backup og meta

Ini 6 Cara Paling Mudah & Berkesan Dapatkan Antioksidan Untuk Kulit Anda

Ini 6 Cara Paling Mudah & Berkesan Dapatkan Antioksidan Untuk Kulit Anda

Antioksidan sangat penting dalam memelihara kesihatan dan kecantikan kulit kita. Antara fungsi antioksidan adalah menjaga kulit daripada kesan buruk radikal bebas dari cahaya matahari. 

Apabila kulit mendapat sumber antioksidan mencukupi, maka kulit akan menjadi lebih cantik, segar dan kurang mengalami kerosakan walaupun sudah berusia. 

Apakah cara terbaik untuk mendapatkan bekalan antioksidan untuk kulit yang mencukupi setiap hari? Lihat di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Manfaat dan fungsi antioksidan pada wajah

Sebagai organ terbesar manusia, kulit terdedah kepada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kerosakan termasuklah melalui sinaran ultraungu (UV), pencemaran dan tekanan oksidatif. 

Antioksidan berperanan sebagai salah satu pertahanan utama dalam melawan kerosakan pada kulit anda. 

Antara contoh antioksidan yang utama adalah seperti beta-karoten, vitamin C dan vitamin E. 

Antioksidan seperti ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV, dan tekanan oksidatif yang boleh menyumbang kepada penuaan pramatang. 

Menurut kajian, bekalan mikronutrien antioksidan yang optimum dalam kulit akan memberikan beberapa kesan positif seperti berikut 1:

  • Meningkatkan pertahanan kulit terhadap sinaran UV
  • Menyokong perlindungan jangka panjang
  • Membantu dalam pemeliharaan kesihatan dan penampilan kulit

Selain itu, kajian juga ada menyatakan bahawa, penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi antioksidan secara teratur membuatkan kulit kita lebih bersedia terhadap tekanan oksidatif yang berlaku dalam kehidupan seharian 2

Kini anda sudah tahu bahawa antioksidan memainkan peranan yang amat penting dalam memelihara kesihatan kulit kita. 

Bagaimana cara dapatkan sumber antioksidan tinggi untuk kulit?

Ada banyak kaedah atau cara untuk membekalkan antioksidan kepada kulit anda. 

Antara kaedah yang paling mudah dan berkesan adalah seperti berikut:

#1. Makan buah-buahan dan sayuran berwarna-warni

buah-buahan untuk kulit

Pengambilan diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar adalah cara asas untuk mendapatkan bekalan fungsi antioksidan untuk kulit setiap hari. 

Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni seperti strawberi, oren, labu dan bayam sangat kaya dengan antioksidan 3

Ia membantu melindungi kulit daripada kerosakan dan memperbaharui sel-sel kulit yang rosak. 

Vitamin C dan E, serta beta-karoten adalah antara antioksidan yang boleh ditemui dengan mudah dalam makanan segar seperti ini. 

#2. Guna produk penjagaan kulit untuk dapatkan fungsi antioksidan

Ketika anda mahu membeli sebarang produk penjagaan kulit, pilihlah produk yang mengandungi antioksidan seperti vitamin C, E, dan retinol

Produk-produk ini boleh melawan radikal bebas yang berpotensi menyebabkan kerosakan pada kulit 4

Produk skincare seperti ini juga boleh membantu kulit anda mendapatkan bekalan antioksidan setiap hari.

#3. Guna losyen pelindung matahari atau sunscreen

Cahaya matahari mengandungi sinar ultraungu atau UV yang boleh menyebabkan sel kulit mengalami penuaan lebih pantas 5

Oleh sebab itu, sebelum keluar rumah, anda dinasihatkan untuk sentiasa menggunakan losyen pelindung matahari sebagai langkah perlindungan. 

spf untuk kulit

Penggunaan sunscreen dengan kandungan SPF yang tinggi dan mengandungi antioksidan boleh memberikan lapisan perlindungan tambahan terhadap kerosakan kulit akibat sinaran UV 6

#4. Pengambilan suplemen bantu dapatkan fungsi antioksidan

Jika diet harian tidak mencukupi untuk membekalkan antioksidan setiap hari, suplemen antioksidan boleh menjadi makanan tambahan yang baik. 

Ini untuk memastikan anda mendapatkan nutrien yang mencukupi untuk kesihatan kulit

Cara ini juga amat sesuai bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk makan seperti warga emas.

#5. Amalkan gaya hidup sihat

Kajian ada menyatakan, perubahan gaya hidup seperti aktif bersenam dan mengamalkan diet sihat boleh membantu dalam meningkatkan fungsi antioksidan tubuh 7

Gaya hidup sihat terbukti membantu mengatasi tekanan oksidatif, mencegah penuaan dan mengekalkan kesihatan keseluruhan, sekali gus memelihara kesihatan dan kecantikan kulit 8.

#6. Penggunaan air beralkali

fungsi antioksidan

Air beralkali juga boleh menjadi sumber antioksidan yang baik untuk kulit anda. 

Kajian ada menyatakan, air terion beralkali mempunyai aktiviti antioksidan yang lebih tinggi berbanding air paip biasa 9

Selain itu, air beralkali ini juga mampu mengekalkan kestabilan aktiviti antioksidan semasa proses penyimpanannya 9

Air beralkali turut terbukti membantu mengurangkan rembesan sebum dan ruam pada kulit, selain meningkatkan penghidratan kulit secara signifikan 10 11

Oleh itu, anda boleh mula minum air terion beralkali sebagai rutin harian anda dalam menjaga kecantikan dan kesihatan kulit. 

Anda boleh mendapatkan penapis air seperti Panasonic Ultra Filtration Alkaline Water Ionizer TK-AS700 yang dikeluarkan khusus untuk menyediakan air terion beralkali bagi kegunaan harian di rumah. 

Penapis air ini tidak hanya bersih tetapi juga kaya dengan fungsi antioksidan bagi memberikan manfaat tambahan untuk kesihatan kulit anda. 

Bukan sahaja untuk diminum, tetapi air daripada penapis air Panasonic ini juga sesuai untuk mencuci wajah anda. 

Ini kerana ia boleh menghasilkan air kurang berasid sebagai air cucian muka yang lembut pada kulit. 

Tambahan pula, penapis air keluaran Panasonic ini dilengkapi dengan sistem pembersihan air lanjutan dengan membran Penapisan Ultra yang boleh menyingkirkan 99.9% virus dan 99.999% bakteria. 

Maka air yang digunakan bersih daripada sebarang kuman yang boleh menjangkiti permukaan kulit. 

Kesimpulan

Membekalkan kulit anda dengan antioksidan adalah langkah penting dalam menjaga kesihatan dan keanjalan kulit.

Dengan mengamalkan enam cara yang disebutkan di atas, anda boleh membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan dan memastikan ia kekal muda dan berseri.

Dapatkan penapis air beralkali anda di sini!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Stahl, W., & Sies, H. (2012). β-Carotene and other carotenoids in protection from sunlight. The American journal of clinical nutrition, 96(5), 1179S–84S. https://doi.org/10.3945/ajcn.112.034819. Diakses pada November 7, 2023. 
  2. Dreher, F., & Maibach, H. (2001). Protective effects of topical antioxidants in humans. Current problems in dermatology, 29, 157–164. https://doi.org/10.1159/000060664. Diakses pada November 7, 2023.
  3. Should you eat a rainbow of fruits and vegetables?. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/nutrition/5-a-day/colourful-foods. Diakses pada November 7, 2023.
  4. Aversa, R., Petrescu, R., Apicella, A., & Petrescu, F. (2016). One Can Slow Down the Aging through Antioxidants. American Journal of Engineering and Applied Sciences, 9, 1112-1126. https://doi.org/10.3844/AJEASSP.2016.1112.1126. Diakses pada November 7, 2023.
  5. Reich, A., & Mędrek, K. (2013). Effects of Narrow Band UVB (311 nm) Irradiation on Epidermal Cells. International Journal of Molecular Sciences, 14, 8456 – 8466. https://doi.org/10.3390/ijms14048456. Diakses pada November 7, 2023.
  6. Fernando, I., Sanjeewa, K., Samarakoon, K., Kim, H., Gunasekara, U., Park, Y., Abeytunga, D., Lee, W., & Jeon, Y. (2018). The potential of fucoidans from Chnoospora minima and Sargassum polycystum in cosmetics: antioxidant, anti-inflammatory, skin-whitening, and antiwrinkle activities. Journal of Applied Phycology, 30, 3223-3232. https://doi.org/10.1007/s10811-018-1415-4. Diakses pada November 7, 2023.
  7. Moreto, F., Kano, H., Torezan, G., Teixeira, O., Corrêa, C., & Burini, R. (2015). Increasing plasma antioxidant performance after lifestyle modification is impaired by the presence metabolic syndrome and its pro‐oxidant status. The FASEB Journal, 29. https://doi.org/10.1096/FASEBJ.29.1_SUPPLEMENT.595.21. Diakses pada November 7, 2023.
  8. Moreira, P., Boas, P., & Ferreira, A. (2014). Association between oxidative stress and nutritional status in the elderly.. Revista da Associacao Medica Brasileira, 60 1, 75-83. https://doi.org/10.1590/1806-9282.60.01.016. Diakses pada November 7, 2023.
  9. Wu, T., Phacharapan, S., Inoue, N., & Kamitani, Y. (2023). Antioxidant Activity Enhancement Effect of Silver-Ionized Water: Silver Cation Prepared by Electrolysis. Antioxidants, 12. https://doi.org/10.3390/antiox12020467. Diakses pada November 7, 2023.
  10. Chilicka, K., Rusztowicz, M., & Dzieńdziora, I. (2021). The effectiveness of alkaline water on oily and acne-prone skin: a case report. , 15, 1-5. https://doi.org/10.5604/01.3001.0014.8295. Diakses pada November 7, 2023.
  11. Chilicka, K., Rusztowicz, M., Rogowska, A., Szyguła, R., Asanova, B., & Nowicka, D. (2022). Efficacy of Hydrogen Purification and Cosmetic Acids in the Treatment of Acne Vulgaris: A Preliminary Report. Journal of Clinical Medicine, 11. https://doi.org/10.3390/jcm11216269. Diakses pada November 7, 2023.

Versi Terbaru

29/11/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel berkaitan

Air Alkali Baik Untuk Kesihatan? Ini 5 Manfaatnya Jika Anda Gunakan Dalam Kehidupan Seharian


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan