backup og meta

Nampak Tua Sebelum Usia, Ini 7 Kesan KETARA Jika Tak Pakai Sunscreen Hari-Hari!

Nampak Tua Sebelum Usia, Ini 7 Kesan KETARA Jika Tak Pakai Sunscreen Hari-Hari!

Ramai percaya pelindung matahari hanya perlu digunakan ketika mandi-manda di pantai dan di hari siang sahaja. Sebenarnya, ia agak kurang tepat kerana ada banyak kesan tak pakai sunscreen di tempat dan waktu lain juga. Teruskan baca artikel untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Apa yang dimaksudkan dengan sunscreen?

Untuk pengetahuan anda semua, sunscreen atau pelindung matahari adalah sejenis produk yang boleh didapati dalam bentuk losen, krim, minyak atau cecair semburan untuk satu tujuan.

Tujuannya, tidak lain dan tidak bukan adalah menyerap, memantul sekali gus melindungi kawasan luaran kulit individu daripada terkena atau terdedah kepada sinaran ultra ungu (UV) secara berlebihan.

kesan tak pakai sunscreen

Umumnya, terdapat dua jenis produk pelindung matahari yang utama iaitu jenis fizikal dan kimia:

  • Jenis fizikal – Ia bersifat inorganic dan berfungsi memantul sinaran UV daripada kulit
  • Jenis kimia – Ia bersifat organik dan bertindak menyerap sinaran UV daripada kulit

Walaupun kedua-duanya bekerja dengan cara yang agak berbeza, tujuannya tetap sama yakni demi melindungi kulit individu supaya tidak pula berlaku masalah selar matahari dan lain-lain.

Meskipun ramai sudah tahu kepentingan produk ini, namun masih ada individu yang mungkin kurang peduli atau malas untuk menggunakan ia lantas meningkatkan risiko kesan tak guna sunscreen.

Baca lagi artikel berkaitan:

Apa kesan tak pakai sunscreen yang berbahaya?

kesan tak pakai sunscreen

Menurut American Cancer Society, individu mungkin perlu guna produk ini di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Atau jika tidak, mungkin ada kesan buruk yang bakal menimpa:

#1. Kulit mudah berkerut, berkedut dan berparut

Pertama, individu yang tidak gemar menggunakan pelindung matahari cenderung untuk jadi ‘tua’ sebelum usia angkara kerut dan kedut lebih banyak. Ini adalah akibat daripada kerosakan tisu kulit dan kekurangan kolagen yang berpunca daripada sinaran UV.

Dalam pada itu, pesakit yang mempunyai masalah gangguan fotosensitif seperti lupus, akan lebih mudah timbul parut kekal pada kulit akibat sinaran UV. Jadi, penggunaan pelindung matahari itu penting untuk kulit yang kurang kerutan, kedutan serta parut.

Kesan tak guna sunscreen #2. Sunburn

Sudah terang lagi bersuluh, kesan tak pakai sunscreen yang paling utama adalah selaran matahari. Ia bukan sahaja menyakitkan malahan boleh mencacatkan penampilan dan perlu segera dirawat.

selaran matahari

Kesan tak pakai sunscreen #3. Sunspots

Merupakan kondisi selar matahari yang lebih bersifat bertompok atau bertumpu, ia juga boleh jadi punca pigmentasi menjadi tidak teratur pada kulit. Kesannya, proses penuaan jadi lebih cepat.

#4. Pigmentasi kulit jadi lebih gelap

Akibat sunburn atau sunspots di atas tadi, kulit yang terlalu lama terdedah kepada sinaran UV itu bakal jadi lebih gelap ekoran proses pigmentasi kulit yang berubah bergantung pada situasi.

Mungkin bagi individu yang berkulit putih, berjemur di tengah panas adalah aktiviti normal untuk mendapatkan warna kulit tanned. Namun, kebiasaan ini perlu dibuat dengan berhati-hati.

Kesan tak pakai sunscreen #6. Telangiectasias

Buat anda yang belum tahu tentangnya, telangiectasias adalah sejenis kondisi di mana salur darah yang wujud di bawah kulit anda itu pecah. Akibatnya, saluran darah itu tadi akan terlihat seperti jaringan sarang labah-labah dan wujud gejala yang sederhana.

Mungkin tiada siapa yang tahu jika sinaran cahaya matahari boleh menjadi dalang masalah ini bukan?

kesan tak pakai sunscreen

#7. Tinggi risiko kondisi kanser kulit

Akhir sekali, anda juga perlu tahu bahawa kesan tak pakai sunscreen yang paling bahaya adalah ia boleh jadi pemicu kanser kulit! Ini adalah angkara pendedahan sinaran UV yang sangat kerap.

“Sinaran cahaya matahari itu bukan sahaja akan merosakkan malah membuatkan kulit tua, sekali gus mengurangkan kemampuan serta kebolehan untuk organ paling besar ini melawan penyakit. Akibatnya, kanser kulit boleh berlaku!” jelas Pakar Dermatologi, Dr Janet Prystowsky.

Jadi, sila beli dan guna sunscreen yang terbaik!

Usaha memilih pelindung matahari yang paling tepat untuk diri sendiri boleh menjadi satu tugas yang agak mencabar kerana setiap orang itu berbeza dan bervariasi jenis kulit masing-masing.

Apa yang mungkin berkesan untuk orang lain tidak semestinya berkesan untuk anda juga. Jadi, sila dapatkan nasihat dan informasi daripada doktor demi mendapatkan sunscreen yang terbaik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. All About Sunscreen, https://www.skincancer.org/skin-cancer-prevention/sun-protection/sunscreen/, Accessed Jul 5 2022.
  2. Sunscreen and Sun Protection, https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-wellness-and-safety-resources/helping-hands/sunscreen-and-sun-protection, Accessed Jul 5 2022.
  3. 8 Reasons to Wear Sunscreen , https://www.unitypoint.org/desmoines/article.aspx?, Accessed Jul 5 2022.
  4. Do You Need Sunscreen if You Are Indoors All Day?, https://www.keckmedicine.org/blog/myth-or-fact-you-dont-need-sunscreen-if-you-are-indoors-all-day/, Accessed Jul 5 2022.
  5. Why You Should Wear Sunscreen Daily, https://rightasrain.uwmedicine.org/well/prevention/sunscreen, Accessed Jul 5 2022.

Versi Terbaru

11/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Cara Mudah Nak Cegah Kanser Kulit, Rajinkan Diri Pakai 'Sunscreen'! Ini Sebabnya

Pelindung Matahari Kimia VS Pelindung Matahari Fizikal: Mana Lebih Bagus?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan