Kanser kulit dianggap sebagai kanser yang paling biasa berlaku di negara-negara Barat, kerana mereka gemar berjemur di bawah cahaya matahari. Kanser kulit berlaku kerana pertumbuhan sel yang tidak terkawal dalam tumor, yang boleh jadi bukan kanser (benigna) atau kanser (malignan). Dikenali sebagai punca utama kanser kulit, cahaya ultraviolet (UV) matahari menyebabkan kesan drastik kepada elastin – tisu kulit. Tanda pertama kehilangan elastin adalah kendur dan regangan kulit. Dalam kes yang lebih teruk, kulit akan menjadi senang berlebam dan terluka. Keadaan ini juga dikenali sebagai selaran matahari.
Selaran matahari adalah keadaan yang biasa dilihat pada mereka yang tinggal terlalu lama di luar tanpa perlindungan daripada matahari. Jika anda melihat kulit anda menjadi merah jambu atau merah, ia adalah tanda selaran matahari. Dalam beberapa keadaan yang teruk, anda mungkin berasa pedih dan mengelupas di kawasan keradangan kerana radiasi UV dari matahari merosakkan DNA dalam sel kulit anda. Sekiranya kerosakan DNA telah terkumpul dari masa ke masa, ia boleh menyebabkan sel-sel mula berkembang di luar kawalan, yang boleh menyebabkan kanser kulit.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen