mungkin angkara mikrob yang lain.

Apa yang mungkin agak membimbangkan adalah jerawat boleh muncul di seluruh badan terutama pada wajah, badan serta alat sulit! Maka, tidak hairan kalau jerawat di leher juga boleh berlaku.
Baca lagi artikel berkaitan:
Meskipun ia normal, tetapi keberadaan jerawat di sekitar kawasan itu mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan malah kesakitan lebih-lebih lagi apabila ia terkena atau tergesel dengan kolar baju!
Berikut punca muncul jerawat di leher!
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, punca masalah ini adalah akibat penyumbatan liang pori dan jangkitan bakteria atau mikrob. Namun, faktor risiko berikut juga main peranan:
Punca jerawat di leher #1. Hormon
Pertama dan paling penting, hormon boleh menjadi pemicu utama untuk masalah ini terjadi pada seluruh tubuh badan termasuk di leher akibat daripada kenaikan hormon jenis androgen.
Buat anda yang belum tahu, androgen adalah hormon yang akan dikeluarkan oleh tubuh badan di saat individu mencapai akil baligh tanpa mengira usia atau jantina lalu mencetus jerawat.
Ini kerana kelenjar sebaceous akan membesar lalu mengeluarkan lebih banyak sebum dan minyak pada keseluruhan kulit individu. Kesannya, kulit akan menjadi berminyak dan berjerawat.

#2. Pengamalan diet tidak seimbang
Diet yang tidak seimbang turut dipercayai boleh mengakibatkan jerawat muncul di anggota badan!
Menurut ramai pakar, pengambilan kelas makanan tertentu termasuk karbohidrat contohnya nasi, roti, kek dan lain-lain boleh mmenyebabkan atau menerukkan lagi masalah ini. Maka, individu perlu menjaga pola pemakanan seharian agar ia sentiasa sihat dan seimbang.
#3. Penggunaan kosmetik tidak sesuai
Produk pencuci, pelembap dan solekan tidak hanya disapu pada wajah malah turut di leher bukan?
Akibat produk yang tidak sesuai dengan jenis dan masalah kulit, wujud juga kemungkinan untuk ia menimbulkan jerawat di sekitar kulit anda. Jadi, anda harus menggunakan produk kosmetik bebas minyak dan bersifat tidak menyumbatkan liang pori (noncomedogenics).
Punca jerawat di leher #4. Stres
Berbalik kepada punca pertama di atas tadi, hormon memang memainkan peranan penting dalam pembentukan jerawat namun androgen bukan satu-satunya hormon yang bertanggungjawab.
Ini kerana hormon kortisol angkara stres dan masalah mental lain juga dipercayai oleh pakar kulit boleh mengakibatkan jerawat di seluruh tubuh badan turut termasuk celah kulit tersembunyi.
Alasannya, stres akan menjejaskan keseimbangan hormon tubuh badan lantas merosakkan sistem dan fungsi kulit. Kesannya, kulit akan lebih berminyak dan berisiko tersumbat pada liang pori.
#5. Tidak menjaga kebersihan dengan baik
Mungkin benar jika jerawat bukan disebabkan oleh kulit yang kotor namun pengumpulan sel kulit mati dan penghasilan sebum terlalu banyak juga boleh menyebabkan liang pori tersumbat.
Selain itu, tahap kebersihan kulit yang kurang baik akan mengakibatkan lebih banyak bakteria dan mikrob menghuni organ terbesar anda ini sekali gus menjadi punca jerawat selalu muncul.
Oleh itu, sila jaga kebersihan kulit dan diri agar jerawat atau masalah kesihatan lain dapat dicegah.
Apa anda perlu buat untuk elak dan rawat?
Walaupun ini bukan merupakan satu masalah yang besar atau bahaya, jerawat di sekitar kawasan itu boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan serta mungkin hilang tahap keyakinan diri.
Sebaiknya, sila cuba elak daripada punca dan faktor risiko di atas tadi. Sekiranya masalah jerawat anda sudah di tahap yang teruk, jumpa pakar dermatologi untuk nasihat ubatan atau rawatan.